PENYOKONG PN MENYAMAR PENYOKONG NAJIB.

 


Sebenarnya mereka ni bukan penyokong Najib tapi memang penyokong PN. Saja menyamar. Mereka tunggang nama Najib untuk menangkan PN.


Aku yakin begitu kerana kalau benar mereka orang Najib, mana mungkin boleh percaya kepada orang yang bertanggungjawab mendakwa Najib dulu?


Najib didakwa atas semua tuduhan masa Mahathir menjadi PM manakala Mahiaddin sebagai menteri KDN. Sekarang nak harapkan kepada mereka?


Kan lawak antarabangsa tu!


DS Anwar berikan kebebasan buat mahkamah. Itu saja yang penting. Jika yakin Najib dianiaya, suruh peguam Najib mohon perbicaraan semula.


Mereka nak sokong PN, itu pilihan peribadi. Tetapi mereka nak harapkan Mahiaddin dan Mahathir yang kini juga bersama PN untuk bebaskan Najib, itu tak masuk akal.


Semua orang tahu bagaimana bencinya Mahathir terhadap Najib. Dan semua orang tahu orang tua itu memang pendendam. Hingga UMNO pun dia nak haramkan. Ingat dia nak tengok Najib keluar?


Dan rasanya orang UMNO pun ramai masih ingat bagaimana Mahiaddin khianat Najib gunakan isu 1MDB melalui video yang tersebar dulu. Mahiaddin dipecat dari jawatan TPM. Ingat dia nak tolong?


Tapi apalah. Sokonglah PN tu. Lepas tu tengoklah sendiri. Bukan setakat Najib tak lepas, ekonomi pun jadi semakin parah. Nak begitu kan? Guane boh?


 

Raja Gelap 



No comments: