PM serah unit pertama Starlink kepada UiTM Kampus Kuala Pilah



 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan unit pertama peranti satelit Starlink kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Peranti yang diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Prof Dr Mohd Sazili Shahibi di reruai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sempena Karnival Segalanya Felda Peringkat Felda Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempol, malam tadi.


Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi, Fadzil dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.


Difahamkan peranti pertama itu akan digunakan UiTM kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadikannya institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di negara ini yang akan mengguna pakai teknologi berkenaan.


Kerajaan baru-baru ini dilapor menyatakan hasrat memasang 40 peranti satelit Starlink di IPT bagi membantu menaik taraf capaian internet lebih baik di kampus susulan aduan daripada pelajar hasil lawatan beliau ke beberapa buah universiti di seluruh negara.


Cadangan itu tercetus hasil persidangan video Perdana Menteri secara maya bersama Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, 14 Julai lepas.

No comments: