HUJAH PALING TERUK

 

Asyraf Jeffery


Lagu kes KK Mart,alasan terlepas pandang adalah hujah yang paling tidak cerdik untuk sebuah syarikat runcit yang besar. Mari saya terangkan. 

.


Benar,dalam kedai runcit termasuk kedai komputer, akan ada satu sistem consignment iaitu pembekal akan letak produk di kedai,kalau laku baru pekedai dicaj,jika tidak, produk akan diambil semula. 

.


Untuk kedai yang besar dan trafik tinggi seperti KK Mart, pasti pembekal kena bayar sewa ruangan untuk letak produk mereka secara consignment, ini adalah kuasa yang anda akan dapat kalau bisnes anda bagus. Bahkan, setiap ruang kosong di dinding, signage pun akan disewa oleh pembekal atau pemilik produk. Lagi best, pekedai boleh letak syarat yang duit jualan hanya dibayar selepas sebulan atau dua bulan dari tempoh transaksi.

.


Persoalannya sekarang,adakah pembekal boleh letak apa-apa barang di ruangan yang disewa? 

.


Jawapannya tidak. Biasanya hanya produk-produk yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Belah pekedai,walaupun mereka sudah untung dari hasil sewaan tapi mereka juga ingin produk yang laku keras sahaja diletak. Kalau boleh untung RM1000, kenapa nak untung RM500 sahaja? Lagipun mereka kena semak silang supaya tidak berlaku pertindihan produk antara pembekal A dan pembekal B supaya semua produk laku.

.


Persoalan kedua,bila barang masuk,apakah yang dilakukan oleh pekedai?

.


Walaupun produk itu hanya produk consignment, ia tetap perlu dimasukkan ke dalam sistem pekedai supaya dapat kawal inventory bagi tujual report dan juga sell out. Jika tidak,daftar produk pembekal dan pekedai tidak akan sama, pasti berlaku pergaduhan.

.


Jadi,ketika produk didaftar masuk ke dalam sistem syarikat,orang yang bertanggungjawab akan semak satu per satu dan mungkin di sinilah berlaku isu terlepas pandang yang membawa kepada isu ini. 

.


Bahkan jika difikirkan semula, pihak kilang pun sama. Mereka yang buat pesanan kepada kilang di China, kilang di China buat dan hantar kepada mereka. Kemudian, mereka kena semak dam daftar setiap item yang sampai supaya sama dengan apa yang dipesan. Saya percaya,kilang di China tidak akan hantar design yang tidak dipesan, ini bukan cerita tahun 2000 tapi ini 2024. Orang di China,buat kerja, 100 kali lagi bagus dan efisyen dari kita.

.


Saya tidak pasti apa niat kilang buat sebegini tetapi kesalahan yang dibuat oleh KK Mart tidak boleh dimaafkan dengan mudah.

.


Kepada kawan-kawan berbangsa Cina, anda kena faham satu perkara. Kami tidak membenci atau marah dengan anda. Kami marah dengan satu entiti yang menghina Islam yang kebetulan, pemiliknya berbangsa Cina. Percayalah, kalau yang hina Islam itu orang Melayu Islam sekalipun,kami akan turut marah. Cuba check berapa banyak kes orang Melayu Islam yang hina Nabi dan Tuhan kami dibawa ke muka pengadilan. Banyak! 

.


Sekali lagi,ini bukan isu bangsa tetapi ini isu Agama. Bagi kami Agama kamu,bagi kami Agama kami. Agama kami merentas bangsa.Untuk pengetahuan anda, orang pertama yang membawa isu ini naik ke atas adalah Bro Firdaus Wong, seorang Muslim berbangsa Cina. 

.


Semoga Malaysia aman dan tenteram dari tangan-tangan jahat.