Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
PERISTIWA INI LEBIH MEMALUKAN.
Kata Hamzah, lantikan Nurul Izzah memalukan. Ya ke? Tapi masa Hadi jadi Duta Khas ke Timur Tengah Bertaraf Menteri tapi cuma melekat di Pantai Timur, tak memalukan ya?
Bagaimana pula dengan Mahiaddin melantik Peja sebagai Penasihat Khas PM Bertaraf Menteri lepas Peja dibuang daripada jawatan MB? Yang itu pun tak memalukan ya?
Bagaimana pula dengan MB dan TMB Kelantan yang melantik anak sendiri pegang jawatan dalam GLC negeri. Apa komen Hamzah tentang itu. Masih tak memalukan ya?
Soalnya sekarang, Nurul Izzah seorang pemimpin muda yang berbakat dan berkelayakan berbanding Hadi dan Peja serta anak MB dan TMB Kelantan. Tapi yang Hamzah kata memalukan hanya Izzah.
Perhatikan sini. Nurul Izzah hanya dilantik sebagai penasihat. Manakala Hadi, Peja dan beberapa yang lain dilantik sebagai penasihat dan duta BERTARAF MENTERI. Mana yang lebih bersifat kronisme?
Sebenarnya bukan memalukan. Tapi menyeramkan. Sebab satu Malaysia tahu kebolehan Nurul Izzah.
Dengan adanya Nurul Izzah di sisi ayahnya sebagai penasihat, pembangkang tahu rakyat akan dapat faedah terbanyak. Itu sekaligus akan melemahkan kedudukan mereka.
Sifirnya mudah. Bila ada musuh yang jahat seperti PN, apa yang mereka tak suka itulah tandanya kita buat perkara yang betul. Kerana mereka lawan demi kepentingan mereka. Bukan kepentingan rakyat.
Melihat respon PN atas perlantikan Nurul Izzah ini, bagi aku ia sesuatu yang tepat. Kalau tak, takkanlah mereka melenting sebegini sekali. Jadi teruskanlah saja. Guane boh?
Raja Gelap
.
KAJI SEMULA PENDIDIKAN ISLAM BERI LEBIH KEFAHAMAN
Kaji semula pendidikan Islam beri lebih kefahaman
on:
Mata pelajaran Pendidikan Islam harus dikaji semula supaya ia dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting sebagai usaha mengelak mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah sehingga menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.
“Kadang-kadang semua (mahu) jadi pakar, rujuk kepada authority, hadis, quran, ulasan, pemikir. Ini tazkirah pun nak buat fatwa masing-masing dan apabila kita tegur dia kata kita anti ulama.
“Kalau guru agama itu buat kenyataan yang salah, kita mesti tegur, kalau tidak, kerana dia tokoh parti, dia orang lama, kenyataan dia semua (dianggap) benar. Islam tidak pernah ajar kita begitu.
“Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan Al-Quran, sunnah dan ulamak muktabar dan ungkapan itu mesti dihujah dan jika perlu teguran, pembetulan, ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran cara kritis,” kata Presiden KEADILAN itu semalam.
Beliau sebelumnya ditemui media selepas melancarkan buku himpunan esei ” Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar” di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), UIAM Kampus Kuala Lumpur pada Khamis.
Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan langkah kajian semula itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam meneliti cadangan berkenaan.
“Saya serahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi mengenai kurikulum mata pelajaran peradaban Islam melihat kepada cadangan dari sarjana-sarjana utama termasuk untuk dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman lebih mendalam dengan mesej Islam, tentunya soal nilai, akhlak, kemanusiaan, universal jadi ini dirasakan ia perlu diberi perhatian,” jelas Anwar.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Anwar mahu supaya masyarakat Islam mengikut apa yang ditetapkan oleh ajaran Islam.
Pada 1986, ketika menjadi menteri pelajaran (pendidikan), Anwar yang ketika itu adalah Menteri Pendidikan, menjalankan usaha menyelamatkan akidah umat Islam dengan menghapuskan tajuk ‘Mandi Safar’ dalam buku teks Tata Rakyat sekolah rendah dengan mengeluarkan pekeliling agar tajuk Mandi Safar tidak lagi diajar di sekolah-sekolah.
Beliau turut terlibat secara langsung dalam pemakaian menutup aurat di sekolah-sekolah arus perdana pada era 90an.
PENGELUARAN BERTERUSAN KWSP UMPAMA ‘BUNUH ANGSA EMAS’
Pengeluaran berterusan KWSP umpama ‘bunuh angsa emas’
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran melaksanakan sistem agihan dividen bertingkat sebagai usaha meningkatkan simpanan pencarumnya.
Cadangan itu adalah antara tiga perkara dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung susulan gesaan pihak tertentu baru-baru ini yang mahu kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN berkata, melalui pelaksanaan dividen bertingkat itu tiga tingkat simpanan yang mana dividen paling tinggi, diberikan mengikut caruman simpanan.
“Dividen diberikan untuk simpanan RM50,000 pertama, simpanan RM50,000 hingga RM240,000 (sasaran simpanan asas) dan simpanan RM240,000 ke atas.
“Jika pencarum mempunyai simpanan lebih RM1 juta, mereka masih boleh mendapat dividen yang tinggi untuk RM50,000 simpanannya,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa 97 peratus pencarum KWSP berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan selesa dengan kos kehidupan di bandar besar.
Situasi itu menurut Chean Chung merupakan keadaan yang amat mengusarkan.
“Sebanyak 6.67 juta ahli KWSP ataupun 51.5% hanya mempunyai simpanan di bawah RM10,000. Nilai ini adalah jauh berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.
“Pengeluaran berterusan umpama membunuh ‘angsa bertelur emas’ yang bukan saja melepaskan peluang menambahkan aset pencarum, malah memerlukan antara tiga hingga lima tahun untuk paras simpanan kembali ke paras asal,” tambahnya.
Selain cadangan pelaksanaan dividen bertingkat, beliau turut mencadang KWSP meningkatkan pelaburan luar supaya organisasi itu lebih produktif dan profesional.
Katanya, pada 2021, KWSP mencapai pulangan 8.64 peratus untuk pelaburan antarabangsa, manakala pulangan pelaburan tempatan hanya sekadar 5.02 peratus.
Beliau juga mencadangkan supaya KWSP menghadkan pengeluaran selepas mencapai umur 55 tahun mengikut jumlah caruman serta mengambil kira keperluan persaraan.
“Adalah lebih baik semua pihak menumpukan cara untuk mencukupkan caruman berbanding berdebat sama ada pengeluaran tambahan harus dibenarkan.
“KWSP sebagai pelaksana wajar tumpukan tenaga mereka untuk meningkatkan pulangan dan memberikan kesedaran serta kecelikan dalam pengurusan persaraan rakyat,” tambahnya.
MALAYSIA KETEPI TUNTUTAN SULTAN SULU, KES BELUM SELESAI
Malaysia ketepi tuntutan Sultan Sulu, kes belum selesai
Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas aset Petronas di luar negara berjaya diketepikan semalam melalui keputusan mahkamah Luxembourg.
Keputusan itu menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah mengenepikan keputusan timbang tara sebelumnya yang membenarkan aset Petronas diberikan kepada “waris Sulu”.
Keputusan mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu, kata Sim, telah menimbulkan bantahan Ahli Parlimen Malaysia yang mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat berhubung hal tersebut.
Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) untuk Hal Ehwal Antarabangsa telah memanggil sesi pendengaran untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan perkara tersebut.
“Keputusan terbaru ini telah mengeluarkan aset Petronas berjumlah AS$2 bilion yang dibekukan sejak Julai tahun lalu.
“Walau bagaimanapun, “Waris Sulu” akan terus mengejar aset lain jika Malaysia tidak “mengetepikan” anugerah akhir mahkamah Perancis kepada pihak yang menuntut.
“Pada masa ini, Malaysia telah memperoleh perintah penangguhan terhadap penguatkuasaan keputusan mahkamah timbang tara Perancis,” katanya.
Menurut Sim, Malaysia mesti bertindak bersungguh-sungguh untuk mengetepikan anugerah timbang tara yang menyalahi undang-undang dan mempertanggungjawabkan penimbang tara Dr Stampa atas anugerah penipuan serta ketidakjujurannya.
“Saya berharap Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman Said akan meneruskan kerja baik bekas menteri undang-undang dan terus berwaspada.
“Saya adalah sebahagian daripada JKPK untuk menyiasat perkara itu. Kami memanggil beberapa pihak untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu.
“Jawatankuasa itu menamatkan semua pendengaran pada September 2022. Bagaimanapun, Parlimen telah dibubarkan sebelum JKPK mengeluarkan laporan penuh.
“Daripada perbicaraan itu, saya yakin Kerajaan Malaysia mempunyai kes yang kukuh untuk menang dan untuk melindungi imuniti kedaulatannya,” katanya lagi.
Sim turut berharap JKPK yang baharu untuk Hal Ehwal Antarabangsa akan melengkapkan laporan Sulu dan memberitahu rakyat selengkapnya apa yang berlaku.
PEMBANGKANG TAGIH ‘FORMULA’ RAFIZI, SERANGAN TERSASAR
Pembangkang tagih ‘formula’ Rafizi, serangan tersasar
Pembangkang serta pihak yang tidak berpuas hati menyerang Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli kebelakangan ini dinasihatkan membuat ‘kerja rumah’ terlebih dahulu sebelum menghamburkan tohmahan.
Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin berkata serangan lintang pukang pihak tidak berpuas hati itu kelihatan dungu kerana tidak menyentuh bidang tugas Rafizi di kementerian yang diterajuinya.
Menurut Razif, isu harga telur atau harga pasaran barangan keperluan asas tentu sekali bukan di bawah kawalan Kementerian Ekonomi.
“Saya melihat serangan yang beliau hadapi hanyalah kerana kelantangan beliau sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.
“Beliau lantang menegur kerajaan Perikatan Nasional sebagai gagal mengawal kenaikan harga barang serta menyebabkan ekonomi negara merundum
“Namun adakah serangan yang beliau hadapi hari ini benar benar berkaitan kegagalan beliau sebagai Menteri Ekonomi?” tanyanya dalam satu kenyataan.
Tegas Razif, sekiranya rakyat membaca kenyataan beberapa pertubuhan serta pakar ekonomi, kebanyakannya berpendapat Rafizi berjaya dalam tempoh 50 hari beliau sebagai Menteri jika dinilai daripada skop tugasan.
Malah pada sidang media kelmarin, katanya, jelas usaha Rafizi untuk mengajak rakyat Malaysia keluar daripada krisis inflasi. Rafizi, kata razif, mahu rakyat melihat indeks harga pengguna sebagai rujukan terkait harga barang. Ia mendidik pengguna untuk mengetahui harga yang baik serta memilih premis yang menawarkan harga mengikut harga yang dipaparkan dalam indeks tersebut.
“Selain itu Rafizi juga menyebut tentang bagaimana pengusaha pertanian tempatan dapat meluaskan pasaran, seterusnya mengurangkan kebergantungan import sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi petani. Dengan ini ia boleh mengawal inflasi selain memastikan keterjaminan makanan.
“Namun apa yang saya lihat, komen ke atas beliau hanya menagih ‘formula’ untuk menurunkan harga barang walaupun pelan yang Rafizi maklumkan merupakan langkah awal dalam usaha menurunkan harga serta memastikan keterjaminan makanan,” katanya.
Bagi Razif serangan secara membabi buta oleh pihak yang ‘sakit hati’ terhadap Rafizi itu menyebabkan mereka tidak melihat kejayaan awal dalam mengawal inflasi
Katanya, lebih baik pembangkang melihat kadar semasa tukaran matawang negara yang mengukuh berbanding Dollar Amerika Syarikat sebelum menyambung kritikan.
“Sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi boleh sahaja bercerita tentang projek-projek mega atau penurunan inflasi, bercerita matawang Malaysia makin kukuh berbanding Dollar atau bercerita berkenaan kejayaan Kementerian Ekonomi mengurangkan bebanan ekonomi yang dibuat kerajaan PN dahulu.
“Namun beliau memilih isu yang dekat dengan rakyat, iaitu kos sara hidup kerana ia memberikan kesan besar terhadap rakyat marhaen.
“Beliau ketepikan kritikan dan hinaan asalkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan ini rakyat merasa hasilnya apabila ekonomi semakin mengukuh dan harga barang keperluan asas mulai turun,” kata Razif lagi.
Justeru daripada menghentam Rafizi membabi buta, beliau mengajak rakyat untuk menjadi pengguna bijak dengan memilih premis yang menjual harga patut.
Katanya dengan tindakan bijak rakyat usaha mempersiapkan diri menghadapi krisis ekonomi global tahun ini rakyat Malaysia akan berjaya melalui ketidaktentuan ekonomi dengan selamat.
NAK RASA DUDUK DALAM GAMAKNYA : WAN SAIFUL JANGAN MAIN ISU MELAYU – CINA TAKUTKAN RAKYAT
Wan Saiful jangan main isu Melayu – Cina takutkan rakyat
KEADILAN Pulau Pinang membidas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa rancangan kerajaan untuk mendapat kepakaran pakar perumahan awam dari Singapura bagi diguna dalam industri perumahan awam di negara ini mempunyai agenda perkauman.
Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang Amir Ghazali ketika mengulas dakwaan Wan Saiful kononnya pemilikan tanah dan hartanah bumiputera di negeri itu lebih rendah berbanding orang Cina disifatkan hanya cubaan menakut-nakutkan rakyat terutama orang Melayu terhadap pemimpin DAP.
Beliau menegaskan isu yang cuba dibangkitkan Wan Saiful telah menjadi masalah berterusan sejak Pulau Pinang diterajui oleh Gerakan dari 1990 hingga 2008 dan juga ketika era pentadbiran PN apabila Gerakan bersama Bersatu dan Pas di peringkat Persekutuan.
“Jadi mengapakah sekarang soal pemilikan hartanah di Pulau Pinang hendak dijadikan isu besar dan sengaja mahu menyalahkan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran parti DAP?” soal Amir.
Mengulas lanjut beliau menegaskan bahawa hujah dibawakan Wan Saiful juga tidak kukuh, ia berdasarkan kenyataan Pengerusi Pertubuhan Pemikir Pulau Pinang, Datuk Dr Muhammad Farid Saad sebelum ini.
“Ia (hujan Wan Saiful) sama sekali bercanggah dengan kenyataan yang pernah dibangkitkan oleh Datuk Dr Muhammad Farid Saad yang melaporkan bahawa terdapat puluhan ribu tanah tidak didaftarkan pemilikannya berdasarkan Kanun Tanah Negara 1995.
“Masalah timbul kerana tanah yang diduduki penduduk belum mempunyai geran tanah yang membuktikan tanah tersebut menjadi hak milik mereka dan mereka pula tidak pernah membayar sebarang cukai tanah kepada pihak kerajaan negeri,” kata Amir pada satu kenyataan.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada awal minggu ini mengumumkan bahawa kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan pakar perumahan dari HDB Singapura untuk mengetahui kejayaan program perumahan awam di negara itu.
Langkah itu jelasnya bagi mendapatkan pandangan dan kepakaran mereka supaya boleh diadaptasi bagi menangani isu perumahan membabitkan golongan kurang berkemampuan di negara ini.
Namun hasrat baik itu dijadikan modal serangan politik oleh beberapa pemimpin Perikatan Nasional yang menuduh Nga cuba melemahkan pemilikan harta Melayu dan taburan penduduk.
Sementara itu Amir menegaskan, dakwaan kononnya orang Melayu ditindas di Pulau Pinang adalah sama sekali tidak benar.
Jelasnya terdapat 200 buah kampung tradisi di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya masih mengekalkan tradisi kekampungan walaupun berada di tengah-tengah bandar.
“Sebagai contoh Bagan Jermal yang berusia 80 tahun dan wujud sebelum zaman penjajahan Jepun sehingga sekarang masih wujud lagi.
“Jadi tidak timbul isu penduduk orang Melayu dihalau keluar disebabkan adanya projek perumahan yang akan didirikan.
“Malahan kerajaan negeri Pulau Pinang tampil membantu menyelesaikan dengan merujuk kepada dasar penyediaan kawasan penempatan baru,” katanya.
LEBIH PARAH JIKA SEGALA MACAM SAHAM DI BERI PADA ANAK MENANTU
PM melantik anak sendiri tu tak pernah dibuat oleh mana-mana PM sebelum ini, kata Mahiaddin. Betul ke?
Masa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, dia lantik menantunya, KJ. Aku lupa pula jawatannya. Tapi KJ masa tu bukan siapa-siapa pun. Dapat jawatan itu hanya sebab dia menantu Pak Lah.
Masa Mahathir jadi PM, Mukhriz jadi MB Kedah. Walaupun bukan Mahathir yang lantik, tapi Mukhriz dapat duduk kerusi Timbalan Presiden Bersatu waktu itu, yang membolehkan dia dapat jadi MB Kedah, atas nama Mahathir.
Itu yang pertama. Yang kedua, kita tengok anak PM kita sebelum ini.
Masa Tun Razak jadi PM, Najib jadi apa? Tak jadi apa-apa sebab Najib masih belajar di luar negara. Dan hayat Tun Razak pun tak panjang. Tun Razak meninggal sebelum Najib tamat belajar.
Masa Mahathir jadi PM kali pertama, anaknya tak main politik lagi. Tapi ada anak yang jadi kaya raya. Itu lebih besar nepotisme. Bahkan Mahathir pernah dikatakan cuba guna wang negara untuk bail out syarikat anaknya ketika krisis ekonomi 1998.
Pak Lah jadi PM, anaknya jadi apa? Bukan sebab Pak Lah tak mahu lantik tapi sebab anaknya tiada kelayakan langsung. Bukan orang politik. Tapi Pak Lah lantik KJ, menantu dia.
Masa Mahiaddin pun, anaknya tak pegang jawatan bukan sebab Mahiaddin tak amalkan kronisme, tapi sebab anak Mahiaddin tak layak. Kedua-dua anak Mahiddin memilih untuk jadi penyanyi.
Aku tak kata salah jadi penyanyi. Tapi bandingkan anak Mahiaddin dengan Nurul Izzah.
Nurul Izzah digelar Puteri Reformasi. Sewaktu DS Anwar teraniaya dan dipenjara akibat fitnah, Izzah berjuang pembebasan ayahnya. Berdiri di pentas antarabangsa.
Nurul Izzah berani menentang arus. Masa tu Izzah bercakap soal keadilan. Bukan setakat cakap DS Anwar rindu nak minum macchiato Starbucks.
Nurul Izzah antara pelopor Parti Keadilan Rakyat. Daripada parti yang kecil, hingga jadi parti yang mengepalai kerajaan. Dia duduk di antara hirarki tertinggi parti.
Soalnya bukan PM sebelum ini tak mahu lantik anak mereka. Tapi sebab anak mereka tak berkelayakan, dan tidak setaraf Nurul Izzah. Kalaulah anak mereka sehebat Nurul Izzah, nescaya mereka akan buat perkara yang sama.
Mahiaddin persoalkan lantikan Nurul Izzah, patut Mahiaddin perjelaskan perbuatannya yang melantik hampir semua MP yang menyokongnya jadi PM dulu ke banyak jawatan dalam kerajaan dan GLC.
Perbuatan Mahiaddin, apa yang disebut sebagai Scheme of Things oleh Mahiaddin sendiri dalam rakaman audio yang tersebar, jauh lebih bersifat kronisme berbanding perlantikan Nurul Izzah ini.
Mahiaddin perlu bertenang dan renung kembali apa yang telah dia buat semasa dia jadi PM dulu. Ianya jauh lebih jahat, jauh lebih tak bermoral bahkan ada unsur rasuah.
Bila diri sendiri berbogel, jangan nak bicara soal seluar orang lain yang koyak di lutut. Guane boh?
Raja Gelap
KITA TIDAK HARUS BERSANGKA BAIK
Aku melihat ini sebagai perangkap untuk gegarkan hubungan Kerajaan Perpaduan ini. Sebaiknya tak usah diterima. Mungkin dia mohon masuk Keadilan sebagai satu strategi dirangka oleh Hamzah. Guane boh?
Raja Gelap
NAMPAK GAYA MACAM NAK SERTAI BERSATU
Ini menunjukkan KJ semakin hampir untuk menyertai Bersatu dan mungkin ditonjolkan sebagai calon MB bagi PN…
Shahbudin Husin.
MENJADIKAN PAS SEBAGAI PERSAMAAN DALAM LANTIKAN NURUL IZZAH BERERTI MENYAMAKAN ANWAR DENGAN PAS
Dalam cubaan untuk mempertahankan lantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, terdapat segelintir pihak yang menyokong kerajaan perpaduan nampaknya cenderung menjadikan Pas sebagai rujukan serta persamaan dalam amalan tersebut.
Mereka memetik pelbagai laporan berita yang mengaitkan tindakan pemimpin-pemimpin Pas sendiri pernah melantik anak masing-masing dalam jawatan kerajaan.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan telah membenarkan anak mereka sendiri bekerja dalam agensi penting negeri Kelantan iaitu di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai pegawai kanan.
Anak Menteri Besar, Nor Azma Hilmah Ahmad dikatakan bertugas sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perundangan dan Intergriti di PKINK.
Dalam kes ini, Ahmad adalah Pengerusi PKINK.
Anak Timbalan Menteri Besar Kelantan pula, Ahmad Mujahid Mohd Amar dilaporkan bertugas sebagai Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Korporat PKINK.
Mohd Amar dalam kes ini adalah Ahli Lembaga Pengarah PKINK.
Selain anak dua pemimpin Pas itu, anak Speaker DUN Kelantan, Ustaz Abdullah Yaakub juga diberitakan bekerja di bawah sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.
Anak beliau, Muhammad Riyadhul Hanif Abdullah dilaporkan tersenarai dalam Pengurusan Tertinggi PTG Kelantan dengan jawatan sebagai Penolong Pengarah Hasil.
Dengan tiga anak pemimpin Pas itu turut bekerja di syarikat kerajaan negeri di mana bapa mereka adalah pemimpin dalam pentadbiran negeri Kelantan, lalu dihujahkan bahawa di mana salahnya anak Anwar bekerja di Pejabat Perdana Menteri?
Tambahan lagi, kata mereka, jawatan Nurul Izzah adalah pro bono iaitu tanpa gaji, sedangkan ketiga-tiga anak pemimpin Pas itu adalah bergaji.
Bukan bermaksud untuk membela Pas, tetapi sekadar untuk membetulkan fakta – membuat persamaan sebegitu sebenarnya adalah tindakan yang salah.
Pertama, ketiga-tiga anak pemimpin Pas berkenaan hanya bekerja di agensi kerajaan negeri dan bukan sebagai penasihat kepada bapa mereka.
Di sini saja, tindakan menyamakan itu adalah tersasar jauh dan suatu tembakan yang tak kena.
Kedua, kalau tindakan pemimpin Pas itu ingin dijadikan rujukan dan persamaan, bermakna kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar ini adalah sama perangainya seperti Pas.
Banggakah kita kerana dilihat sama seperti Pas dan sejak bila Pas menjadi kitab rujukan kita? – ShahbudinHusin 31/01/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/01/31/menjadikan-pas-sebagai-persamaan-dalam-lantikan-nurul-izzah-bererti-menyamakan-anwar-seperti-pas.html
JOM KITA KAJI
Kecoh walaun² n the geng pasal PM lantik anak sendiri sebagai penasihat🙄
Lepas ni PM kena lantik pemimpin² walaun rasanya dan perlu dibayar gaji baru walaun² akan berpuas hati😳
70 ORANG TAK BUAT KERJA TAK BISING.1 ORANG TAK ADA GAJI BISING.
1 orang diberi jawatan kerja tak ambil gaji, walaun bising.70 orang ada jawatan tak buat kerja ambil gaji, dia senyap.. walaunssss ni ada OTAK Tak.. 😁