LEBIH PARAH JIKA SEGALA MACAM SAHAM DI BERI PADA ANAK MENANTU

 


PM melantik anak sendiri tu tak pernah dibuat oleh mana-mana PM sebelum ini, kata Mahiaddin. Betul ke?


Masa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, dia lantik menantunya, KJ. Aku lupa pula jawatannya. Tapi KJ masa tu bukan siapa-siapa pun. Dapat jawatan itu hanya sebab dia menantu Pak Lah.


Masa Mahathir jadi PM, Mukhriz jadi MB Kedah. Walaupun bukan Mahathir yang lantik, tapi Mukhriz dapat duduk kerusi Timbalan Presiden Bersatu waktu itu, yang membolehkan dia dapat jadi MB Kedah,  atas nama Mahathir.


Itu yang pertama. Yang kedua, kita tengok anak PM kita sebelum ini.


Masa Tun Razak jadi PM, Najib jadi apa? Tak jadi apa-apa sebab Najib masih belajar di luar negara. Dan hayat Tun Razak pun tak panjang. Tun Razak meninggal sebelum Najib tamat belajar.


Masa Mahathir jadi PM kali pertama, anaknya tak main politik lagi. Tapi ada anak yang jadi kaya raya. Itu lebih besar nepotisme. Bahkan Mahathir pernah dikatakan cuba guna wang negara untuk bail out syarikat anaknya ketika krisis ekonomi 1998.


Pak Lah jadi PM, anaknya jadi apa? Bukan sebab Pak Lah tak mahu lantik tapi sebab anaknya tiada kelayakan langsung. Bukan orang politik. Tapi Pak Lah lantik KJ, menantu dia.


Masa Mahiaddin pun, anaknya tak pegang jawatan bukan sebab Mahiaddin tak amalkan kronisme, tapi sebab anak Mahiaddin tak layak. Kedua-dua anak Mahiddin memilih untuk jadi penyanyi.


Aku tak kata salah jadi penyanyi. Tapi bandingkan anak Mahiaddin dengan Nurul Izzah.


Nurul Izzah digelar Puteri Reformasi. Sewaktu DS Anwar teraniaya dan dipenjara akibat fitnah, Izzah berjuang pembebasan ayahnya. Berdiri di pentas antarabangsa.


Nurul Izzah berani menentang arus. Masa tu Izzah bercakap soal keadilan. Bukan setakat cakap DS Anwar rindu nak minum macchiato Starbucks.


Nurul Izzah antara pelopor Parti Keadilan Rakyat. Daripada parti yang kecil, hingga jadi parti yang mengepalai kerajaan. Dia duduk di antara hirarki tertinggi parti.


Soalnya bukan PM sebelum ini tak mahu lantik anak mereka. Tapi sebab anak mereka tak berkelayakan, dan tidak setaraf Nurul Izzah. Kalaulah anak mereka sehebat Nurul Izzah, nescaya mereka akan buat perkara yang sama.


Mahiaddin persoalkan lantikan Nurul Izzah, patut Mahiaddin perjelaskan perbuatannya yang melantik hampir semua MP yang menyokongnya jadi PM dulu ke banyak jawatan dalam kerajaan dan GLC.


Perbuatan Mahiaddin, apa yang disebut sebagai Scheme of Things oleh Mahiaddin sendiri dalam rakaman audio yang tersebar, jauh lebih bersifat kronisme berbanding perlantikan Nurul Izzah ini.


Mahiaddin perlu bertenang dan renung kembali apa yang telah dia buat semasa dia jadi PM dulu. Ianya jauh lebih jahat, jauh lebih tak bermoral bahkan ada unsur rasuah. 


Bila diri sendiri berbogel, jangan nak bicara soal seluar orang lain yang koyak di lutut. Guane boh?


 

Raja Gelap