Apabila cuba nak lindungi pengkhianatan, dua insan ini akan mereka buat modal:
1. Tun M - mereka kata kenapa Tun M letak jawatan? Tidakkah mereka tahu Tun M letak jawatan kerana pengkhianatan ke atasnya oleh partinya sendiri? Ingat Tun M suka2 letak jawatan? Cuma, kesilapan Tun M adalah tidak memaklumkan kpd PH terlebih dahulu seblm dia letak jawatan. Itu mmg salah Tun M kpd PH. Tapi khianat paling besar adalah muhyidin dan Azmin. Itu punva Tun M letak jawatan.
2. Agong - Pengkhianat akan berlindung di sebalik Agong. Sedangkan Agong bukan orang politik, beliau tidak tahu dan tidak akan campurtangan dengan muslihat politik khianat dari mana2 parti pun. Agong hanya lihat apa ada depan mata baginda dan baginda buat keputusan atas keyakinan baginda terhadap jumlah atau majoriti. Dari mana datang jumlah atau cara apa dilakukan, jangan salahkan Agong.
Rakyat melihat, atas apa pun alasan atau hujah, faktanya kerajaan yg ada hari ini adalah kerajaan yg tidak dapat mandat rakyat. Rakyat tidak pilih PN jadi kerajaan atau Bersatu Muhyidin jadi kerajaan, jauh sekali Umno dan Pas. Itu faktanya. Muhyidin pun mengaku. So, kjaan yg ada ini sebuah kjaan yg tidak ada maruah dan kredibiliti sama sekali.
Pengkhianat tidak akan selamat. Lambat laun pasti akan dihukum. Mereka tidak boleh tidur malam walaupun di tilam empuk berhawa dingin di putrajaya. Mimpi ngeri sedang menanti.
WFAUZDIN NS