SEMOGA ALLAH BERKATI MEREKA YANG BENAR BERUSAHA.

 

Asyraff Jeffry


Terbaca artikel Ebit Lew tidak bayar sewa rumah dan bil utiliti yang dijanjikan kepada bekas gelandangan sampai gelandangan tersebut kembali ke jalanan semula selepas dihalau oleh pemilik rumah di atas kegagalan membayar sewa.

.


Wallahua’lam, saya tidak tahu betul atau tidak dan apa perjanjian antara mereka. Itu urusan mereka berdua. Cuma, saya nak cerita kepada anda, begitulah perangai sesetengah orang miskin. Mereka sudah dibantu tapi tidak ingin bantu diri sendiri.

.


Bayangkan, rumah sudah disediakan, sesetengah kelengkapan rumah sudah dibeli, hanya tinggal keluar rumah, cari kerja. Saya percaya pihak Ebit Lew bayar rumah tersebut sekurang-kurangnya lima bulan yang mana itu adalah satu tempoh yang lebih dari mencukupi untuk cari kerja dan berdikari.

.


Saya jumpa ramai orang miskin sebegini. Mereka suka merungut,daif dan tidak berdisiplin. Yang pelik, mereka ada smartphone dan internet untuk DM NGO minta bantuan walhal anak tidak dihantar ke Sekolah.

.


Ada satu keluarga di Kota Bharu,pernah dapat liputan media, tidak dapat elektrik lebih 16 tahun! Saya ke rumahnya. Memang daif. Kami bersembang di luar rumah. Anaknya yang berumur anggaran 2-3 tahun datang bermain di kaki dengan pisau, dia hanya tengok dan terus sambung berbual dengan kami.

.


“Anak-anak yang besar gi mano kak?”

.


“Lepas habis sekoloh biaso kak hata dia gi umoh adik. Mitok tolong adik jago sebab kak penat. Kak bayar la ngupoh sikit.”

.


Eh? Dia mesej minta bantuan bagitahu duit makan harian tiada tapi boleh bayar pengasuh? Saya tanya lagi, katanya rumah tiada elektrik lebih dari 16 tahun tapi bagaimana dia cas Smartphone? 

.


“Kak tupe cas kat restoran nuh. Bayar dio siya (RM1) sekali cas.”

.


Asalnya nak bagi RM100 tapi lepas bersembang panjang, kami hulur RM50 sahaja. Pernah sekali kami panggil dia datang ambil makanan di Free Market bulan Ramadan di Kota Bharu. Lepas dapat makanan, dia tanya,” ni jah ko? Takdok ko benda-benda lain sekali?”

.


Memang ada orang miskin sebegini. Tapi ada juga mereka yang ‘terpaksa’ miskin di atas sebab-sebab tertentu. Cuma golongan ini biasanya rajin dan berdisiplin. Mereka ingin keluar dari kepompong kemiskinan tetapi situasi dan keadaan tidak mengizinkan.

.


Ada satu keluarga yang saya kenal, lepas ada anak empat orang, suami keluar rumah dan tinggalkan mereka tanpa sebarang nafkah. Dia terpaksa jaga semua anak kecil sendirian. Ibu ayahnya juga tiada. Dia bangun pukul tiga pagi untuk buat kuih, letak di kedai-kedai ketika hantar anak ke sekolah. Kemudian balik buat kerja rumah, pukul 11 keluar ambil duit dan ambil anak. Selapas itu balik ke rumah semula untuk jaga anak yang lain. 

.


Semoga Allah merahmati mereka yang benar-benar berusaha.



No comments: