ULASAN AKHBAR CINA : Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri PH Plus : PH Calonkan Anwar, Tun M Calonkan Diri Sendiri


Rina Ariana.

“希盟++”首相人选触礁·希盟提议安华 敦马自荐

Sumber : Sin Chew Daily 星洲日报

Tarikh : 11/6/2020

Diterjemahkan oleh : Megat Hisemudin Megat Kasim

.

Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily, PH Plus (Amanah, DAP, PKR, Warisan dan blok Tun Mahathir dalam Bersatu) dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan Pengerusi PKR, DS Anwar Ibrahim tetapi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih mahu mencalonkan dirinya sendiri.

AJK PH MEMUTUSKAN ANWAR SEBAGAI CALON

Menurut sumber yang diyakini memberitahu akhbar ini yang Majlis Presiden Pakatan Harapan telahpun memutuskan yang DS Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri.

Sumber itu memberitahu yang Tun Mahathir telah menghadiri menyuarat pada hari Selasa lalu di Ibu Pejabat PKR di mana beliau telah mencadangkan satu “Team Mahathir-Anwar” yakni beliau sendiri akan menjadi Perdana Menteri dan DS Anwar sebagai timbalannya. Namun demikian ia tidak mendapat persetujuan dari Pakatan Harapan.

“Tun Mahathir mencadangkan jika berjaya merampas kembali kuasa Kerajaan Persekutuan, dia akan menjadi Perdana Menteri untuk selama enam bulan manakala selepas enam bulan akan menyerahkan kuasa kepada DS Anwar Ibrahim. Tetapi cadangan ini tidak dapat diterima oleh Pakatan Harapan”.

“Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir ialah untuk memberinya peluang menyatakan keikhlasanya menyerahkan jawatan kepada DS Anwar”.

“Pengerusi Warisan, DS Shafei Afdal menyatakan sokongannya untuk Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri”.

Menurut sumber itu lagi, menyuarat selama tiga jam itu yang utamanya untuk membincangkan agenda pemilihan calon Perdana Menteri. Tidak pula membicarakan pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri.

HARI SELASA MINGGU DEPAN AKAN MENERUSKAN PERBINCANGAN

Dalam menyuarat pada hari Selasa itu yang memfokuskan agenda pemilihan calon Perdana Menteri walaupun tidak mencapai sebarang persetujuan namun dijangka menyuarat seterusnya akan diadakan pada hari Selasa depan bagi membincangkannya dan diharap dalam masa seminggu ini satu keputusan akan dimuktamadkan.

Selain daripada itu, DS Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam telah memberikan taklimat ringkas kepada ahli-ahli biro mengenai menyuarat Pakatan Harapan pada hari Selasa itu. Namun demikian tiada butiran lengkap yang diperolehi.

“Biro politik hanya membicarakan secara santai sahaja dan tidak membuat sebarang keputusan”.

DIKATAKAN BILANGAN NOMBOR PAKATAN HARAPAN “DAH CUKUP”

Selain daripada itu, sumber itu juga memberitahu walaupun DS Anwar Ibrahim dalam live FB semalam mengatakan yang Pakatan Harapan hanya mempunyai 107 kerusi tetapi sebenarnya bilangan “dah cukup”.

“Sekarang Pakatan Harapan dan pihak Tun Matathir serta GPS masih berbincang ……”

Mesyuarat pada hari Selala yang lalu bolehlah dianggap sebagai pertemuan “memecah kebuntuan” bagi Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim. Semenjak kejatuhan Pakatan Harapan, para pemimpin PKR dilihat telah hilang kepercayan terhadap Tun Mahathir.

Pendirian parti ialah mahukan DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan tidak mahu beliau terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Tun Mahathir termasuklah menghadiri menyuarat.


据星洲日报探悉,“希盟++”(诚信党、行动党、公正党、民兴党以及马哈迪派系的土团党)在首相人选课题触礁,希盟提议的首相人选是公正党主席拿督斯里安华,但前首相敦马哈迪依然自荐要再做首相。

希盟理事会议决安华出任

据可靠消息告诉本报,希盟主席理事会已议决让安华当未来首相。

知情人士表示,敦马週二参与在公正党总部召开的希盟会议上曾向希盟献议“马安配”,即由他担任首相,安华当副首相,但没有获得希盟的同意。

“敦马建议若希盟夺回中央政权,先由他当首相为期6个月,6个月之后就会交棒给安华,但是这项建议并未获得希盟的接纳。”
“敦马给予的理由是,给他机会表现他是有诚意要交棒给安华的。”

“民兴党主席拿督斯里沙菲益则表达支持敦马当首相。”

消息人士表示,希盟在逾3小时的会议上主要讨论首相人选课题,没有提到副首相人选课题。

下周二料续讨论

无论如何,希盟在週二当天虽然针对首相人选课题没有达致共识,预料下週二会继续讨论此事,希望能在一週内会有定案。
另一方面,安华在昨晚的公正党政治局会议上也有简单向政治局成员汇报週二希盟的会议事宜,但没有详谈会议内容。

“政治局只是泛泛之淡,没有做出什么决定。”

据知希盟人数是“够的”

此外,消息人士也提到,虽然安华昨天通过脸书公开希盟只有107人,但实际上人数是“够的”。

“现在希盟和敦马那边还在跟砂政党联盟(GPS)谈判…。”

本週二的会议堪称是敦马与安华的“破冰”会面,自希盟倒台,公正党领导层已对马哈迪失去信任,该党立场是要安华做首相,而安华也不再出席由敦马主导的活动,包括参与会议
Mereka yang mendesak supaya Anwar tunduk  sekali lagi kepada kehendak Tun Mahathir  adalah kumpulan yang mempunyai berkepentingan diri , semada mahukan kuasa dan jawatan atau untuk melepasian diri dari dakwaan mahkamah.

Sepatutnya mereka mendesak Tun Mahathir supaya mengiyakan Anwar, kerana janji Tun Mahathir yang  asal untuk jadi PM selama 2 tahun pun dah habis tempuh, jelas Tun Mahathir telah berusaha untuk menyekat kenaikan Anwar dengan belbagai helah. Dengan meletak jawatan - Tun Mahathir secara resmi mempamirkan dia sudah tidak relevan untuk kekal sebagai PM.