Hari ini, exco pertanian Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim membuat hantaran di media sosial tentang isu-isu dalam mesyuarat antara exco-exco pertanian negeri dan Kementerian Pertanian. Perkara yang didedahkan dirasakan tidak wajar kerana ia mesyuarat antara kerajaan dan tidak wajar didedahkan kepada umum kerana ia bakal mengwujudkan persepsi yang mengelirukan.
Mungkin YB Exco Terengganu sudah terbiasa dengan cara begini. Sebagaimana tindak tanduk beliau semasa isu tanah FGV. Beliau bagaikan mengejar populariti dan ingin menunjukkan kuasa kepada khalayak. Mungkin inilah implikasinya apabila ada parti yang memerintah dengan majoriti penuh, boleh buat apa sahaja dan tiada yang menegur.
Dalam isu FGV, negeri Pahang dah lama selesai namun tidak di Terengganu. Ini berpunca dari sikap exconya yang lebih berminat mencari populariti berbanding menyelesaikan masalah.
Apa perlunya mempertikaikan bot-bot nelayan yang menangkap ikan itu. Walaupun bot itu dari Pahang, tapi para nelayan itu orang Terengganu juga, kalau tak percaya boleh dengar pada percakapan mereka, semuanya bercakap loghat Terengganu yang sama. Ini tidak menghairankan kerana Pahang adalah negeri yang murah hati, menerima siapa sahaja untuk bermastautin di sini.
Terkait dengan isu pendaratan ikan, pasti ada sebab kenapa nelayan Terengganu lebih suka menghantar tangkapan ke Kuantan berbanding ke Kemaman. Pasti ada masalah di sana yang menyebabkan nelayan mereka sendiri merasa kurang selesa. Sepatutnya inilah isu yang perlu dikaji oleh pihak kerajaan Terengganu, bukannya sibuk mencari salah orang lain.
Ibarat kera mendapat bunga begitulah jadinya PAS Terengganu bila mendapat kuasa. Segalanya hendak digigit dikekah sesuka hati.
KALAM INSAN
No comments:
Post a Comment