SALAH TAPI TOLAK DENGAN DALIL

 


Dalam ketika nak solat, seorang tok guru yang sepatutnya jadi imam terkentut. Bunyinya halus je tapi ada seorang makmum di belakang tok guru tu dengar.


Makmum pun tegur, "tok guru dah terkentut tu. Tak nak ambil wudhu balik ke?" Tok guru toleh kepada makmum tu sambil tersengih.


"Mung dop bau ouk? Kali dop bau, boleh jatuh jadi syak. Kalu yakin dop ketut, dakpe. Buloh teruskan solak" jawab di tok guru.


Si makmum terkedu sambil garu kepala. Lain betul apa yang diajar oleh tok guru dengan apa yang dia belajar selama ini. Malah tok guru sendiri pun ajar lain dulu.


Cerita ni rekaan saja. Memang tak wujud tok guru yang dah terkentut tapi teruskan solat. Kalau ada, sah-sah kita boleh labelkan tok guru itu sebagai sesat. 


Malangnya ada tok guru yang buat perkara yang hampir sama. Iaitu bila dia, atau orang yang penting baginya menipu, diubah hukum menipu itu sebagai harus.


Lebih malang lagi, tok guru ini tak pula dianggap sesat. Malah ada yang gelarkan dia sebagai wali Allah. Entah kenapa begitu.


Tapi tok guru tu bukan di Malaysia. Dengarnya tok guru tu menetap di Tel Aviv sekarang ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: