HARGA AYAM- PREDATOR PRICING

 HARGA AYAM- PREDATOR PRICING



Adrian Lim


Selepas kerajaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan subsidi ayam, harga ayam kat seluruh negara turun 10 - 20%. Ini fakta. Fakta yg mematahkan hujah kononnya harga ayam akan naik.


Sy selalu tanya kawan-kawan saya. Kalau betul lah menternak ayam ini suatu perniagaan yg merugikan sehingga syarikat-syarikat penternak gergasi terpaksa meminta subsidi, kenapalah syarikat-syarikat penternak gergasi ini tidak tutup je ladang mereka?


Kau buat bisnes dan kedai makan, kedai makan itu rugi, tutup je lah. Betul tak?


Ada ke pengusaha restoran ke, kedai tayar ke, bengkel ke, dia minta subsidi daripada kerajaan apabila perniagaan dia tak buat duit? Tidak!


Syarikat gergasi penternak ayam je minta subsidi. Dan kerajaan terdahulu pun bersetuju. Akibat keputusan bersetuju dengan syarikat penternak ayam gergasi, negara telah membayar RM3.8 BILION kepada syarikat penternak ayam.


RM3.8 BILION ini masuk poket siapa?


Jadi, anggapan bahawa "penternak ayam perlukan subsidi" itu mungkin hanya mitos. Mereka sebenarnya untung. Mungkin tak untung besar je lah. Dan demi mengekalkan margin keuntungan lebih besar seperti sebelum ini, mereka desak lah kerajaan memberi subsidi. Kerajaan terdahulu pun bersetuju dengan mereka.


Tetapi hakikat hari ini berbeza, selepas subsidi dihentikan.


Namun, saya mengambil sikap jangan pancut awal dan lebih berhati-hati kerana apa yg sedang berlaku mempunyai mirip PREDATOR PRICING.


PREDATOR PRICING ialah kaedah perniagaan sengaja menjatuhkan harga, agar syarikat lebih kecil tidak mampu melawan harga dan terpaksa gulung tikar.


Apabila syarikat lebih kecil gulung tikar, syarikat gergasi akan kembali mendominasi dan memonopoli harga.


Ini penjelasan yg seiring kepada suara-suara yg mengatakan "pasaraya besar je mampu jual harga rendah sebegitu".


Namun, PREDATOR PRICING ini sebenarnya boleh dipatahkan sekiranya kerajaan tegas dan meneruskan dasar open market. Janji jangan u-turn.


Kita baru je mula penghentian subsidi ayam dan harga ayam di pasaraya pasaraya besar telah semakin kompetitif. Tidak mustahil syarikat-syarikat kecil akan menjadi mangsa PREDATOR PRICING syarikat lebih besar.


Tetapi, dengan dasar terbuka yang konsisten, syarikat-syarikat besar yg melakukan predator pricing akan menemui saingan baharu daripada syarikat-syarikat lebih besar. Mungkin penternak domestik lebih besar, mungkin penternak antarabangsa lebih besar.


Syarikat A yg kini mendominasi pasaran dan melakukan PREDATOR PRICING, dia mungkin akan berjaya menyingkir syarikat B dan C.


Tetapi oleh kerana pasaran terbuka, bukan mustahil untuk syarikat A menemui saingan baharu daripada syarikat A1, A2, A3.


Ianya satu kitaran. Keindahan open market ialah persaingan itu akan sentiasa ada, persaingan di antara syarkat lama vs syarikat lama, persaingan di antara syarikat lama vs syarikat baharu, persaingan di antara syarikat baharu vs syarikat baharu.


Apa yg lebih penting ialah di peringkat rakyat, biarlah syarikat-syarikat gergasi ini bersaing dan terus bersaing sesama sendiri.


Semakin berpanjangan persaingan itu, semakin lamalah rakyat boleh menikmati harga ayam yg lebih murah.


It is a problem when competition stops.


No comments: