KERUGIAN MESIN VENTILATORS - INI ULASAN SAYA


Nazri Hamdan


1. Dilaporkan KKM telah mengalami kerugian besar akibat dari pembelian mesin ventilators sebanyak 136 buah dan majoritinya yang gagal berfungsi.


2. Perolehan ini adalah perolehan darurat. Jadi ia dibuat dalam keadaan terdesak. Akan tetapi, ia tak bermakna asas governance itu boleh diabaikan sebab ia melibatkan wang pembayar cukai dengan jumlah besar.


3. Pembelian ini melibatkan tiga pihak; KKM, PLSB dan syarikat dari China. KKM adalah pembeli akhir dan PLSB dilantik untuk membawa mesin tersebut dari China ke Malaysia.


4. Pada pandangan saya, KKM sepatutnya ada perjanjian dengan PLSB untuk logistics handling. Jika berlaku sesuatu keadaan di mana mesin-mesin tersebut jatuh semasa proses penghantaran, PLSB perlu bertanggungjawab.


5. Malangnya, perjanjian ini tiada. Kenapa tak ada? saya tak tahu. Tapi nasib baik dalam perjalanan itu tak ada masalah. 


6. Bila mesin itu sampai di Malaysia, ada masalah pada titik palam (plug). Maka KKM melantik IDSMED untuk jalankan kerja-kerja naiktaraf.


7. Bila mesin dihidupkan, ada pula masalah lain yang melibatkan software, accessories dan sebagainya. Ini menyebabkan mesin-mesin tersebut tak boleh digunakan.


8. Daripada 136 mesin, hanya 32 sahaja (24 peratus) yang mendapat piawaian dari IDSMED. Maka sebanyak 104 mesin tak boleh pakai dan rugi.


9. Jadi masalah di sini ialah masalah spesifikasi mesin. Soalnya, adakah sebelum KKM membeli mesin tersebut, mereka sudah memastikan ia boleh diguna bila dibeli? jawabnya ya, mereka telah melantik pakar-pakar KKM untuk mengesahkan melalui brochure.


10. Bila KKM puas hati dan setuju untuk beli, maka mereka meminta PLSB mendapatkan sebut harga.


11. Di dalam sebut harga tersebut, ia memang ada waranty. Akan tetapi, waranty itu bukanlah untuk semua mesin. Tapi yang lebih menarik lagi, sebut harga tersebut tidak ditandangani.


14. Persoalannya, siapakah yang patut lulus dan tandatangan sebut harga tersebut? dan kenapakah tidak tandatangan? Jika A tidak ada dan bercuti, sudah pasti B boleh tandatangan.


15. Walau sebut harga itu tak ditandatangan, PLSB telah di arah oleh KKM untuk membuat bayaran secara advance payment. Maknanya PLSB bayar dulu dan kemudian KKM akan bayar balik pada PLSB.


16. Saya percaya, jika ada orang yang meneliti sebut harga itu, sudah pasti "it will make a lot of differences".


17. Malangnya, bila tak ada orang yang sain, tak ada perjanjian, maka wang yang rugi ini lebur begitu sahaja. Mereka yang cuai dan lalai dibiarkan begitu sahaja.


18. Saya setuju dengan kenyataan MMA (Malaysia Medical Association) bahawa "why heads not rolling" selepas kecuaian ini berlaku.