Pandora papers bukan tisu papers
ORANG kampung, Mamat Gagap, Mail Capek, Mina Songeh, Munah
Bikung tidak tahu apa itu Pandora Papers (PP).
Mereka yang tinggal di hulu, persisir pantai, jauh di pedalaman
ataupun peniaga kecil di kaki lima dan warung juga tidak tahu, apa dia
PP.
Walaupun dunia sejak seminggu lalu kalut dan hebuh membicarakan
PP, namun mereka tidak pun ambil peduli.
Bukan sahaja mereka, golongan yang lebih memikirkan soal hidup mati dan makan
minum di era pandemik ini, juga tidak mempedulikannya. Bukan itu cuma, setengah
wakil rakyat khasnya daripada kerajaan juga ada yang belum mengerti apa dia PP
itu.
Mungkin sedang membelek mencarinya dalam kitab kuning yang
lusuh.
Kita percaya tidak semua 220 orang ahli parlimen yang bersidang beberapa hari
lalu, mengerti dan faham mengenai PP itu. Sebab itu ada ahli parlimen tidak
mempeduli pun apa yang diperkatakan oleh wakil lain yang obsesi mengenai PP
itu. Tidak berkibas telinga dan tercengik hidung pun, semasa orang lain sibuk
mempersoalkan PP.
Malahan ada yang menganggapnya seperti Tissue Papers (TP)
kertas lembut berminyak yang digunakan untuk mengelap hingus dan peluh saja. Selepas
digunakan ia dibuangkan begitu merata. Atau pun ada yang menganggap PP itu
seperti mask pelitup muka menahan virus.
Sebab itu mereka tidak concern. Ketua Pembangkang Anwar
Ibrahim mengkritik tidak terdengar sepatah kata pun daripada wakil
kerajaan khasnya daripada fraksi parti membela bangsa dan agama berhubung
bahaya dan petaka yang didedahkan PP itu.
Mungkin hal sama turut dirasai oleh speaker dan timbalan speaker yang menolak
atau tidak melayan permintaan Anwar Ibrahim (Port Dickson) yang meminta PP
dibahaskan di parlimen. Tiga kali permintaan Anwar menerusi Peraturan Mesyuarat
18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ditolak.
Penolakan dan keengganan speaker melayan perkara itu sebagai
aneh oleh ketua pembangkang. Kerana perbahasan itu bukan untuk menghukum
mana-mana individu warganegara ini yang nama mereka dikait dalam laporan PP
itu, tetapi sekadar untuk diminta penjelasan dan menjawab, pun tidak
dibenarkan.
Sebenarnya perbahasan PP di parlimen penting bagi mereka yang
dikaitkan dalam laporan itu menyamak dan menyucikan diri mereka. Ia juga
bertujuan untuk membersihkan persepsi awam terhadap laporan PP tersebut.
Perbahasan akan membuat kesimpulan sejauh mana benar dan palsunya laporan PP
itu.
Tidak semua mengerti.
Mengenai PP itu, kalau tidak rajin menekuni dan malas membaca
sukar untuk memahaminya, ia akan berakhir membiarkan sahaja PP itu berlalu,
seperti kertas tisu atau mask tadi. Sekiranya perkara
dibangkit dalam PP itu benar ia penting untuk membaiki negara dan membela
negara atas kerugian negara dan damage dengan pendedahan oleh
PP itu, maka negara tetap akan merana kerana ia tidak dirawat.
Keadaannya seperti membiarkan luka tanpa dibaluti dan diubati. Maka negara
terus luka dan berdarah terus sakit dan merana dengan apa yang berlaku seperti
didedah oleh PP itu. Begitu juga dengan nama-nama mereka dikait dalam laporan
itu akan terus diprejudiskan dan nama itu membusuk dalam benak khalayak.
Sedikit latar belakang PP.
Apa dia laporan PP? Ia merupakan suatu laporan mengenai kebocoran laporan dari
12 juta dokumen yang mendedahkan aktiviti penghindaran cukai, atau
menyembunyikan kekayaan di luar negeri yang dilakukan oleh beberapa golongan;
pemimpin negara, orang politik, hartawan, seleberiti, pemimpin agama dan juga pengedar
dadah.
Mereka menyimpan wang mereka di bank-bank di luar negara yang
kebal atau selamat untuk disiasat atau diketahui. Atau melaburkan aset dan
hartanah atas nama syarikat yang tidak menyebut nama mereka dan menggunakan
proksi.
Kegiatan itu seperti mana dilaporkan membabitkan beberapa nama pemimpin dunia,
antaranya Raja Jordan Raja Abdullah II, bekas PM United Kingdom, Tonny Blair,
bekas Perdana Mentri Pakistan Imran Khan, bekas Perdana Menteri Russia Vladir
Putin dan lain-lain.
Dokumen berkenaan telah diteliti oleh lebih 600 wartawan dari 117 buah negara
yang meneliti 14 sumber (firma) selama berbulan-bulan. Hasilnya mendapati 336
orang politik dari 90 buah negara memiliki akaun di luar pesisir dan 118 buah
syarikat yang dimiliki warga Malaysia.
Data yang bocor itu diperolehi dari International Consortium of
Inverstigative Journalists (ICIJ), di Washigton DC yang berkerjasama dengan
140 organisasi media global.
Modus operandi.
Perlu juga diketahui modus operandi mereka melakukan aktiviti mengebas dan
membawa wang dari negara masing-masing itu. Mereka akan menubuhkan syarikat
luar pesisiran (offshore) dan menyimpan di bank-bank di luar pesisiran. Mereka
tidak menggunakan nama sendiri atau syarikat yang beridentiti, sebalik menggunakan
proksi.
Terdapat negara yang membenarkan mereka berbuat demikian, yang
dianggap negara syurga untuk golongan pengembas wang negara ini, antaranya
negara Kepulauan Cayman dan Kepulauan Virgian Bratain, Swizerland dan
Singapura.
Kenapa kita sibuk?
Kenapa kita sibuk dan pembangkang seperti kucing kejatuhan anak dalam parlimen
menuntut kertas PP dibahas, kerana ia membabitkan individu dari warga negara
kita sama. Beberapa orang ahli politik, hartawan disebut sama dalam laporan
itu.
Sebenarnyan bukan itu sahaja, jauh untuk memburukan mereka,
kenapa menyebabkan Ketua Pembangkang gegar, tentu maklumat yang diperolehi
lebih daripada apa yang didedahkan itu. Mungkin baginya begitu bimbang dengan
kegiatan itu maka ia perlu diledakkan kepada umum.
Dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang, pusat penyampai dan lapor
maklumat, (information centre) Anwar tentu mendapat dan
menerima maklumat lebih daripada itu atau setanding dengan maklumat diperolehi
kerajaan menerusi pelbagai salurannya eksklusifnya. Apakah kerana terdapat
maklumat yang sangat tidak wajar didedahkan maka speaker beriya-iya menguncikan
ruang daripada laporan itu dibahaskan?
Secara logiknya kalau laporan PP itu tidak mencalarkan orang-orang tertentu
khasnya dalam kerajaan atau hartawan yang menguasai politik Malayisa, tentu
parlimen tidak keberatan untuk membenarkan laporan berkenaan dibahas. Tetapi
apabila ia disekat demikian rupa, maka adalah sesuatu yang tidak kena. Jika
tidak ada mengada tempua tidak mudah bersarang rendah.
Parlimen dalam menangani isu itu seperti cuba mengawal agar
tempoyak, cencaluk dan budu tidak pecah dan terlerak begitu meluas.
Langkah parlimen itu menyebabkan timbul persoalan umum apakah parlimen
bertindak untuk kepentingan awam atau pun menjadi pelindung kepada individu
berkuasa tertentu.
Hal ini dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang dengan penuh rasa
hairan terhadap sikap speaker yang tidak membenar PP dibahas dengan menyoal
apakah speaker sudah jadi peguam bela?
Suatu sikap kontradik dengan peranannya, dimana speaker
seharusnya menjaga kepentingan awam bukan sesetengah individu.
Mungkin ada yang bertanya apakah hasil dan faedahnya kalau
laporan itu dibahas. Jika ia dibahas, setidak-tidaknya ia dapat membuktikan
tuduhan dalam kertas PP itu. Dan jika ada bukti jelas maka kerajaan boleh
bertindak ke atas individu berkenaan dengan berkesudahan harta atau aset mereka
dirampas dan dipulangkan kepada negara. [wm.kl. 8:04 am 14/10/2021]