Shah Alam: Projek Usahasama Tanaman Jagung Bijirin di Gemas, Negeri Sembilan dan Kuala Langat Selatan dijangka mampu mengurangkan kebergantungan bekalan import itu sehingga dua hingga tiga peratus.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek tanaman itu adalah usaha sama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan - Pemerbadanan (MBINS) menerusi Program Inisiatif Sekuriti Makanan."Projek ini sebagai tanda komitmen untuk menyelesaikan isu kenaikan harga makanan ayam sekali gus mengurangkan kebergantungan jagung bijirin import.
"Projek ini akan bermula sebaik kerja pembersihan selesai yang dijangka pada suku ketiga tahun ini."Projek di atas tanah seluas 283.2 hektar (700 ekar) di kedua-dua kawasan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM3 juta," katanya.
1. Di manakah rasionalnya pelantikan Ahli Parlimen yang juga Ahli Politik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia?
2. Sistem pelantikan Duta Malaysia ke negara asing yang diamalkan selama ini dibelakangkan akibat motif politik.
3. Rakyat sudah muak dengan adegan berkongsi "kek" dalam kalangan orang yang berkepentingan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang kritikal kini.
4. Sistem pelantikan bermotifkan politik ini bakal membuka "flood gate" terhadap kerosakan sistem pemilihan Duta yang sedia ada pada masa hadapan.
5. Indonesia adalah merupakan rakan strategik negara kita buat sekian lama. Mengisi posisi yang penting ini sepatutnya dibuat melalui proses yang sewajarnya bukan melalui pelantikan politik.
6. Perdana Menteri digesa menjelaskan perkara ini yang menjadi keresahan ramai pihak.
Pergi Maslee tadi, ayam seekor tak ada. Yang ada ayam potong. Tengok harga sampai dekat RM18 sekilo. Rasanya mungkin taktik penjual potong potong ayam supaya boleh jual lebih harga siling.
Aku tak salahkan peniaga. Sebab benda datang pun dah memang mahal. Nak jual murah macamana? Penternak pun terpaksa naikkan harga sebab dedak naik melampau. Katanya antara bahan untuk buat dedak adalah tepung. Sebab itu jadi mahal.
Yang salahnya kerajaan. Sebab kerajaan tak pernah beri perhatian serius pun. Harga naik, dia tetapkan harga siling. Kemudian saman yang naikkan harga. Setakat macam tu, tak padan dengan gaji diorang.
Tadi aku dengar di radio, kononnya Isnail janji akan selesaikan isu tambang kapal terbang mahal ketika musim perayaan. Iyalah sangat. Bodoh bebenor la kalau ada yang nak percaya apa dia cakap.
Isu harga ayam ni pun langsung tak boleh handle walaupun dia ada kuasa. Tiba-tiba nak selesaikan isu tiket kapal terbang sedangkan itu berkaitan syarikat swasta. Sembang boleh la! Guane boh?
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa catatan ‘KJ’, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku ‘faraid’ Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Zahid ketika dirujuk buku faraid tersebut.
Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.
Ketika ditanya Zaidi, adakah Lee boleh mengesahkan bahawa ‘KJ’ yang dinyatakan dalam lejar tersebut adalah Khairy Jamaluddin, saksi itu menjawab, ‘itu saya tidak pasti.’
Zaidi: “Saya rasa anda kenal Wan Quoris (Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) yang pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?”
Lee: “Saya tidak begitu pasti beliau bekerja dengan KJ sebelum ini. Tetapi saya tahu beliau (Wan Quoris Shah) kata beliau sangat mengenali KJ.”
Dalam prosiding sebelum ini, Lee dalam pernyataan saksinya berkata, beliau membawa masuk Wan Quoris Shah sebagai pengarah dalam UKSB pada Mei 2013 kerana lelaki itu adalah ahli Umno dan syarikatnya memerlukan kelebihan individu tersebut bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan Zahid yang ketika itu menteri dalam negeri.
Saksi itu juga tidak dapat menjawab soalan Zaidi ketika ditanya mengenai pembayaran kepada individu dicatat dengan perkataan ‘bomoh’ dalam buku sama.
Selain catatan KJ dan bomoh, antara catatan lain yang tertera di dalam buku tersebut adalah KPU (ketua pengarah), FM (menteri luar), SUB (setiausaha bahagian) dan AK (Akbar Khan).
Saksi pendakwaan ke-15 itu juga bersetuju dengan cadangan Zaidi bahawa bayaran yang dibuat kepada menteri dan ahli politik yang dicatatkan dalam buku tersebut adalah sumbangan politik.
Lee turut mengesahkan bahawa sumber kewangan yang dibayar kepada individu dalam buku faraid tersebut diperoleh daripada sub kontraktornya di Hong Kong (syarikat itu dilantik UKSB bagi menguruskan sistem Visa Luar Negara (VLN) bagi pihak mereka dan sumber dana tersebut tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun UKSB.
Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku menteri dalam negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung 30 Mei.