Kenyataan beberapa ahli parlimen Perikatan Nasional yang mendakwa mereka yang telah melompat keluar dari KEADILAN kerana berasa kecewa, amat menggelikan hati rakyat Malaysia.
Lebih menjelekan adalah sikap angkuh Azmin Ali bersama kelompok ‘pintu belakang’ yang masih ingin memperbodohkan rakyat demi memuaskan kerakusan mereka sementara masih dalam kerajaan.
Rakyat sedar kerajaan PN tidak memiliki keabsahan dengan melihat perkembangan pembukaan beberapa sektor ekonomi tetapi tidak pula bagi Dewan Rakyat yang telah menjadikan demokrasi di Malaysia sebagai bahan gurauan oleh masyarakat luar.
Tidak wujud persoalan kesetiaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka yang masih bersama akan terus menjulang agenda reformasi untuk negara. Rakyat akan menilai dan menghukum pengkhianat mandat ketika Pilihanraya Umum 15 kelak.
Sekian.
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
(Pengerusi PKR Perak)