Astro Awani
Mac 14, 2021
Xavier kekal dengan pendiriannya berhubung kenyataannya keluar daripada PKR pada Sabtu. -Gambar fail
BANTING: "Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja."
Itu kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berhubung keputusannya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.
Xavier berkata demikian ketika ditemui pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), di sini, pada Isnin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya wartawan berhubung kenyataan tersebut, lapor Sinar Harian.
a Sabtu, Dr Xavier yang juga bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau turut mengumumkan akan menjadi ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan PN.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.
Dr Xavier memaklumkan beliau telah memaklumkan pendiriannya untuk menjadi ahli Parlimen Bebas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu surat yang bertarikh 12 Mac 2021.
Dalam surat berkenaan, Dr Xavier turut menyatakan bahawa beliau akan menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.