GAGAL LAGI. PENDAFTARAN FASA 2 VAKSIN TIDAK CUKUP BILA DISERBU JUTAAN PENGGUNA

 

Fail! Pendaftaran fasa 2 vaksin AstraZeneca jem bila diserbu jutaan pengguna

Pendaftaran fasa 2 vaksin AstraZeneca yang dibuka pada pukul 12.15 tadi kelam-kabut apabila ia diserbu oleh jutaan pengguna dari empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mendapati, ramai mengadu bahawa mereka gagal menekan butang daftar bagi vaksin AstraZeneca tersebut.

Laman web pendaftaram vaksin yang cuba diakses oleh orang ramai.

Ada juga yang mengatakan mereka dihalang daripada memasuki laman web berkenaan.

Seorang pengguna, Sarah Shaharom berkata: “Hi. Kenapa saya kena halang ya? Saya hanya tekan butang refresh?”

Masalah sama turut dihadapi dan disuarakan oleh pengguna bernama Nazmi menerusi ciapannya: “Sampai hati tak nak bagi saya ambil vaksin.”

Ada juga pengguna, Zue Isa yang gagal meneruskan langkah pendaftaran apabila tidak dapat menekan butang pilihan negeri ditawarkan.

“Sudah beberapa minit saya cuba tetapi butang itu masih gagal ditekan. Bagaimana mahu daftar kalau macam ini?” ciapnya.

Antara ciapan dimuat naik orang ramai

Masalah sama turut disuarakan Jy yang berkata: “Oi, dah boleh, tapi negeri tak boleh klik? Apa ni?”

Ada juga pengguna yang berkongsi videonya menekan butang ‘Mohon Sekarang’ berulang kali namun masih gagal meneruskan pendaftaran.

Turut dikongsi pengguna adalah video dirinya gagal mendaftar apabila butang ‘Hantar’ ditekannya tidak memberikan maklum balas.

Lima negeri terlibat dalam pendaftaran fasa 2 vaksin AstraZeneca iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur