1) MEMBACA apa yg dinukilkan oleh MMMS dalam Grand Coalition :
Satu Utophia hujahnya simple dan mudah, logik akal yg semua org sepatutnya
faham dan tak perlu jadi cacamarba sebegini dalam memikirkan "Grand
Coalition" yg belum tentu memenuhi harapan dan sentimen rakyat kerana ia
hanya bakal menyingkirkan satu sosok yg sinonim dgn perjuangan rakyat marhaen
bukan Kapitalis durjana kaki buli dan lintah darat.
2) PH belum pun diperkukuhkan dah ada KELOMPOK KEMARUK KUASA yg
gila nak seret org2 luar. Yg biolnya org2 luar tu parti2 "comel
lotey" dan tak ramai ahli mahupun penyokong akar umbi. Masuk akal kah kita
nak seret masuk tetamu ke rumah PH sdgkan mereka mahu tendang keluar Ketua
Keluarga PH? Ini kerja PENGKHIANAT..!!
3) TAPI....saya lebih tertarik bila disebut bab "Economic
Voters" dan ia jadi tumpuan utk "elaborate" bagi kita semua memahaminya
kerana sejak awal saya ramal kelompok pengundi ini akan memainkan peranan besar
di PRU15 nanti. Meskipun dia sudah mengundur diri dari politik, saya tetap
bersetuju dgn pandangan Rafizi Ramli pada 09 Januari 2020 di Regional Outlook
Forum 2020 bahawa di PRU15 faktor ekonomi dan kos sara hidup masih akan
mempengaruhi pengundi. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=XpCL6WJ-dsk
4) Sbb itu saya sering menulis, biar KERAMITA PN bergelut dgn
masalah Ekonomi Pandemic COVID-19 ini hanya akan membuatkan rakyat terseksa dgn
kos sara hidup. Sape yg selalu beli brg akan perasan harga barang dah gila2
punya tinggi. Cili Sos yg dulu RM2.95 pun skrg dah RM4.65. Itu sekadar CONTOH.
Byk lagi brg keperluan kita akan temui naik harga kalau kita perhalusi betul2
tapi saya hairan, walaun-cai tak pulak bising?
5) Saya memg yakin yg "Economic Voters" akan ajar puak
PN, MN dan BN ni. At least SEKITAR 50 kerusi (PH menang 40 kerusi di PRU14)
dikira marginal, semi urban dan campuran ini TIDAK peduli pasal lain2 isu atau
bab-bab sentimen Bangsa dan Agama, lalu apa yg mereka peduli? Mereka lebih
kalut nak fikir soal survival, soal nak sediakan makanan utk family, bayar bil
dan kerja cari duit. "Economic Voters" tidak bias, tidak taksub pada
mana2 gabungan parti samada BN, PN, MN mahupun PH. Mereka boleh swing ikut
cuaca ekonomi.
6) So siapa yg kata PH atau PKR akan tewas dgn mudah pada saya
sgt "naive" dan tidak memahami sentimen pengundi yg rencam dan gagal
memahami REAL Politics. Sokongan Politik sgt dinamik begitu juga percaturan yg
cacamarba yg kita lihat skrg. TAPI...dah byk kali dah saya kata, biarkan
KERAMITA PN ni teruskan sbb puak tu AKAN GAGAL tangani masalah ekonomi
pandemic. Skrg 1 juta org hilang pekerjaaan menjelang PRU15, katakanlah max thn
2023 agak2 berapa ramai yg akan hilang pekerjaan? 2 juta? Dari 2 juta yg hilang
income tu takkan le takde yg mengundi dgn perasaan marah pd KERAMITA PN yg
gagal menyediakan peluang baru pekerjaan baru?
7) Mcm mana nak ada peluang pekerjaan baru jika FDI dan DDI pun
cacamarba. Both Foreign and Domestic Investors hilang percaya pd KERAMITA PN yg
tidak stabil dan boleh tumbang bila2 masa. Bukankah dah berulang kali saya kata
ini kesan "TRUST DEFICIT"? Ini jelas menyebabkan tiada bisnes atau
industri baru yg dibuka bagi mencipta peluang pekerjaan yg baru.
8) So? Anda rasa "Economic Voters" (EV) senang2 nak
beri undi pada PN, MN, BN yg bertggjawab merampas kuasa utk tubuhkan KERAMITA
kemudiannya GAGAL tangani ekonomi? EV adalah golongan paling TERKESAN akibat
kejatuhan Ekonomi atau "Economic Downturn". Dah byk kali saya ulang...."ONE
CARDINAL RULE" masih VALID..!! Tak faham? Cari dan baca apa saya tulis
mengenai OCR yg pernah diberi amaran oleh Rafizi Ramli pada 14 April 2018.
Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=QxJ4ERO6wwc
9) Oleh itu, bagi mereka yg terlalu skeptikal PH atau PKR boleh
menang byk kerusi sekurang2nya menjadi pembangkang yg kuat dan mereka yg punya
"pre conceived idea" KUNUNnya PH tak boleh berpecah, tak boleh bina
koalisi baru....berhentilah RATIB dan bimbang konon jika PH pecah maka PKR yg
MUNGKIN jalan solo pun akan kalah teruk lalu mereka anggap PN, MN dan BN akan
menang besar KUNUNnya. Bullshit..!! kata org kampung saya. TIDAK SEMESTINYA
BRADER...It's too simplistic utk berfikiran begitu.
10) ANDAI PH berjaya diselamatkan, saya yakin DSAI mampu memacu
kejayaan. Menyerang beliau selepas hanya 9 bulan menerajui PH dgn pelbagai
gangguan dalam usaha untuk memperbetulkan keadaaan adalah TIDAK ADIL. Beliau
patut terus disokong dan diberikan keyakinan. Hakikatnya DSAI juga menyedari
bahawa pelbagai faktor yg tidak menyebelahi PN, MN dan BN selain kos sara hidup
dan "Ekonomi Pandemic", termasuklah undi protes dan Outliers. Youtube
link : https://www.youtube.com/watch?v=ymrKLRAaNLc
11) TAPI jangan lupa, sebahagian rakyat dah menyampah bab-bab
koalisi ni sbb anytime MP boleh lompat parti dan buat koalisi baru. Skrg ada
dikalangan PH sendiri yg bercakap soal "Grand Coalition" yg baru
pulak. Grand Coalition Atuk kamu...!! Oleh itu sebuah pakatan bukanlah
merupakan 100% jaminan akan diterima pengundi atau jadi faktor keputusan
memangkah oleh pengundi kerana rekod buruk org politik byk sgt yg jadi katak
masa kini.
Wallahualam.
- Zus Din
19 Disember 2020