"Kami bukan taksub batang tubuh seseorang. Kami berpegang
kepada prinsip", kata seorang pemimpin dalam PH.
Apa prinsipnya?
Kita kena terima Mahathir kerana Mahathir banyak jasa kepada PH.
Dia PM yang kata "manifesto bukan kitab suci", maksudnya boleh
dibuat, boleh ditinggalkan. Jasa Mahathir lagi, dia tidak peduli manifesto
tentang janji menyerahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim. Anwar dituduh
mendesak Mahathir letak jawatan, tapi kita buat2 lupa tentang Mahathir yang
merengek2 minta untuk terus jadi PM selepas apec. Anwar kita persalahkan.
Apa lagi prinsip kita? Kita kena pertahankan Mahathir kerana
Mahathir seorang pemimpin yang jujur kerana meletakkan jawatan PM tanpa
dibincang di dalam Majlis Presiden PH, tidak sepertimana beliau diangkat
sebagai calon PM dari PH dulu adalah melalui Majlis Presiden. Beliau tidak mahu
menyusahkan semua pimpinan dalam PH untuk hadir mesyuarat, maka Mahathir buat
keputusan seorang diri. Inilah pemimpin yang kita mahu iaitu yang tidak banyak
menyusahkan kita.
Prinsip kita jelas iaitu mesti bawa Mahathir masuk ke dalam PH
kerana Mahathir berani berterus terang secara terbuka menyatakan beliau tidak
boleh bekerjasama dengan Anwar. Seperti Shafie Apdal juga, terus terang sebut
Pengerusi PH mesti ditukar jika mahu menang PRU. Alasannya, kita gagal tolak
bajet baru2 ini. Sebelum ini, kita sebagai Pembangkang sentiasa menang tolak
bajet. Betulkan? Oleh kerana kedua2 mereka ini dari awal lagi berterus terang
secara terbuka menolak Anwar, maka prinsip kita mestilah terima kedua tokoh ini
menyertai PH bagi "memperkuat dan menyatukan" "Grand
Coalition" ini.
Jangan lupa, Mahathir pernah bercita2 untuk mewujudkan kerajaan
perpaduan sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan PM. Besar jasanya kepada kita
atas cita2 tersebut kerana jika terwujudnya kerajaan perpaduan, maka automatik
kerajaan PH berkubur bahkan nama PH itu pun akan disemadikan oleh Mahathir.
Takkan kita lupa sejarah bagaimana orang tua ini pernah mengharamkan partinya
sendiri iaitu Umno? Demi kuasa dan tidak mahu ada orang lain ambil
keduduksnnya, dia sanggup haramkan Umno, yang dikatakan parti keramat orang
melayu. Maka, tidak pelik dia cuba untuk melakukannya terhadap PH. Bijaknya
beliau, maka wajarlah beliau dibawa masuk ke dalam PH. Mana tahu, ada rezeki
boleh Mahathir haramkan PH pula.
Sesiapa yang mahu kekalkan janji PH untuk mengangkat Anwar
sebagai PM, kita anggap tiada prinsip macam kita. Sokong Anwar, ertinya kamu
taksub pada batang tubuh. Sokong Mahathir, ertinya kamu mulia, berhemah,
berprinsip dan "rahmatan lil alamin".
Wallahu Aklam.
WFAUZDIN NS