KEADILAN HANYA SETUJU KERJASAMA POLITIK, BUKANNYA GABUNGAN BESAR YANG BARU - SAIFUDDIN NASUTION, SUA KEADILAN

Image may contain: 1 person, text that says "sinarharian.com.my/ar >> BERITA POLITIK politik PKR selesa sekadar kerjasama PKR selesa politik kerjasama || 19 Disember 2020 PREMIUM Saifuddin Nasution"

Lega rasanya apabila akhirnya SUA Keadilan menyatakan Keadilan hanya setuju adakan persefahaman atau kerjasama politik sahaja dengan mana2 parti politik selain dari tiga parti di dalam PH sekarang.

Maksudnya, Keadilan menolak diadakan "Grand Coalition" bersama parti Mahathir (Pejuang) dan parti Shafie (Warisan) dan beberapa parti lain. Tindakan bijak Keadilan ini wajar dipuji kerana telah dapat membaca lebih jauh muslihat musuh-musuh Anwar Ibrahim. Bacaannya mudah kerana mereka sendiri pamerkan betapa antinya mereka terhadap Pengerusi PH itu sendiri. Jika gagal 'bunuh" Anwar dari luar, boleh dicuba melalui dalam.

Tahniah Keadilan yang tidak tunduk kepada tekanan mana2 pihak. Parti yang bermaruah adalah parti yang berpegang kepada janji dan persepakatan bersama rakan2 dan tidak khianat dengan rakan serta lebih mempercayai rakan sendiri dari pihak luar.

WFAUZDIN NS