Lega rasanya apabila akhirnya SUA Keadilan menyatakan Keadilan
hanya setuju adakan persefahaman atau kerjasama politik sahaja dengan mana2
parti politik selain dari tiga parti di dalam PH sekarang.
Maksudnya, Keadilan menolak diadakan "Grand Coalition"
bersama parti Mahathir (Pejuang) dan parti Shafie (Warisan) dan beberapa parti
lain. Tindakan bijak Keadilan ini wajar dipuji kerana telah dapat membaca lebih
jauh muslihat musuh-musuh Anwar Ibrahim. Bacaannya mudah kerana mereka sendiri
pamerkan betapa antinya mereka terhadap Pengerusi PH itu sendiri. Jika gagal
'bunuh" Anwar dari luar, boleh dicuba melalui dalam.
Tahniah Keadilan yang tidak tunduk kepada tekanan mana2 pihak.
Parti yang bermaruah adalah parti yang berpegang kepada janji dan persepakatan
bersama rakan2 dan tidak khianat dengan rakan serta lebih mempercayai rakan
sendiri dari pihak luar.
WFAUZDIN NS