WAH...SELESAI ISU AYAQ...NOHHH....

 

RMS..


Alhamdulilah, settel semua masalah rakyat diKedah...

Berkonvoi Bersama Isley..!!




USTAZ BARU. TAPI DAH MULA BUAT FITNAH .

 



RMS


RMS


Ustaz Annuar Musa dah start jadi penyebar fitnah.. kenyataan ni pada 2012 tapi diselitkan hari ni.. sedangkan permohonan maaf telah dibuat oleh YB Ngeh Koo Ham pada 20 Sept 2012.

 

Dia tulis..sekarang ada tukang cuci.. (dia maksudkan UMNO)..

Tapi permohonan maaf langsung tidak dinyatakan..

Begitu lah Tuan Haji Annuar Musa..

 



KEH..KEH...SAMA SAMA NYANYUK KOT



Fahmi Reza

 

 Hati2.

Mereka akan saling tikam 

menikam.

 



SAJA NAK TANYER....

 

RMS


Betul ker dakwaan TMJ, Tuan Haji Annuar Musa beli kereta mewah Porsche Panamera setelah dapat duit dari Tun M..?? tanjer..

 



SELEPAS JUMPA ...DIA MEROYAN...PATUT TAK PAYAH BAWA PUN DALAM PAKATAN.MEMANG TAK BOLEH BERPAKAT.


Mohd Afendi Abas





Selepas berjumpa #AtokCow & #AbahCow ?

 

Meroyan... jangan x meroyan! 

 

#Main2Kolam

 

 


Laporan Ketua Audit Negara 2021: Demokrasi berparlimen dijadikan sandiwara oleh Perikatan Nasional – C4-PART 1

 

ALIRAN KESEDARN NEGARA.




Semasa mesyuarat Dewan Rakyat pada 6 Jun, blok pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli politik gabungan Perikatan Nasional (PN) telah sebulat suara membantah dengan lantang perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 dalam Parlimen.

Meskipun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul masih meneruskan usul itu untuk membenarkan laporan tersebut dibahaskan, tiada ahli-ahli politik pembangkang yang hadir dalam Dewan Rakyat untuk perbahasan tersebut; ini menunjukkan kurangnya sikap tanggungjawab mereka yang amat mengecewakan.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) mengecam perbuatan ahli-ahli politik yang cuba menyekat perbincangan suatu laporan mustahak yang menunjukkan pembaziran dan ketirisan yang berkemungkinan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan, dan juga menegaskan semula pendirian bahawa laporan-laporan ketua audit negara mesti tertakluk kepada penelitian dan perbahasan Parlimen.

Tindakan ahli-ahli politik PN yang membantah sekerasnya perbahasan laporan ketua audit negara membangkitkan kesangsian – laporan tersebut merangkumi perbelanjaan yang dibuat semasa tempoh pemerintahan PN, dan akan mendedahkan sebarang penyelewengan kewangan atau pembaziran yang berlaku semasa pentadbiran mereka.

Syak wasangka tentang penyelewengan kewangan oleh PN telah bertambah sejak kerajaan perpaduan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada bulan November 2022.

Dakwaan dan penyiasatan mengenai penyelewengan berjuta-juta ringgit yang diperuntukkan untuk bantuan kewangan Covid oleh Bersatu serta pendanaan politik Pas yang menggunakan hasil perjudian telahpun berbangkit.

Hal-hal tersebut sedang disiasat secara aktif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan beberapa tangkapan telah dibuat atas dakwaan ini, yang menunjukkan bahawa dakwaan tersebut bukannya khabar angin sahaja. Oleh itu, siasatan harus dilanjutkan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Reaksi yang terlampau oleh ahli-ahli politik PN ini menunjukkan bahawa tempoh pentadbiran mereka mungkin tercemar dengan rasuah dan kepentingan sendiri, yang bertambah teruk semasa pandemik Covid yang telah membuka peluang bagi ahli-ahli politik untuk menggunakan dana kerajaan kononnya demi “perolehan darurat”.

Oleh itu, perbuatan ahli-ahli politik PN ini yang amat mengecewakan dan mencurigakan sama sekali kerana enggan bertanggungjawab terhadap Parlimen dan rakyat Malaysia yang mengundi mereka sebagai ahli parlimen.

Rasional disebalik penjelasan Yang di-Pertua Johari dalam membenarkan perbahasan tersebut diteruskan adalah kerana Mas Ermieyati, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang, hadir bersama ahli-ahli jawatankuasa tersebut yang lain. Meskipun sebagai ahli-ahli jawatankuasa ini, bantahan mereka 



Laporan Ketua Audit Negara 2021: Demokrasi berparlimen dijadikan sandiwara oleh Perikatan Nasional – C4- PART 2


 

Meskipun sebagai ahli-ahli jawatankuasa ini, bantahan mereka terhadap peneruskan perbahasan tersebut jelas menunjukkan mereka telah mengabaikan tugas dan amanah dengan mengutamakan parti politik melebihi hal-hal kepentingan awam.

Mengenai persoalan Jawatankuasa Kira-kira Wang, Takiyuddin Hassan berpendapat bahawa laporan tersebut telah pun diteliti sepenuhnya oleh jawatankuasa tersebut dan perbahasan selanjutnya akan membazirkan masa Dewan Rakyat.

Ini adalah suatu isu yang mudah ditangani sekiranya contoh-contoh penyelewengan kewangan yang amat buruk dibahaskan dalam Dewan Rakyat berdasarkan tahap keseriusannya.

Walau bagaimanapun, Mas Ermieyati menyatakan bahawa laporan tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang dan bukannya Parlimen. Beliau juga telah menyatakan bahawa Dewan Rakyat patut membahaskan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang, dan bukannya laporan terus daripada pejabat ketua audit negara.

Walaupun begitu, ini menimbulkan persoalan penting: mengapakah blok PN menentang perbahasan laporan ketua audit negara dengan sekeras-kerasnya sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang sendiri telah meneliti laporan tersebut di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa tersebut, Mas Ermieyati?

Tambahan pula, Mas Ermieyati juga menyarankan kerajaan bahawa adalah lebih baik sekiranya sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang dibuka kepada orang awam.

Sebagai respons kepada pernyataan ini, Pusat C4 ingin mengingatkan pihak pembangkang bahawa ketelusan dalam mekanisme institusi adalah mustahak untuk kepentingan awam dalam memperjuangkan tadbir urus baik.

READ MORE:  Pursue decentralisation, not over-representation for Sarawak and Sabah

 

Meskipun Jawatankuasa Kira-kira Wang mempunyai kebebasan di bawah tadbir urus oleh Parlimen, jawatankuasa tersebut masih menyediakan laporan-laporan yang secara amnya tidak terbuka kepada orang ramai.

Sebagai blok pembangkang, PN sepatutnya bertanggungjawab bagi memastikan agar tadbir urus, khasnya dalam pengurusan dan penyimpanan rekod kewangan oleh kerajaan, menepati standard. Ini amat membimbangkan bahawa kepentingan PN tertumpu kepada pengabaian mekanisme semak dan imbang, dan percubaan dalam mengurangkan penglibatan Parlimen dan ahli-ahli yang dipilih secara demokratik dalam penelitian perbelanjaan kerajaan.

Sejak pertengkaran dalam Dewan Rakyat pada 6 Jun, wakil-wakil daripada PN telah memberikan pelbagai alasan mengapa mereka enggan melibatkan diri dalam perbahasan tersebut – kemungkinan untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka cuma mengelak daripada menghadapi dapatan yang terkandung dalam laporan ketua audit negara di suatu forum awam.

Dengan itu, Pusat C4 mengesyorkan perkara- perkara berikut:

·         Kerajaan mesti meminda peraturan-peraturan standing order untuk menetapkan perbahasan laporan-laporan ketua audit negara sebagai sebahagian daripada mesyuarat-mesyuarat Dewan Rakyat

·         Kerajaan juga harus menjadikan semua sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang terbuka dan mudah diakses untuk tontonan rakyat

·         Parlimen mesti membentangkan usul perbahasan laporan ketua audit negara semula, dan ahli-ahli politik PN, termasuk mantan menteri,   harus hadir untuk memberikan penjelasan atas dapatan-dapatan penting dalam laporan tersebut berkaitan dengan kementerian mereka

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

 

WALAUN MASIH PERCAYA MAHATHIR

 

Itupun walaun still percaya lagi... Dah la hilang deposit.... Itupun nak berlagak lagi kata nak bela melayu... Dapat jer kuasa... Macam² melayu kau kutuk.... Adusss .. x bole bla aku ngan walaun ni......

 







SEMBANG TAK SANGGA....TAPI ..MMMMMM.....HAMPAS..

 

MMMS


Sebelum di siasat Polis. 





Sembang deras macam tong kosong, hingaq tak sangga tapi hanya propa. Dia sendiri kata nak pinda perlembagaan persekutuan, bila kena siasat terus ubah nada. Ikut pattern kes dia langgar pkp tengok raptor pun sama tapi kali in ni zaman kerajaan madani, harap dakwa sebab hasut perpecahan dalam masyarakat.

 

Lepas di siasat Polis.




OWH MANTAN MP LA NI....

 

Ketika ini, suatu waktu dahulu...

Siapa punya kerja la ni kan? Agaknya mantan MP yang beristighfar dalam posting dia baru-baru ni keluar parti tak kalau nampak gambar ni? Promote makan bak kut teh tu... Guane boh?

Raja Gelap





 

MENTERI BESAR

MENTERI BESAR

 

Minggu ni dalam dunia politik kita, gossip paling kuat berbunyi adalah mengenai Menteri Besar. 

 

1. Dikhabarkan ada tujuh pemimpin yang berebut jadi Menteri Besar Selangor. Antaranya:

 

- Senator yang sudah nak habis tempoh

 

- Bekas Menteri Besar yang pernah ada kes

 

- Peniaga Udang terkenal Malaysia 

 

- Bekas Menteri Kanan yang hilang kerusi 

 

- DJ tall dark and handsome 😄

 

2. Dikhabarkan juga ada suatu negeri di Utara. MB nya punya gah. Ada yang benci dan ada yang suka. Namun dengar cerita, sebab Presiden kawtim dengan bekas Perdana Menteri dua kali. Besar kemungkinan mereka nego MB nak diganti. Untuk bagi anak sendiri.  So much of proklamasi!  Best punya strategi. 😊

 

Tu yang dapat saya kongsi minggu ni. 

 

~LM~

 

 


TUHAN NAK UJI LAGI DENGAN AMALAN KITA .....TAPI KALAU KUAT SANGAT MERACAU...TU BALA NAMANYA

 

Kalau ikut hikayat dulu-dulu, yang bela hantu raya atau saka, memang susah nak mati. Ada yang kata, mereka sebenarnya dah lama mati tapi saka yang menghuni jasad mereka.

Jadi orang yang begini katanya sikap mereka agak pelik. Ada yang jadi makan pelahap. Ada yang dulu kuat mencarut, sekarang jadi kuat maki hamun. Ye la sebab perangai saka.

Menurut hikayat lagi, orang yang bela saka ni boleh mati hanya kalau dibuka atap atas pembaringannya saya. Senang cerita, bila tebuk depan saka, maka saka akan mati. Nak kabo tu je. Guane boh?

Raja Gelap



KALAU BAGI PN PERINTAH LAGI, JENUH LA KENA SAKAW LAGI

 

IBRAHIM MAT ISA


 Kalau PN berpeluang memerintah lagi, ketirisan adalah mainan mereka kerana mereka suka tebuk atap. Berkat PMX, hal ketirisan jadi isu yang sangat sensitif.


May be an image of 3 people and text that says "Astro AWANI @501Awani Wujud ketirisan hampir RM3 billion dalam Laporan Ketua Audit Negara 2020-2021, begitu juga ketirisan subsidi Diesel hampir RM10 billion tahun lalu. #Belanjawan2023 Translate Tweet MARR"

All reactions:
28

BUKAN HEBATNYA SINAR HARIAN..TETAPI KELEMAHAN KKDM

 

Hebat Sinar Harian. Dapat layanan istimewa dari KKD dan MCMC. Walaupun sering keluarkan tajuk berita yang seakan mempermainkan kerajaan dan PMX, tapi seolah dihalakan pula. Guane boh?

Raja Gelap

 



JKOM DAH ADA ,KKDM DAH HEBAT- YANG PROBONO NI LAMA DAH SUKARELA. KALAU KENA KUTUK ITU KRITIKAN MEMBINA



RMS

Secara jujur, hanya Selangor dan P.Pinang sukar ditembusi PN jika berdasarkan strategi medsos, kedua negeri terkaya diMalaysia ni memang kekal milik PH, ni berdasarkan dapatan dimedsos saja tidak termasuk dapatan diperingkat akar umbi.

Aku tidak melihat PN sebagai ancaman tapi jentera komunikasi kerajan perlu mengunakan medsos dgn baik dan berkesan, jika tidak mereka akan bertambah semangat untuk menjatuhkan kerajaan sebelum habis penggal.

Ada kelemahan ketara jentera komunikasi kerajaan sekarang, kerana ada banyak pasukan yang ditaja atas prinsip 'dia geng kita' bukan kerana kebolehan berkerja dan menandingi lawan, ni sekadar pandangan, aku tak dengki pun cuma tulis untuk jadikan peringatan pada kerajaan khasnya mereka yang handle aspek komunikasi.