PALESU

 


Amin Ahmad



Ada pihak sengaja mengulang-ulang cerita pelawaan DAP kepada YAM Tunku Zain. Saya tahu cerita ini kerana pada waktu itu saya berkhidmat di IDEAS yang dipengerusikan beliau. Waktu itu juga Wan Saiful masih ahli seumur hidup PAS menjadi CEO IDEAS dan Wan Mohd Firdaus mantan Presiden UKEC, seorang ahli UMNO berkhidmat dengan Najib Razak menjadi pengasas bersama. Nama IDEAS menjadi besar antaranya kerana ia menghimpunkan anak-anak muda pelbagai parti dan YM Tunku Zain sendiri adalah kerabat. Malah Lembaga Penasihat IDEAS memang terdiri rentas parti cuma dipilih berdasarkan keyakinan bahawa mereka positif kepada prinsip-prinsip yang dipegang oleh IDEAS. 





Beliau tidak pernah menyertai DAP, atau menunjukkan minat menyertai DAP. Tetapi beliau kekal menjadi seorang kerabat yang bersuara dalam banyak isu demokrasi, Perlembagaan, hak asasi, pendidikan, seni-budaya dan pelbagai lagi melalui tulisan-tulisannya malah penglibatan beliau sendiri dengan pelbagai pertubuhan, sesuai dengan kelayakan dan pengalamannya belajar di London School of Economics and Political Science dan bekerja di luar dan dalam negara termasuk antaranya Bank Dunia dan Bangsa Bersatu. 


Ramai tidak tahu YAM Tunku Zain juga ada bersuara kepada pentadbiran Madani dalam beberapa isu. Dakwaan konon beliau mahu menyertai DAP adalah tuduhan jahat untuk mencemar reputasi beliau dan ayahandanya terutama dalam krisis semasa di N9.



No comments: