Ini Nasihat PM Anwar Kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika menerima kunjungan hormat di pejabatnya di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau menekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO

“Tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkasa SPRM sebagai institusi berwibawa dan dihormati dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi.

“Demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra pada 11 Jun 2026. Foto PMO

Abdul Halim memulakan tugas secara rasmi bermula 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM.



No comments: