Dari 25% ke 19%!






Syukur, rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuahkan hasil positif. Setelah mengadakan rundingan yang kompleks sejak 6 Mei 2025, AS telah bersetuju untuk menurunkan tarif timbal balas ke atas eksport kita dari 25% kepada 19% mulai 1 Ogos 2025! Keputusan ini adalah bukti hubungan ekonomi yang kukuh dan kredibiliti Malaysia sebagai rakan dagang yang boleh dipercayai. 


Apa yang sama pentingnya ialah penurunan tarif ini telah dicapai tanpa menjejaskan kedaulatan negara kita, membolehkan kita terus melaksanakan dasar-dasar penting untuk menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi. Kami di MITI akan terus bekerjasama rapat dengan agensi lain untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan tarif ini dan pada masa yang sama, meneroka peluang baharu untuk syarikat Malaysia, terutamanya PKS. 


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini.  Bersama-sama, kita akan terus memacu potensi global Malaysia!


#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #tarif #trump #USA




No comments: