Apa ke hal keluar duit KWSP 6 bulan, rakyat mahu sekali gus
Via WhatsApp
Sekarang telah jelas hanya sebahagian pencarum yang layak untuk memohon pengeluaran caruman mereka dalam akaun 1 dan pengeluaran tersebut bukan lagi diberi sekaligus tapi berperingkat-peringkat selama 6 bulan.
Mengapa???
Ini adalah satu keputusan sangat mendukacita pencarum-pencarum yang sangat berharap dengan pengeluaran sekaligus ini, dapat melaksanakan pelbagai perancangan seperti untuk memulakan perniagaan baru, menyelesaikan hutang-hutang tertunggak dan sebagainya.
Dengan keputusan Kerajaan untuk membenarkan pengeluaran dalam tempoh 6 bulan ini, segala perancangan terkubur dan hancur.
Kenapa susah sangat untuk kerajaan meluluskan permintaan rakyat ini?
Jika kerajaan bersetuju pada dasar untuk meluluskannya, mengapa tidak dengan cara yang dapat memberi impak semaksimumnya kepada rakyat?
Saya dengan tegas mahukan kerajaan agar menimbang kembali keputusan ini, buatlah sesuatu keputusan seikhlas mungkin yang dapat memanfaatkan rakyat.
KWSP seharusnya membenarkan pengeluaran sukarela secara 1 off, dengan pengeluaran maximum RM 10,000 kepada semua pencarum tidak mengira mereka terjejas mahu pun tidak.
Dalam situasi krisis ekonomi kini, pada saya, tidak perlu untuk KWSP memikirkan soal bersasar mahu pun tersasar, kerana apa yang diperlukan rakyat sekarang hanya pengeluaran simpanan sendiri bukanlah dana tambahan bantuan daripada kerajaan.
Ya, saya ulang sekali lagi, rakyat mahu pengeluaran simpanan sendiri yang dipermudahkan.
Kita mendapati hampir kesemua rakyat terjejas dengan keadaan semasa, walau pun sesetengah mereka tidak seteruk rakan yang lain.
Jika semua pencarum dibenarkan mengeluarkan sebahagian caruman mereka, mereka yang kurang terjejas boleh mengunakan wang tersebut untuk membayar sebahagian hutang bank mereka atau untuk lain-lain keperluan.
Sekarang ini dengan kerajaan mengenakan pelbagai prasyarat untuk mengeluarkan caruman tersebut, adalah dijangkakan cuma sebahagian sahaja pencarum-pencarum berkelayakan untuk mengeluarkan caruman mereka.
Rakyat harus bersatu untuk membantah kezaliman ini…