BOB KELANANG
Dua isu utama penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik
kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan ADUN UMNO
sebagai Setiausaha Politik MB Perak punca MB Perak disingkir. Ladang ini dah
lama dimilik kerajaan Perak di bawah BN sejak tahun 1995 dan nilai ladang
tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak
RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak. Selepas kerajaan PH Perak tumbang
dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara
rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan PN Perak.
Insiden kedua ialah pelantikan seorang ADUN Umno sebagai
setiausaha politik MB Perak tanpa merujuk dan mendapat persetujuan dari
kepimpinan UMNO negeri. Setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan
parti masing-masing tapi tak dilakukan MB Perak. Oleh sebab MB Perak tak hirau
dan tetap khianat persetujuan antara parti, maka dia pun tumbang hari ini.(SEMALAM)
PH Perak dah lama tunggu peluang untuk tumbangkan MB Perak sebab
PH rasa mereka pernah dikhianat MB Perak yang juga membawa lari beberapa ADUN
PH pada bulan Februari tahun ini. - SH
PN buat swap jawatan saja. Dah CM Sabah bagi kat Bersatu yang
buat UMNO bengang. Sebagai ganti UMNO minta tuk takeover jawatan MB Perak dan
Peja akan dilantik jadi Menteri atau Timbalan Menteri kemudian di peringkat
Federal nanti. Ini win-win solution antara UMNO-Berjaya. Nampakkan tipu
muslihat parti penyamun ini!!! - minah kerang