#Kulai : Perkhidmatan Shuttle Selatan yang menghubungkan Kulai, JB Sentral dan Pasir Gudang dilancarkan hari ini dan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di koridor ketiga-tiga kawasan berkenaan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebagai permulaan, perkhidmatan tren berkenaan akan beroperasi melalui dua laluan utama, iaitu Kulai-JB Sentral-Kulai dan Kempas Baru-Pasir Gudang-Kempas Baru.
Beliau berkata kerajaan turut merancang memperluas perkhidmatan itu pada masa hadapan dengan memanjangkan laluan Kulai ke Paloh melalui stesen Kluang, Renggam dan Layang-Layang.
“Tiga stesen baharu juga dirancang dibuka, iaitu Taman Daya, Bandar Baru Sri Alam dan Pasir Putih bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat pengangkutan awam berasaskan rel,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen KTM Kulai hari ini.
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2569093
No comments:
Post a Comment