NOJJAH
Bertugas di Stor pagi ni... Nyipe nyipe keluarkan peluh.. brg
banyak brabuk, bunga pun nampak kena mandikan dah.. skerat stor penuh dgn
bunga.. Sebahagian kecil tak balut dgn plastik...kijoe ore jate , meme tak
cakna mana..
Besi2 , kayu2 , backdrop pelamin bertimbun2 memenuhi stor..Hasil
kijoe 24 tahun.. sebahagian dok dlm stor lain di Dewan Beta..
Melihat semua ni, aku mari baso sebak dan sayu... Ini la minat
aku selama ini.. yg aku buat sepenuh hati dan dgn rasa penuh kasih sayang..
Dgn kijoe jadi Wedding planner, aku ramai kawan..networking dari
seluruh negara, segenap negeri, segala ceruk kapong, segala laluan bandar di
klate aku gi..
Di Seluruh Selangor, aku jajak serata Hotel, serata Balai
rakyat, srato Dewan Org ramai, segenap perumahan..Aku boleh kenal pelbagai
jenis manusia dari peringkat menteri2 di Putrajaya jame tu, hingga ke peringkat
tuke sapu ..Aku bertemu customer dr level kayangan ke level marhaen, dari level
kaya raya duit bagai pasir, hingga customer peringkat nak makan pun bersisa sen
sen ..
Banyak kenangan pahit manis aku lalui.. Semua itu la yg
membentuk aku seadanya hari ini..
Maka, kerana pergaulan , krn hubungan perniagaan yg byk bertukar
menjadi sahabat, aku mendapat satu jaringan persahbatan yg sgt besar,
memungkinkan segala urusan kerja2 kebajikan dan kerja amal aku menjadi lebih
mudah .Ramai sahabat yg bersedia membantu bila bila masa saja.. Asal aku oyak
je, berebut2 sahabat yg nak membantu..Bukan aku nak menunjuk atau riak..aku
catat di sini sbg satu bukti, bagaimana aku mudah mendapat tajaan, sumbangan
atas apa saja program yg aku terlibat..
Aku catatkan di sini, sbg bukti bagaimana aku mudah mendapat
maklumat ttg apa apa isu..even atas isu2 yg agak ketat pun, kdg dgn mudah aku
mendapat maklumat..Tetapi sebahagian besar, tidak la aku buka utk tatapan dlm
medsos..Dalam persahabatan, aku sgt ketat menjaga kerahsiaan..Jika dipesan,
simpan, simpan la aku sampai ke liang lahad..Jika boleh diwar2kan, tokde 2
saat, aku segera berkongsi jika ia perlu dan bawa manafaat kpd Amanah dan PH..
Oleh krn itu la. Utk kali terakhir, lepas ni aku tak akan sebut
lagi hal ni.. Utk kali terakhir, aku menafikan sekeras2nya tuduhan terhadap
aku, yg menyatakan aku SB Umno, yg hadir ke dalam Amanah dgn niat yg tidak
baik.. Aku tahu di dalam al Quran Allah tidak menggalakkan bersumpah, tetapi
dlm hal2 tertentu, ia diharuskan.. Lillahitaalla, aku hanya la manusia biasa,
yg kebetulan saja mempunyai hubungan yg agak baik dgn pelbagai peringkat
manusia..maka kelebihan itu menjadi masalah pulak bagi aku di dalam penglibatan
aku dlm Amanah selama ini..
Kenapa aku sebut hal ni secara serius hari ni?
Kerana aku ingin menoktahkan tuduhan dan fitnah terhadap aku..
Dan aku jugak tidak lagi akan menjawab apa saja persoalan berkaitan fitnah
itu..
Kpd sahabat2 yg percaya kpd fitnah itu, samada dari Awan dan
Amanah klate khasnya.. aku cuma ingin berpesan .. Belajar la menilai siapa
musuh, siapa sahabat sebenar dlm laluan perjuangan kita.. Seumpama di sebuah
padang yg luas, byk kemucuk di jalanan.. kelihatan cantik dari kejauhan, tapi
bila penuh di kaki seluar, gatal merenyam kita sudahnya..byk kerikil di
jalanan, byk kaca yg kelihatan bersinar..Walau kaca, walau kerikil, walau
kemucuk..Allah letakkan ia di sepanjang perjalanan kita dgn peranan masing2..
Tidak Allah jadikan segala sesuatu atas muka bumi ini sia2.. Atas kita la nak
nilai staro mana..
Aku tidak ingin mendabik dada..Tetapi org2 seperti aku, kalau
kalian percaya kpd fitnah yg dihalakan kpd aku, maka ketahui la kalian adalah
org2 yg rugi.. krn kalian tidak tahu bagaimana aku telah berikrar menginfaqkan
diri utk berbuat kebaikan, aku telah berikrar utk hanya berpihak kpd kebenaran
walau di mana aku berada..Aku hanya akan bercakap perkara yg benar, walaupun
pahit..
Darah yg mengalir dlm tubuh aku, adalah darah Puteri Saadong, yg
tidak mudah mengalah dlm setiap cabaran.. Tetapi seperti jugak manusia biasa yg
lain, Puteri akhirnya membawa diri jauh ke dalam rimba, apabila sudah tidak
mampu berada di keliling manusia yg tidak punya rasa ..
Tidak seperti Puteri , aku tidak ada rimba utk dituju.. Dan aku
pun tidak akan mengalah selagi hayat masih ada. Byk hala byk haluan, banyak
cabang, Amanah tetap di hati, sekurang2 selagi beberapa org yg aku yakini masih
berada di dalam Amanah..
Insyaallah semoga dikuatkan hati dan semangat meneruskan langkah
dlm perjalanan yg sangat panjang ini..
Salam perjuangan semua!
Lawan tetap Lawan!
Nojah Fendi
28/8/2021
3 hari menjelang hari Kemerdekaan ke 64..
Semoga jiwa kita juga merdeka sepenuhnya ..