Adrian Lim Chee An
Semalam, akhbar China Press menyiarkan berita dengan tajuk “USAHAWAN INFLUENCER JUAL DENDENG SECARA LIVE, 3 MINIT 39 SAAT CECAH SALES SEJUTA RINGGIT”.
Secara umumnya, ramai komen berbahasa Cina (sebab posting berita dalam bahasa Cina) mengucapkan tahniah dan berasa bangga untuk Khairul Aming.
Komen-komen mereka telah diterjemahkan. Boleh baca sendiri.
Boleh dikatakan 99% memuji Khairul Aming. Tak dengki langsung walaupun berbeza kaum dan agama.
Sebabnya mudah…
Khairul Aming tak tunggang agama, tak tunggang kaum dalam perjalanan mencapai kejayaan ini.
Kejayaan Khairul Aming adalah hasil titik peluh dan kerja keras bertahun-tahun ini sejak zaman Covid-19. R&D dibuat, marketing dibuat, teknologi terkini diaplikasikan dan sebagainya.
Sebab saya membesar dalam komuniti berniaga yang besar, saya boleh dengan yakin mengatakan bahawa majoriti mutlak masyarakat Cina yang berniaga kat Malaysia ini, tak kisah pun sebenarnya, kalau pesaing daripada kaum lain lebih hebat dan lebih berjaya dan lebih kaya daripada mereka.
Yang penting, cara berjaya itu bukan melalui menunggang agama, menunggang kaum, cantas mencantas atau kabel politik.
Bersainglah secara sihat seperti gentleman. Siapa menang dia lah pemenang. Pesaing lain akan akur dan tabik spring.
Tapi ada sesetengah pihak, bukan dia hebat tapi kabel dia tebal. Kebetulanlah anak-anak dia semua jadi billionaire semasa bapa dia berkuasa.
Apa macam orang lain tak ragu-ragu??