Lapangan terbang baru di Papar, Sabah
Daerah Papar bakal menerima limpahan pembangunan apabila sebuah lagi lapangan terbang bertaraf antarabangsa bakal dibangunkan di kawasan itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dipetik Utusan Borneo berkata, pembinaan itu sebagai memenuhi keperluan 9.5 juta penumpang yang datang ke Sabah setiap tahun.
“Keindahan alam semula jadi di Sabah menjadi tarikan utama kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.
“Memandangkan, sektor pelancongan menyumbang pendapatan negara, kerajaan negeri berusaha menyediakan kemudahaan yang lebih kondusif kepada para penumpang dengan pembinaan lapangan terbang antarabangsa yang baharu.
“Ketika ini, penumpang yang datang ke Sabah mencecah hampir 9 juta, berbanding 9.5 juta penumpang yang dijangka tiba ke Sabah.
“Untuk itu, kita telah mengenal pasti sebidang tanah di antara Kinarut dan Pekan Papar sebagai tapak,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Shafie berkata pihaknya berbincang dengan Malaysia Aiport Berhad.
Namun ketika menjelaskan berapa segera pembinaan lapangan terbang itu boleh dijalankan, Shafie berkata, ia bakal bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan