SEDIA APA....TAK CUKUP JOOMMMLAH...
RMS
Pulak dah..?? patutlah asyik berkonvoi.. rupanya nak suruh buat referendum..rakyat nak kerajaan buat kerja bukan parti politik yang asyik buat konvoi..
Haram untuk kamu, halal untuk aku.
Itu mantra kebanyakan politikus. Rakyat di
bawah pun confuse.
Maki orang lain LGBT, liwat dan etc. Tetapi
geng depa, video kabur XXX ditutup rapi. Buat2 dunno sampai la ni…
Maki orang rasuah dan Kleptokrasi, geng depa
jenuh salur berbilion duit rakyat kepada kroni, nak dijatuhkan semua Perdana
Menteri.
Maki Kerajaan dulu tak betul, kita perlu
reformasi. Tapi dilantiknya geng dia berderet kes di Mahkamah sebagai Timb
Perdana Menteri. Depa kata ini yang Agong ingini.
Maki kenapa tiada tindakan tegas kepada isu
rasuah LCS kini, tapi kes dia sendiri pun dah prima facie. Duit parti masuk
akaun sendiri. Siap melabur dalam ASB.
*********************
Pengundi yang bijak dan bukan taksub, akan
nampak dari sudut pandang helicopter. Setiap parti dan pemimpin ada baik dan
buruknya.
Mereka tak suka melampau seorang pemimpin.
Atau membenci melampau lawannya. Kita chill2 aje.
Orang tanya siapa nak kita percaya? Mereka ni
lebih kurang sama.
Jawapannya, setia kita kepada Raja dan
Negara.
Mana baik untuk negara kita sokong. Paksinya
Majlis Raja2. MRR ilhamkan Kerajaan Unity. Dan untuk Kerajaan last one term.
Itu pada Baginda2 baik untuk kita.
Kita ikutlah buat masa sekarang. Bagi
Kerajaan ni peluang. PRU16 tak lama lagi pun, 4.5 tahun cepat je datang. Kalau
tak nampak bayang reformasinya, kita tendang.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
MELAYU TERANCAM
1. Sejak dari kecil, kita dibagitau, hak
Melayu sentiasa terancam. Orang lain akan cuba rampas negara dari kita.
Naratifnya: Tengokkan Singapura. Orang lain berkuasa di sana.
2. Masa saya kecil, saya duduk di kampung
Melayu, selalu saya rasa tak percaya dengan bangsa lain. Skeptikal itu tinggi,
kadang tu borderline racist juga dibuatnya. Asal nama dan rupa lain semua saya
tak percaya.
3. Dah besar masuk sekolah menengah dan masuk
universiti, bercampur dengan bangsa lain, baru saya sedar, darah merah mereka
sama dengan saya. Ya, ada juga yang ektrimis kaum, namun berapa kerat saja.
Majoriti pentaksub parti.
4. Kebanyakan rakyat pelbagai kaum nak hidup
sejahtera. Dan mahukan Malaysia yang aman, yang sama2 kita boleh cari makan.
Kita nak bersukan, dan bermain di taman, sebelah2 takde hal. Ini yang idamkan.
Tapi politikus, far left dan far right, permainkan. Sentimen agama dan
perkauman.
5. Parti Melayu selalu propagandakan Melayu
terancam di bumi sendiri. Tapi kalau tengok data yang ada, ekuiti bumiputera
dari 21% tahun 1990-an, turun ke 16% tahun 2018. Selepas 50 tahun DEB
dilaksanakan. Masih tiada peningkatan. Malah lagi teruk ada penurunan.
6. Tanah Rizab Melayu yang dijadikan sebagai
satu daripada 7 wasiat Raja Melayu, untuk dikekalkan pada 50% sepanjang masa,
sekarang hanya tinggal 12% sahaja, walaupun baru 65 tahun kita merdeka. Sedih
kita melihatnya.
7. Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan yang
ada, dari Menteri ke Ketua Setiausaha, dari DO ke piun Pejabat Tanah semua
orang kita. Hilangnya hak dan kuasa kita adakah kerana orang lain juga?
8. Mereka kata, jangan Malaysia jadi seperti
Singapura. Namun kita lupa, orang kita sendiri gadaikan Singapura kepada orang luar.
Sampai pendatang menjadi penduduk majoriti di sana. Bila dah lebih ramai dari
orang kita, nescaya kuasa politik mereka yang punya. Tapi perspektif ini
dihilangkan saja.
9. Sama sahaja dengan Pulau Pinang, tanah
tergadai ke British kerana persengketaan. Berebut menjadi Sultan. Lepas tanah
tergadai, mereka ubah besar2an. Sampai terjejas anak watan. Lanskap sosial
bertukar, pendatang jadi majoriti dan kuasai politik negeri.
10. Sejarah sudah mengajar kita, penguasaan
hak milik tanah paling utama dalam setiap pembinaan negara bangsa. Itu sebab
Yahudi Israel berebut tanah dengan Palestine, untuk dapatkan negara sendiri.
11. Bila saya dah besar, saya sedar, penduduk
majoriti akan hilang kuasa politik kalau mereka lemah. Lemah melawan tamak
haloba nak berkuasa, lemah kerana pegangan Cash is King, lalu merebak ke rasuah
dan salahguna kuasa. Ini terbukti dalam sejarah kita.
12. Saya percaya, selagi kita penduduk
majoriti negara dan kita angkat Melayu berintegriti dan berwibawa memerintah
kita, bangsa saya tidak akan terancam. Malah orang lain akan hormat jua.
13. Melayu terancam bukan sebab orang lain,
sebab sikap dan budayanya. Tambah sikap feudal sentiasa, yang diangkat
perompak, penyangak dan gangster. Di samping penunggang agama.
14. Kalau tidak dibendung, Malaysia akan jadi
Sri Lanka. Berpuluh tahun, politik kaum dan agama diguna. Untuk cover rasuah
dan salahguna kuasa pemimpin mereka. Tadbir urus lemah, kerana pemimpin haprak.
Akhirnya, negara jadi bankrap. Rakyat merana. Banyak persamaan yang kita perlu
belajar.
15. Sesungguhnya, bangsa saya tidak terancam,
yang terancam ialah golongan elitis bangsa, yang makin hilang kuasa. Tiada
ruang untuk merompak kantung negara. Untuk anak cucu mereka.
16. Demi untuk anak cucu cicit kita, angkat
pemimpin yang berintegriti dan berwibawa. Tolak propaganda sempit politik kaum
dan agama. Itu sebenarnya parasit paling teruk dalam membina negara
berjaya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
[NB: Posting seminggu sebelum PRU15 dan masih
relevan hingga kini]
ANNUAR MUSA TIADA NILAI TAMBAH KEPADA PAS
Bekas pemimpin UMNO yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Annuar
Musa akhirnya memilih Pas sebagai wadah baru bagi meneruskan perjuangannya.
Sesuai
dengan kemasukannya menjelang PRN enam negeri tidak lama lagi, beliau juga
dilaporkan bersedia untuk bertanding lagi jika dipilih sebagai calon oleh parti
barunya itu.
Tentulah
dalam hal ini, Annuar bermaksud untuk bertanding di Kelantan, bahkan beliau
pasti lebih gembira jika diletakkan sebagai calon di Dun dalam kawasan Ketereh
di mana beliau merupakan Ahli Parlimen di situ sebelum ini.
Kawasan
paling terbuka untuk Annuar bertanding ialah di Dun Kok Lanas yang kini
diwakili Alwi Che Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang baru selepas Annuar
dipecat daripada UMNO.
Tambahan
lagi, Alwi yang merupakan “protege” Annuar serta memegang jawatan Timbalan
Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebelum ini dan pernah berkhidmat sebagai
Setiausaha Politiknya telah pun mengumumkan untuk bersara, sekaligus tidak
bertanding lagi pada PRN akan datang ini.
Siapa
yang untung sebenarnya bila Annuar masuk Pas?
Pas
untung atau Annuar yang untung?
Melihat
sejarah Pas di Kelantan dan jenama parti itu diketahui sudah cukup kukuh di kalangan
pengundi negeri tersebut, sejujurrnya kemasukan Annuar langsung tidak memberi
nilai tambah kepada Pas.
Untuk
mengekalkan penguasaannya di Kelantan, tanpa Annuar pun, Pas sebetulnya mampu
melakukannya secara sendirian.
Ada
atau tidak ada Annuar bersama Pas, Pas tetap dengan keunggulannya yang
tersendiri di bumi Kelantan.
Malah,
sejak Pas menawan Kelantan pada 1990 dan Annuar beberapa kali dilantik sebagai
Pengerusi UMNO Kelantan, dijadikan menteri lagi, tetapi tidak pernah sekali pun
beliau berjaya menggugat penguasaan Pas.
Sejak
1990 sehingga sekarang, selama 33 tahun, Pas berjaya berkuasa tanpa henti di
Kelantan melalui barisan kepimpinan sedia adanya di mana di waktu yang sama,
Annuar adalah berada di pihak yang mahu menjatuhkan Pas sepanjang tempoh
tersebut.
Makna
kata, kalau Pas tak mahu terima Annuar sebagai ahlinya pun boleh sebenarnya
kerana tiada rekod menunjukkan beliau mampu membawa nilai tambah kepada parti
itu.
Cuma
tinggal lagi, Pas ini parti yang berjiwa besar dan terbuka untuk menerima sesiapa
saja sebagai ahlinya.
Tidak
cukup dengan itu, Pas juga sangat berjiwa besar dengan tiada masalah memilih
penghijrah baru seperti Annuar sebagai calonnya dalam pilihan raya.
Dengan
itu, kemungkinan Annuar dipilih sebagai calon Pas pada PRN akan datang ini
bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan sangat mungkin menjadi kenyataan.
Yang
untung tidak lain hanyalah Annuar kerana dapat menjadi wakil rakyat dan
bergelar Yang Berhormat semula.
Pas
tiada untung apa-apa, sebaliknya dengan memberi laluan kepada Annuar sebagai
calon, ia akan menyebabkan ada pula di kalangan pemimpin Pas sendiri yang
berputih mata kerana tergendala cita-cita mahu bergelar wakil rakyat.
Selain
tidak memberi nilai tambah kepada Pas, jika menang sebagai Adun pula, Annuar
juga tersangat sukar untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri, jauh sekali
untuk berangan-angan jadi Menteri Besar Kelantan, manalah tahu kalau-kalau
parti itu ingin memanfaatkan pengalaman luasnya sebagai menteri sebelum ini
untuk dibawa menerajui negeri.
Sebagaimana
semua orang sedia maklum dan rasanya rakyat Kelantan pun belum lupa, Annuar
pada 1993 ketika berlaku kemelut Istana Kelantan, telah menobatkan Tengku
Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan.
Berdasarkan
tindakan itu, amat mustahil pihak Istana Kelantan sekarang sedia untuk merestui
Annuar bagi dilantik sama ada sebagai Exco atau pun Menteri Besar Kelantan.
Pas
juga pasti tidak lupa mengenai perkara tersebut dan jalan selamat bagi parti
itu ialah tidak mencadangkan namanya untuk apa-apa jawatan dalam kerajaan
negeri.
Ertinya,
kalau menang sebagai Adun nanti, Annuar tidak akan jadi apa-apa, melainkan
sekadar wakil rakyat biasa saja.
Pas dan
kerajaan negeri pun tidak dapat apa-apa kelebihan daripada kemasukan beliau
itu.
Mudah
kata, beliau tidak memberi apa-apa nilai tambah, bukan saja kepada Pas sebagai
parti politik, tetapi juga kepada kerajaan negeri yang diterajui parti itu.
Lainlah
jika Annuar sedia dicalonkan di Negeri Sembilan misalnya, sesuai dengan
pengumuman kemasukannya ke dalam Pas diumumkan di Seremban dan kemudian berjaya
pula menjatuhkan kerajaan PH sekarang, maka barulah beliau betul-betul ada
nilai tambah.
Tetapi,
berjiwa besarkah Annuar untuk bertanding di luar daripada Kelantan? – ShahbudinHusin 12/06/2023.
HEBATNYA KERAJAAN PERPADUAN
POLITIK POLITIK JUGA. KEBAJIKAN PERLU DIJAGA BAGI YANG MEMERLUKAN.
Mohon bantuan kepada yang sudi. Maklumat lanjut boleh bertanyakan kepada Menuju Keabadian II. Semoga Allah berikan sebaik-baik balasan kepada yang memberikan sumbangan. Guane boh?
Raja Gelap
.
J
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA. PN KANTOI PENYELEWENGAN
Order 500 unit
Barang sampai 136 unit
Boleh gunakan cuma 28 unit
Masa tu hopital sesak dengan pesakit yang perlukan alat pernafasan. Kematian kemain ramai.
Order atas kertas 500 unit sampai 136. Baki tu sakau ke apa? Siapa empunya angkara tak mau tau ke? Siapa sakau ni? 30 juta duit pembayar cukai kena rembat tak nak tau ke masuk kantung sapa?
NIK AZIZ TIDAK PERNAH MEMUSUHI DAP
CARA NAK DAKWAH. BUKAN MAKI HAMUN....TU CILAKA NAMANYA
Setakat aku ingat, di hari-hari terakhir Almarhum TG Nik Aziz, beliau tidak memusuhi DAP dan Lim Kit Siang. Bahkan beliau mendoakan DS Anwar jadi PM.
Pakatan Rakyat musnah selepas kewafatan beliau. Jadi silap kalau ada budak baru nak up yang kata DAP dan Lim Kit Siang musuh Allahyarham hingga hujung nafas.
Mereka yang menyanjungi perjuangan Allah
yarham pasti tahu PAS yang ada sekarang terlalu lari dari garis perjuangan yang Allahyarham lukiskan dulu. Guane boh?
Raja Gelap
.
Ada dua unsur fitnah di sini:-
SHAHBUDIN HUSIN.
Pertama, keratan akhbar ini adalah berita lama tahun 2014 dan tiada kena mengena dengan soalan Ahli Parlimen Beruas itu.
Kedua, yang disebarkan hanyalah soalan beliau di Parlimen tanpa disertakan jawapan menteri berkaitan. Ia dengan sendirinya berunsur fitnah secara sengaja.
Jadi, ini jawapan menteri agama berkenaan kepada soalan yang ditanyakan.
MALAYSIA DIHINA KERANA PEMIMPIN KORUP
Isu Kedah, Pulau Pinang, jangan main suara politik picisan
PEMIMPIN UMNO DIGANTUNG KEAHLIAN ENGGAN BUAT RAYUAN
Penggantungan keahlian dan pemecatan ahli Umno dibuat tanpa mengikut prosedur jadi mengapa perlu merayu? soal bekas ketua Umno bahagian Tebrau Maulizan Bujang.
Maulizan turut mempersoal keterbukaan Umno menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat atau digantung daripada parti.
Bekas Adun Tiram itu menegaskan, rayuan yang perlu dibuat seakan tidak wajar memandangkan proses penggantungan yang dibuat ke atasnya sebelum ini tidak dibuat mengikut prosedur.
“Kenapa perlu buat rayuan jika proses penggantungan dan pemecatan dibuat tidak mengikut prosedur?,” Saya tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti sebelum digantung.
“Saya menjadi ahli Umno dan aktif semenjak umur saya 17 tahun dan amat menyayangi parti Umno yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.
Maulizan berkata, beliau juga tidak pernah mengkhianati atau melakukan sabotaj parti malah bertungkus lumus nak memenangkan parti dalam setiap PRK, PRU dan PRN.
Pada 27 Jan lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dilaporkan menggantung keahlian Maulizan selama enam tahun serta tiga lagi pemimpin.
Mereka ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas naib presiden Hishammuddin Hussein, bekas ketua penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan ketua Umno Bahagian Jempol, Mohd Salim Sharif.
Sementara, bekas ketua Umno Selangor,Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut dipecat Umno berikutan pelanggaran disiplin sewaktu PRU15.
Maulizan berkata, kebanyakan nama besar yang dipecat dan digantung adalah kerana tidak sehaluan dengan Presiden Ahmad Zahid Hamidi.
“Pemecatan serta penggantungan adalah untuk membolehkan presiden Umno, menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan menggunakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk menyokong hasrat presiden.
“Bagaimanapun, isu pokok yang melanda Umno masa kini ialah soal kepimpinan yang ditolak rakyat dan majoriti ahli Umno serta orang Melayu ekoran keputusan keputusan yang dibuat tidak selari dengan kehendak mereka,” katanya.
Katanya, kepimpinan Umno juga dilihat gembira dengan terus menjadikan parti itu sebagai penumpang dalam kerajaan apabila presiden menyokong kerajaan yang terdiri daripada DAP dan PKR yang lebih dominan.
“Sebilangan besar orang Melayu juga tidak boleh menerima kehadiran DAP yang masih angkuh apabila tidak mahu memohon maaf kepada orang Melayu atas apa yang dilakukan sepanjang lebih 60 tahun terutamanya peristiwa 13 Mei 1969 apatah lagi perjuangan menuntut hak kesamarataan yang masih didokong hingga sekarang.
“Saranan Pemuda Umno juga ditolak mentah mentah oleh presiden kerana beliau seolah olah menjadi jurucakap DAP,” jelasnya.
Maulizan berkata, Umno kini menjadi semakin lemah apabila orang Melayu mula merasakan parti itu kehilangan identiti sebagai parti yang asas perjuangannya ialah untuk membela agama, bangsa dan negara.
“Umno di bawah kepimpinan sekarang tidak lagi sama dengan Umno yang dahulu. Keramatnya yang sering diperkatakan dahulu semakin pudar. Amat menyedihkan. Ubahlah sebelum semakin rebah,” katanya.
Semalam, Zahid dilaporkan berkata, parti itu Umno sedia untuk menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin iaitu dipecat atau digantung daripada parti.
Azmin jadi 'bomoh' lepas kalah Pilihan Raya Umum
PATUT LAMA DAH KAU DI SINI.- WALAU LAMBAT NAK GEMPUR LEBIH BAIK DARI TAK TAHU BUAT KERJA
Terima kasih YB Menteri Fahmi Fadzil di atas kepercayaan untuk lantikan Setiausaha Kerja Penerangan pusat Parti Keadilan Rakyat bagi menguatkan Parti. Saya dan pasukan penerangan diberikan amanah untuk menerajui dan mengemaskini kerja penerangan cabang dan negeri dan fokus utama di 6 negeri yang bertanding PRN.
Pesanan buat diri saya, JAWATAN IALAH BEBANAN DAN TANGGUNGJAWAB DAN BUKAN KEMULIAAN.
Insya-Allah kita akan memulakan lawatan kerja dan fact-finding di
Kedah / Penang
17-19 jun 2023
Kelantan / terengganu
23-25 jun 2023
Selangor dan Negeri sembilan akan di tentukan kemudian.
#Kitagempur
#ltl
Iswardy Morni