“Kalau orang tanya apa hebatnya Kerajaan Perpaduan saya jawab pada pimpinannya yang bertekad untuk hentikan kerosakan amalan menyebabkan negara ini dihina oleh dunia. Ini kerana amalan untuk memperkayakan diri dan salah guna kuasa,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada sesi pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dipetik Astro Awani.