1. Sejak dari kecil, kita dibagitau, hak
Melayu sentiasa terancam. Orang lain akan cuba rampas negara dari kita.
Naratifnya: Tengokkan Singapura. Orang lain berkuasa di sana.
2. Masa saya kecil, saya duduk di kampung
Melayu, selalu saya rasa tak percaya dengan bangsa lain. Skeptikal itu tinggi,
kadang tu borderline racist juga dibuatnya. Asal nama dan rupa lain semua saya
tak percaya.
3. Dah besar masuk sekolah menengah dan masuk
universiti, bercampur dengan bangsa lain, baru saya sedar, darah merah mereka
sama dengan saya. Ya, ada juga yang ektrimis kaum, namun berapa kerat saja.
Majoriti pentaksub parti.
4. Kebanyakan rakyat pelbagai kaum nak hidup
sejahtera. Dan mahukan Malaysia yang aman, yang sama2 kita boleh cari makan.
Kita nak bersukan, dan bermain di taman, sebelah2 takde hal. Ini yang idamkan.
Tapi politikus, far left dan far right, permainkan. Sentimen agama dan
perkauman.
5. Parti Melayu selalu propagandakan Melayu
terancam di bumi sendiri. Tapi kalau tengok data yang ada, ekuiti bumiputera
dari 21% tahun 1990-an, turun ke 16% tahun 2018. Selepas 50 tahun DEB
dilaksanakan. Masih tiada peningkatan. Malah lagi teruk ada penurunan.
6. Tanah Rizab Melayu yang dijadikan sebagai
satu daripada 7 wasiat Raja Melayu, untuk dikekalkan pada 50% sepanjang masa,
sekarang hanya tinggal 12% sahaja, walaupun baru 65 tahun kita merdeka. Sedih
kita melihatnya.
7. Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan yang
ada, dari Menteri ke Ketua Setiausaha, dari DO ke piun Pejabat Tanah semua
orang kita. Hilangnya hak dan kuasa kita adakah kerana orang lain juga?
8. Mereka kata, jangan Malaysia jadi seperti
Singapura. Namun kita lupa, orang kita sendiri gadaikan Singapura kepada orang luar.
Sampai pendatang menjadi penduduk majoriti di sana. Bila dah lebih ramai dari
orang kita, nescaya kuasa politik mereka yang punya. Tapi perspektif ini
dihilangkan saja.
9. Sama sahaja dengan Pulau Pinang, tanah
tergadai ke British kerana persengketaan. Berebut menjadi Sultan. Lepas tanah
tergadai, mereka ubah besar2an. Sampai terjejas anak watan. Lanskap sosial
bertukar, pendatang jadi majoriti dan kuasai politik negeri.
10. Sejarah sudah mengajar kita, penguasaan
hak milik tanah paling utama dalam setiap pembinaan negara bangsa. Itu sebab
Yahudi Israel berebut tanah dengan Palestine, untuk dapatkan negara sendiri.
11. Bila saya dah besar, saya sedar, penduduk
majoriti akan hilang kuasa politik kalau mereka lemah. Lemah melawan tamak
haloba nak berkuasa, lemah kerana pegangan Cash is King, lalu merebak ke rasuah
dan salahguna kuasa. Ini terbukti dalam sejarah kita.
12. Saya percaya, selagi kita penduduk
majoriti negara dan kita angkat Melayu berintegriti dan berwibawa memerintah
kita, bangsa saya tidak akan terancam. Malah orang lain akan hormat jua.
13. Melayu terancam bukan sebab orang lain,
sebab sikap dan budayanya. Tambah sikap feudal sentiasa, yang diangkat
perompak, penyangak dan gangster. Di samping penunggang agama.
14. Kalau tidak dibendung, Malaysia akan jadi
Sri Lanka. Berpuluh tahun, politik kaum dan agama diguna. Untuk cover rasuah
dan salahguna kuasa pemimpin mereka. Tadbir urus lemah, kerana pemimpin haprak.
Akhirnya, negara jadi bankrap. Rakyat merana. Banyak persamaan yang kita perlu
belajar.
15. Sesungguhnya, bangsa saya tidak terancam,
yang terancam ialah golongan elitis bangsa, yang makin hilang kuasa. Tiada
ruang untuk merompak kantung negara. Untuk anak cucu mereka.
16. Demi untuk anak cucu cicit kita, angkat
pemimpin yang berintegriti dan berwibawa. Tolak propaganda sempit politik kaum
dan agama. Itu sebenarnya parasit paling teruk dalam membina negara
berjaya.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
[NB: Posting seminggu sebelum PRU15 dan masih
relevan hingga kini]