IMPAK PENDEDAHAN RAKAMAN TELEFON KONTROVERSI- Rikhat Niffha



Rakaman perbualan telefon kontroversi didakwa membabitkan Najib dan beberapa individu lain sebagaimana didedahkan pihak SPRM, bukan hanya sekadar isu Kak Mah jadi singa semata-mata.

Sebaliknya kita perlu juga beri tumpuan pada intipati daripada perbualan tersebut. Cuba kita teliti apa matlamat tersirat pihak SPRM mendedahkan penemuan terbaru ini.

Di pihak pembangkang, mereka hanya mempertikai kononnya tindakan agensi anti rasuah itu satu tindakan "contempt of court", mencerobohi privasi dan bercanggah dengan undang-undang.

Sebenarnya di sebalik rakaman perbualan ini, tindakan penama-penama berkenaan boleh mendatangkan mudarat dan memberi impak negatif kepada sistem pentadbiran negara. 

Antara yang boleh kita andaikan:- 

1. Terdapat pihak yang disebut namanya yang menjadi sebahagian daripada konspirasi jenayah mencuri wang negara perlu juga dituduh di mahkamah. 

2. Perdana Menteri ketika itu boleh dianggap menggunakan kapasitinya sebagai pemimpin tertinggi negara bagi mempengaruhi ketua-ketua agensi tertentu kerajaan.

3. Perbincangan dalam isu melibatkan pentadbiran kerajaan, turut dicampuri dan dipengaruhi mereka yang tidak berkenaan antaranya isteri kepada pemimpin kerajaan ketika itu.

4. Manipulasi sistem perundangan dilakukan sesuka hati oleh pemimpin negara bagi melindungi hal-hal menjurus kepada perlakuan jenayah tersembunyi.

5. Jawatan tertinggi agensi strategik/penguatkuasa undang-undang dilantik atas kepentingan peribadi, tidak berdasarkan merit dan kelayakan. Ianya boleh dicatur pemimpin tertinggi negara sehingga menganiaya pihak tertentu.

6. Sistem pentadbiran kerajaan melibatkan tiga cabang iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman boleh "collapse" akibat salah satu cabang mencampuri cabang lain.

7. Kes berkait 1MDB sepertimana disentuh dalam perbualan penama-penama disebut SPRM menggambarkan seolah-olah  ia tidak melalui kabinet.

Justeru, mereka ini tidak boleh dibiarkan bebas begitu sahaja dan inilah masa sesuai untuk menghadapkan pengkhianat negara ke muka pengadilan.

Bayangkan jika mereka masih kekal berkuasa sehingga hari ini, entah apa lagi yang mereka akan dan mampu lakukan tanpa kita semua sedari.

No comments: