POLITIK KONSERVATIF: KAEDAH PENYELESAIAN COMPANG-CAMPING POLITIK MALAYSIA


Malaysia pasca Malaysia Baru

1. Apabila PH menang, sentimen agama dan bangsa dimainkan dengan pelbagai hatred speech. Isu kuil, pemandu mabuk, UEC dan apa saja isu yang boleh dibuat modal, akan digunakan. Tak lain tak bukan hanya untuk keuntungan politik.

2. Agak dangkal ada kepimpinan bawahan DAP termakan umpan dan akhirnya jadi nila dalam sebelanga susu.

3. UMNO dan PAS gunakan kesempatan ini untuk kukuh sokongan dan PH agak lemah menyanggah. Akhirnya PH rebah kepada slogan muafakat Melayu Islam.

4. Politik bawaan kedua-duanya tidak lagi sesuai kepada Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa. Rakyat tetap tak beroleh untung malah lebih teruk. Malaysia perlu berubah ke arah lebih konservatif.

5. Konservatif adalah penyelesaian. Back to basic, to the square one. Politik nasionalis sudah lapok, pemecah belah dalam diversiti. Politik atas nama agama akan buatkan agama tampak jelek. Politik liberal-demokratik tidak sesuai di Malaysia kerana corak budaya  terlalu banyak taboo-nya.

6. Rakyat perlu timbang semula model-model politik ini.

Asas sebagai warga
7. Islam agama rasmi. Rukun negara perlu kembali dipegang. Perlembagaan perlu diluhurkan. Ia adalah asas kenegaraan. Setiap warganegara diperlihara haknya seperti termaktub dalam perlembagaan. Tidak ada lebih dan kurang. Kita semua balik kepada asal.

8. Kedududukan agama Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu termasuk tanah-tanah rezab termaktub. Hak kebebasan kaum lain juga termaktub. Ia asas yang datuk nenek kita bersetuju ketika merdeka.

Ekonomi
9. ‘Man jadda wajada’ - siapa berusaha, dia dapat. Pepatah Arab. Kuota bumiputera dalam segala hal seperti yang datuk nenek kita persetujui tetap terjaga. Namun kejayaan sebenar bukan terletak kepada jumlah kuota tapi kadar usaha, tak kira apa bangsa.

10. Libralisasi ekonomi terjadi seiring dengan ‘langit terbuka’ dan sampingan terhadap globalisasi. Bumiputra bukan setakat bersaing dengan bangsa lain, tapi mereka dari sisi dunia yang lain. Man jadda wajada.

Pendidikan
11. Balik kepada asal. Vernakular, kebangsaan dan lain-lain aliran seperti Arab teruskan seperti biasa. Pendidikan tak perlu diheret sama dalam perbalahan politik untuk mencari sokongan dan undi.

12. UEC tidak perlu diiktiraf kerana ia bukan dalam arus perdana namun jika ada mana-mana entiti pendidikan swasta mahu iktiraf sijil UEC, tidak perlu halang. Cuma untuk urusan kemasukkan ke universiti kerajaan, UEC tidak laku. Balik ke asal.

Eksekutif
13. Kuasa eksekutif hanya setakat kerja-kerja eksekutif. Tak perlu langkau sempadan. Biar cabang lain ambil tempat sendiri dalam sistem. Back to basic.

Kedaulatan undang-undang
14. Paling penting. Undang-undang perlu didaulatkan. Walaupun ia tidak dinamik tapi eksekutif perlu pastikan ia kena dengan zaman. Tidak ada sesiapa ‘above the law’ waima istana. Back to basic.

Konservatif
15. Perlunya satu gerakan politik moderat seperti konservatif dalam situasi politik sekarang. Ia adalah solusi. Tidak terlalu bersifat kebangsaan dan tidak terlalu sosialis. Back to basic.

16. Konservatif lebih sesuai untuk orang muda. Ia ‘straight forward’, tiada drama atau slogan-slogan politik. Itu, ialah itu. Khalas!

Hasta la victoria siempre!

Mohammad Zaimi Saad
Shah Alam
03 Ogos 2020