W.Faudzin
Banyak kedengaran tentang aduan adanya perbuatan sabotaj dan mengambil untung dengan menipu tentang penjualan beras. Rungutan rakyat kononnya harga beras melambung tinggi sedangkan berulangkali kerajaan tegaskan harga beras tempatan masih dikawal oleh kerajaan tanpa kenaikan harga, ada segelintir pengkhianat melakukan perbuatan menukar label kampit beras.
Kerajaan harus mengambil tindakan paling tegas kerana mereka bukan sahaja mencari keuntungan dengan menipu, tetapi mereka telah mensabotaj kerajaan yang sedang berusaha gigih membantu rakyat.