ANWAR NAFI TERLIBAT GUGUR KES ZAHID HAMIDI, MACAMLAH PM TAK ADA KERJA LAIN, KATA SAIFUDDIN


 Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.

Anwar berkata keputusan itu dibuat oleh peguam negara.

“Peguam negara ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu. Jadi saya serah kepada wewenang peguam negara kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baru oleh Datuk Seri Zahid.

“…Ini keputusan peguam negara dan saya tak boleh campur,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/678180

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sekali lagi mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikutan kritikan terhadap keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.

Bercakap dengan pemberita di Pulai, Saifuddin sekali lagi menyatakan pendiriannya yang Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada peguam negara untuk mendakwa atau menarik balik sebarang pertuduhan.

“Itu kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Sebab itu saya menolak dan menangkis sebarang tuduhan dan andaian bahawa apa pun tindakan yang dibuat oleh peguam negara, semua (kesalahan) diletakkan di atas bahu perdana menteri.

Macam perdana menteri tak ada kerja lain,” kata Saifuddin lagi




No comments: