DULU MENTERI KESIHATAN YANG UMUMKAN.SEKARANG MENTERI KESIHATAN MEMBISU

 

IBRAHIM MAT ISA

Satu tahun serangan Covid19 ke bumi Malaysia. Ini gambar kenangan Menteri Kesihatan kerajaan PH Dr Dzulkifli Ahmad bersama KP Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang akhbar pertama pada 25 Januari 2020, melaporkan kejadian dan keadaan ketika itu.

Ketika itu, tiada siapa yang menyangka seburuk sekarang ini serangan virus korona. Tambahan lagi, selepas kerajaan PH jatuh, pentadbiran Malaysia kacau bilau. Mereka yang kononnya mahu menjadi hero menyelamatkan Malaysia bagi meredakan jangkitan nampaknya kucar kacir, cakap tak serupa bikin dan semakin parah.

Bolehkah kita percaya PN selamatkan Malaysia?