Iftar Bersama Kumpulan Gerakan Dakwah
Iftar Bersama Kumpulan Gerakan Dakwah
Alhamdulillah, semalam berkesempatan berbuka puasa bersama wakil-wakil dari pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia.
Saya menyeru agar gerakan dakwah dan NGO Islam supaya terus memacu agenda pencerahan dan peningkatan kefahaman Islam bagi membanteras gejala kegalauan pemikiran yang semakin membelenggu umat.
Turut hadir tokoh-tokoh lama dalam gerakan dakwah termasuklah sahabat lama saya Ust Mohamad Nakhaie Ahmad, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, Cikgu Azmi Abdul Hamid dan Ustaz Md Nur Manuty.