Ini jawapan Najib Razak kepada posting Rafizi. Machai Najib
bukan main bangga lagi. Aku share ss je sebab aku taknak promote page Najib.
Nak baca boleh pergi ke page dia.
Ok. Najib cerita panjang lebar dan dakwa Rafizi tak jawab
soalannya. Tapi apa persoalan asal Rafizi? Persoalannya adalah, perlukah
selamatkan Sapura dengan duit rakyat?
Dari awal yang Rafizi sentuh adalah soal gunakan duit rakyat.
Rafizi bentangkan soal bonus dan gaji cuma untuk tunjukkan yang syarikat ini
rugi kerana boros dalam urusan itu.
Jadi sebenarnya Rafizi dah menjawab persoalan dengan jelas.
Dengan cara pembayaran gaji dan bonus yang melampau, menyelamatkan syarikat ini
hanya risikokan duit rakyat.
Yang Rafizi sentuh dari awal adalah hal pengurusan syarikat.
Jika diselamatkan pun, tetapi masih boros seperti ini, Sapura akan rugi lagi
walaupun selepas diselamatkan.
Ok. Yang kelakar bila Najib tanya mana suara Rafizi masa anak
Mahathir jual saham pada tahun 2015 hingga 2017. Eh? Kenapa tanya Rafizi? Masa
itu kan Najib yang PM? Rafizi pembangkang masa tu!
Macam Najib kata, masa tu Sapura bukan GLC. Kalau Najib pun tak
boleh kawal, kenapa dia nak suruh Rafizi bersuara pula? Najib macam kehabisan
idea pula tulis begitu.
Tahun 2019 kerajaan yang ditadbir PH jadikan Sapura GLC. Rafizi
tiada dalam kabinet. Dan untuk pengetahuan Najib, kami pun tak suka dengan
Mahathir tu.
Tapi langkah itu tak salah sebab macam Najib kata, Sapura
syarikat kedua terbesar. Jadi kalau jadi GLC, tentu kerajaan boleh dapat
untung.
Tapi syarikat itu terus rugi. Itu mengiyakan apa yang Rafizi
kata. Kalau terus selamatkan syarikat yang sebegini, berapa banyak lagi duit
rakyat akan terkorban? Lagi dengan keadaan di mana rakyat lebih perlukan
bantuan.
Jika perlu dijual, jualkan sajalah. Kalau syarikat ini kukuh,
pasti akan ada yang beli. Para pekerja tak akan dibuang sewenangnya kerana
syarikat yang ambil alih masih perlukan mereka untuk teruskan operasi.
Cuma bila dijual kepada syarikat lain, maka semua lembaga
pengarah, geng geng gaji besar yang akan hilang jawatan. Geng ini sebenarnya
yang Najib nak selamatkan.
Aku tak ada isu dengan syarikat ini. Aku sendiri ada berurusan
dengan syarikat ini. Tapi dengan orang bawahan je. Dengan yang gaji berjuta tu
aku tak pernah jumpa.
Sebab itu memang berat sikit kalau aku nak komen lebih-lebih
tentang syarikat ini. Aku tulis sikit camni kira ok la kot... Guane boh?