7
6
5
4
KEJUJURAN MASIH ADA?
Masih menyambung diskusi saya bersama Tuan Sup MB
seputar hutan Simpan Kekal Sungai Durian.
Kali ini - bertolak dari ucapan YAB MB Kelantan di
DUN Kelantan sehari dua lalu yg antara lain berkata : 'Kita tidak akan
sia-siakan harapan rakyat supaya dijaga Hutan Simpan Kelantan.
Kerajaan Negeri amat menitik beratkan penjagaan
alam sekitar...
Kita harap bahawa akan datang ni akan jaga
betul-betullah kepentingan hutan ini dan InsyaAllah kita tidak akan sia-siakan
lah harapan rakyat supaya dijaga Hutan Simpan ini'. 30 Mac 2022 - seperti
kandungan clip di bawah.
Sekarang, saya membawa tuan Sup MB meninjau apa
yang berlaku di HSK Sg Durian secara foto dan clip video.
Antara kelulusan pembalakan tebang habis untuk
tanam getah(TLC) di HSK Sg Durian. Rujuk Gambar 1.
(Untuk nota tuan Sup MB, bagi kelulusan kompartmen
96, 97 dan 102 yg tertera dalam papan tanda di atas belum saya senaraikan dalam
posting semalam. 350 hektar tambahan dari semalam).
Sekarang kita lihat apa terjadi sekitar Hutan
Simpan Sg Durian dua hari lepas. Hari YAB MB memberikan ucapan di atas.(Terima
kasih banyak pada rakan-rakan yg sudi membantu saya mendapatkan footage paling
terkini untuk dikongsi bersama Rakyat Kelantan yg lain).
(Rujuk gambar 2,3,& 4,)
Perhatikan tebing sungai.
(Rujuk gambar 5,6 ,7,8 & Video 9)
Zon penampan sungai dihormati?
Hutan Simpan macam ni? Atau padang pasir simpan
kekal?
'Kerajaan Negeri amat menitik beratkan penjagaan
alam sekitar...'. MB Kelantan.
Ada kejujuran dalam kata-kata?
Kesannya kepada sungai?
Lihat pemendapan lumpur dan pasir dari bukit yg
digondolkan, ditarah dan
ditereskan.
Untuk laporan lebih mendalam mengenai kesan alam
sekitar khususnya pada mutu air dan aliran sungai, boleh baca laporan oleh
Kuasa seperti di gambar 10,11,dan 12.
Sangat menintik beratkan alam sekitar?
Telus?
Apa respon terhadap laporan seperti ini?
Ada syarikat didenda?
Ada pemantauan?
Ada inventori kehilangan flora dan fauna buat
selama-lamanya dibuat?
Ada pembentangan progres dan isu-isu terbabit?
Kata-kata yang manis tidak mencukupi. Allah melihat
tindak buat kita.
Kerosakan telah berlaku di daratan Bumi Kelantan.
Ini bukan masa untuk mengabui mata rakyat dengan
kata-kata kosong.
Saya beralih sedikit kepada sains tanah. Saya tidak
lah arif mengenainya. Sekadar terbaca sedikit sebanyak.
Setahu saya, kawasan HSK Sg Durian adalah merupakan
kawasan batuan granite/igneus/high grade.
Apabila lapisan atas dan sekitarnya dirosakkan,
secara automatik kawasan bawahannya akan punah ranah dengan cara gerakan bawaan
air, seperti yang boleh kita perhatikan dari foto-foto di atas dan rungutan
penduduk kampung.
Adakah ini bukan kerosakan di daratan?
Belum mengambil kira kehilangan habitat makhluk
Allah yang lain serta kesan ke atas cuaca dan iklim. Lebih-lebih lagi,
pembukaan seperti ini berlaku hampir serentak dan meluas.
Saya cadangkan eloklah Kerajaan Negeri memanggil
pakar-pakar dalam tajuk ini memberikan pandangan. Bertanyalah pada para ahlinya
sekiranya anda kurang arif. Sebelum sepenuhnya terlambat walaupun kini sudah
dikira separuh terlambat dengan keluasan lebih 200,000 hektar hutan simpan
paling berharga sudah melayang selama-lamanya.
Ini di HSK Sg Durian.
Hutan Simpan Kekal yg lain juga diberikan kelulusan
tebang habis yg sama.
Untuk sekadar meyakinkan tuan Sup MB akan hal ini,
saya perturunkan sebahagian surat kelulusan itu.
Hutan Simpan Gunung Basor
(Bertarikh 25 Mei 2021)
Rujuk Gambar 13
Hutan Simpan Sg Brok
(Bertarikh 15 Disember 2021 - masih baru)
Rujuk Gambar 14
Hutan Simpan Lebir
(Bertarikh 22 Nov 2021 - masih baru)
Rujuk Gambar 13
Saya membuat posting ini pada hari Juma'at terakhir
bulan Sya'aban yang mulia. Dengan harapan timbul kesedaran untuk menghentikan
kerosakan ini dan menzahirkan kebenaran atas apa yang saya cuba betulkan.
InsyaAllah kita bersambung esok.
29 SYA'BAN 1443H
1 April 2022
*Rakan-rakan juga boleh muat turun penulisan di
atas dalam format PDF di https://t.me/husammusa/198