Akhirnya Khairy Jamaluddin mengakui juga kewujudan Syarikat MySJ Sdn. Bhd.


ABDULLAH MAT ISA


Akhirnya Khairy Jamaluddin mengakui juga kewujudan Syarikat MySJ Sdn. Bhd.

Cuma kali ini Khairy Jamaluddin guna ayat "Pengambilalihan Secara Pemberian Lesen." Sudah tidak gunakan perkataan "Penjualan" sepertimana pengumuman dalam Mesyuarat Kabinet.

Itupun selepas didesak bertubi-tubi oleh Golongan Cerdik Pandai Negara.

Banyak juga untung tu.

RM338.6 Juta tolak kos yang di-caj KPIsoft Sdn. Bhd. kepada Kerajaan RM72 Juta masih berbaki RM 266.6 Juta yang Syarikat MySJ Sdn. Bhd. dapat untung atas lesen pengambilalihan Apps MySejahtera TANPA melalui Tender Terbuka.

Mudah sangat MySJ Sdn. Bhd. dapat lesen AmbilAlih Apps MySejahtera. Senyap-senyap pula tu. Tau.. Tau.. Sudah Umum dalam Mesyuarat Kabinet. Bila masa mesyuarat pun tak tahulah.

Bincang di Kedai Mamak barangkali.

Kita yang lepak Starbucks pun tak bincang Duit Rakyat Ratus Juta dengan kawan-kawan.

Selepas ini Tengku Zafrul Menteri Kewangan susah dah nak sebut "Kerajaan tiada duit jika mahu hentikan bantuan kepada rakyat."

Bantuan beri lesen kepada Syarikat Sendirian Berhad untuk claim duit Kerajaan Ratus Juta Ringgit Kerajaan ada banyak pula duit. Takkan Tengku Zafrul nak ulang modal Najib dan Lim Guan Eng - Kerajaan Tiada Duit.

Ratus Juta RM masuk ke akaun sebuah syarikat yang tidak-pernah didengari nama sebelum ini.

Bantuan untuk rakyat siap ada geng Tengku Zafrul kirakan masa tua anda nanti anda miskin sedangkan anda belum dapat pun Wang KWSP RM10 ribu itu lagi.

Jangan Lupa Rakyat Marhain juga punya Hak Untuk Tidak Membenarkan Data Peribadi mereka dijual kepada Pihak Ketiga.

Jangan Lupa Rakyat Marhain juga punya Hak untuk un-install Apps MySejahtera.

Apps MySejahtera bakal menjadi milik Syarikat Swasta. Bersedialah Data Peribadi kita dijual kepada Pihak Ke-Empat, Ke-Lima dan Ke-Enam.

MySJ Sdn. Bhd. share laa keuntungan RM266.6 Juta yang bakal claim kepada Kerajaan itu.

Bahagikan keuntungan pengambilalihan itu kepada 20 Juta pengguna MySejahtera maka setiap dari kita yang data ada di dalam Apps MySejahtera itu boleh dapat RM 246,600.00 ribu setiap seorang.

Bolehlah anda pergi bercuti sebulan ke Eropah.

Bermalam di Iceland atau beli rumah, beli tanah untuk bekalan Hari Tua anda. Anda nak kahwin empat pun boleh. Itupun kalau ada perempuan nak bermadu dengan isteri anda sebab perempuan itupun dapat RM246.,600.00 ribu.

Saya cuma nak tahu siapakah Pemilik MySJ Sdn. Bhd.?

Hebat

ka orangnya?

Jangan TIADA kelulusan Teknologi sudahlah sampaikan definisi Apps pun tidak tahu.

Saya menulis kerana Degree saya Sains Teknologi dan Pendidikan (Pengajian Islam). Saya belajar dan WAJIB LULUS banyak Subjek Teknologi untuk mendapatkan Degree itu. Boleh tengok subjek-subjek Degree saya. Kebanyakan subjek saya dapat 4.00.

Kemudian saya dihantar Kerajaan berkursus Pembinaan Aplikasi Appsgen. Jadi saya menulis kerana saya tahu Khairy Jamaluddin sedang pusing sana sini.

So Khairy Jamaluddin.. next time jawab soalan dengan jujur. Jangan pusing sana sini. Lagi anda pusing, lagi rakyat marhain marah.

Saya tak marah laa. Bukan duit saya, buat apa saya marah. Duit Kerajaan + Duit Rakyat kannn.

Saya cuma nak tahu siapakah Pemilik MySJ Sdn. Bhd.?

Adakah Pemilik Syarikat MySJ Sdn. Bhd. benar-benar layak memperolehi lesen pengambilalihan MySejahtera?

Kalau berani keluarlah. Umumkan siapa anda.

Kayra, Putrajaya.

#khairyjamaluddin

#TakDengki

#CumaNakTahuSiapaOwnerMySJ