Tahukah ampa bahwa Komtar pernah terbakaq suatu ketika dahulu?







Tidak ramai golongan-golongan muda yang mengetahui kisah ini sebagaimana mereka mengetahui kisah kejadian rempuhan bangunan berkembar di Amerika dulu.


Bangunan Komtar yang ketika kejadian berlaku masih lagi dalam pembinaan mengejutkan masyarakat negara kita kerana julung-julung kalinya berlakunya bangunan tinggi terbakar pada tahun 1983. Masa tu Penang Bridge belum ada, Bomba dari Seberang Perai dibawa dgn feri bagi membantu Bomba Pulau Pinang. Kebakaran berlaku dalam pukul 8.00 malam dan api berjaya dipadam pada keesokkan paginya. 


Bagi warga Pulau Pinang, atau pun yang mudah dikenali dengan anak tanjung, Komtar merupakan satu kebanggaan yang tersemat di dalam hati semua orang Pulau Pinang walaupun kini sinarnya agak suram dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memeriahkannya kembali.


Komtar tetap Komtar.

Kalau nak minum teh tarik gelas tinggi atau besar di kedai mamak, sebut sahaja teh tarik Komtar. Pasti buih-buih tehnya meleleh-leleh keluar dari gelasnya.


Memang kelasnya yang tersendiri.

Apa tidaknya, sebelum adanya Menara Kuala Lumpur, bangunan berkembar Petronas dan menara Dayabumi, bangunan Komtar inilah yang tertinggi sekali di Asia yang apabila siap sepenuhnya pada tahun 1986. Jumlah tingkat keseluruhannya ialah 65 tingkat.