MINTA MAAF JATUH KERALA.. TAK SEHALUAN.

 

Saya minta maaf


1. Saya minta maaf kepada sahabat2 Salafi secara umum, yang terasa dengan posting dan kata-kata kritikan saya. Ada yang kata saya serang atau hentam. Saya tak hentam pun. Saya sebut fakta jer, malangnya ada yang tersentak lalu kepalanya terhantuk ke dinding. Itu bukan salah saya kan. Cuma kadang-kadang saya mengusik dan bergurau agak kasar. Maaflah yer.. 


2. Secara khusus pula sahabat Salafi yang moderate, yang tak pernah luncurkan kata-kata buruk kepada pengikut Asya'irah. Saya minta maaf juga kerana mungkin mereka terasa bila saya mengkritik atau mengata Salafi ekstrim dalam seminggu dua ni. Saya sama seperti kalian, Salafi tetapi boleh menerima perbezaan dan menghormati pandangan-pandangan lain. 


3. Saya terlebih lagi nak minta maaf daripada sahabat Salafi yang sangat terasa dengan kata-kata saya sehingga bertindak unfriend saya. Tak apalah itu hak eksklusif saudara/i nak berkawan atau tak nak. Saya tidak salahkan saudara/i yang masih merindui saya lalu datang skodeng setengah jam sekali di wall saya ini untuk baca apa yang saya tulis. Biarlah datang hanya untuk bagi emoji gelakkan saya pun tak apa. Saya tak marah pun. 


4. Sebenarnya saya boleh terima dan setuju sahaja jika syarat jawatan mufti dalam RUU itu hanya ASWJ tanpa sebut Asya'irah Maturidiah pun. Tetapi saya nak minta maaf juga daripada sahabat Salafi kerana saya rasa ada hikmahnya syarat aliran Asya'irah Maturidiah itu disebut. Dengan itu saya boleh kenal siapa Salafi sederhana, siapa Salafi ekstrim dan siapa Salafi ultra ekstrim. 


********

Minta maaf juga sebab tulis tak serius. Sekadar nak lepaskan penat memandu tujuh jam dari Sepang Selangor - Manir Terengganu.



TOKOH SASTERAWAN PAHANG MENINGGAL DUNIA.

 Fairul




Dikhabarkan daripada Media DPMP penyair Haji Saedon Ibrahim telah meninggal dunia semalam dalam kemalangan ke masjid Maghrib semalam. Arwah pernah memenangi hadiah sajak Sastera Darul Makmur 2015 dan menerima Tokoh Penyair DPMP 2024 juga pernah memegang jawatan Setiausaha DPMP era Tengku  Alaudin T. Abd Majid menjadi YDP DPMP. Semoga roh arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertakwa. Aamiin. Di bawah ini sajaknya.




MEMBANTU JOSELYN DEWI







Saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam bagi menyampaikan sumbangan serta kelengkapan Deepavali kepada saudari Joselyn Dewi dan keluarganya.


Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.


Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap Autisme.


Joselyn turut memaklumkan masalah beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan saya telah meminta saudara Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan ini sesegera mungkin.


#MalaysiaMADANI



MANA PEMIMPIN PAS & BERSATU YANG PALING BIJAKSINI? DAN DIMANA BUDGET BAY...


Belanjawan Bayangan
PN tak boleh bentangkan belanjawan kerana tak de angka, sebab bukan jadi kerajaan. Rakyat tanya kenapa pembangkang tak bentang belanjawan bayangan. PH dulu masa jadi pembangkang, tiap-tiap tahun bentangkan belanjawan bayangan. Saya dalam pasukan awal yang menyediakan belanjawan bayangan PH, sebelum disambung oleh beberapa ahli parlimen lain. Macam mana pembangkang boleh menyediakan belanjawan bayangan sedangkan tak de angka? Ni tips kepada Fadhli Shaari, Radzi Jidin - semua ni akan jadi menteri kalau PN cukop jumloh ni - dan Syahirnomics (satu-satunya ahli parlimen yang nama media sosialnya adalah ekonomi!)
  • Angka-angka ini diperolehi dari pelaporan rasmi yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun
  • Ada 4 laporan yang dibentangkan oleh kerajaan yang menjadi asas kepada angka-angka kepada belanjawan bayangan
1) Pertama - Tinjauan ekonomi tahunan, yang memberi gambaran menyeluruh keadaan ekonomi negara 2) Kedua - Tinjauan fiskal dan hasil kerajaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh kedudukan kewangan negara 3) Ketiga - Anggaran perbelanjaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh perbelanjaan dan tanggungan negara 4) Keempat - Senarai perjawatan, yang memperincikan jumlah perjawatan seluruh agensi kerajaan yang menjadi tanggungan kerajaan persekutuan Keempat-empat dokumen ini yang dibentangkan setiap tahun akan menjadi asas untuk membuat anggaran dan unjuran dalam menghasilkan belanjawan bayangan. Kita boleh menggunakan dokumen bagi belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas untuk membuat unjuran bagi tahun 2025. Contoh: jika pertumbuhan ekonomi bagi 2024 diramal 4 - 5% tahun lepas dan itu memberi hasil X bilion dalam cukai pendapatan, Y bilion dalam cukai tidak langsung dan sebagainya, jika pertumbuhan ekonomi bagi 2025 diramal antara 4.5% ke 5.5%, kita boleh unjurkan pertambahan hasil kerajaan dengan sewajarnya. Jika kita tahu unjuran hasil bagi 2025 berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan kita mahu membuat hutang baru 10% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, itu membolehkan kita menetapkan jumlah belanjawan. Selepas itu kita agihkan mengikut kepentingan - dalam bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan kepada kementerian-kementerian, kerana kita tahu unjuran tanggungan gaji. Macam ni lah kami berjaya hasilkan belanjawan bayangan setiap tahun. Saya harap tahun depan ahli-ahli parlimen yang kuat berteriak di Parlimen ini berjaya menghasilkan satu belanjawan bayangan. Kita nak tahu macam mana mereka nak meningkatkan ekonomi dan hasil negara. Jangan bagi alasan tak de angka. Ni sama macam cikgu dah bagi nota semua, tapi masih tak tahu jawab soalan exam sebab nak tunggu cikgu bagi skema jawapan terlebih dahulu! Sumber Berita/Video




KALI INI KITA JUMPA SKANDAL DIBAWAH LEBAI TAK GUNA SEDUIT NI... PATUT CAKAP BANYAK.. DIA JUGA ADA TERKAIT KETIMBANG KERAJAAN KINI....

 

Zuwairi Mohd Yusof





Skandal baja NAFAS babit nilai Pembekalan RM60 Juta 15,000 tan.Pemberian terus tahun 2022 (era PN 33 bulan berkuasa) kepada syarikat dorman 8 tahun! Seorang kena tahan SPRM harini.Berlaku zaman Menteri Pertanian si Ronald Kiandee, Timbalan Nik Zawawi dan Ahli Jemaah Pengarah NAFASnya ialah nanti kita dedahkan!



Sebelum itu dia jadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang kemudian di lantik Timbalan Menteri.Macam mana kamu sebagai Timbalan Menteri dan bekas Pengerusi LPP tak ambik tahu NAFAS bagi kontrak bekal baja bernilai RM60 Juta kepada syarikat dorman 8 tahun?


Bercakap berdegar kononnya pasal isu Tabung Haji tuduh PMX di Parlimen, rupanya rujukannya adalah wasap 😅 Low class la Ahli Parlimen PAS.





Pembekal baja kepada NAFAS tahun 2022 RM60 Juta dari Singapura, di buat di Vietnam.Kualiti baja yang di bekalkan tidak ikut spesifikasi standard baja subsidi Kerajaan Malaysia.PN ni tak habis habis dengan sakau! Elok lah SPRM masuk.


Kerajaan PN 33 bulan sanggup bekal baja tidak ikut spesifikasi gred yang di tetapkan. Akhirnya pesawah dapat hasil rendah.


Skandal baja Nafas 15k tan bernilai RM60j adalah satu kezaliman kepada pesawah Kedah,Kelantan,Perlis,Terengganu.


Lepas tu nak sembang beras tak cukup?



BIASA LA NAJIB... NAK BUAT LAGU MANA... ANWAR DULU KENA MACAM MACAM.. TAPI RAKYAT RAMAI SOKONG DIA.. LA NI NASIB LA NAJIB... SEBAB TU KALAU MAIN DUIT NI BUKAN RAKAN SEJATI.

 

Ketika berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui, betapa sukar untuk beliau mencari sahabat sejati yang sanggup mendampinginya.



Bahkan, apa yang dilihat sangat mengecewakan bekas Perdana Menteri itu ialah, ramai yang hanya menunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga bermuka-muka.


“Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Di kala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” kata bekas Presiden UMNO itu dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



SAJAK KECEWA NAJIB


 SAJAK KECEWA NAJIB


Sukarnya mencari sahabat sejati.


Belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar.


Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan.


Ada yang bermuka-muka.


Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran.


Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan.


Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke mahkamah hari ini.


Bukan sahaja dari pemimpin-pemimpin parti politik, ataupun kenalan.


Dilihat begitu ramai dari kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu.


Ikhlas. 

Inilah yang benar-benar sahabat sejati. 


Kerana di masa ini apalah yang ada lagi untuk diberi selain penghargaan dan ucapan terima kasih?


Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat.


NAJIB RAZAK

30 Oktober 2024.


Sumber - https://www.facebook.com/share/b92BnVxnvrHsmLKh/?mibextid=WC7FNe



KITA LIHAT POIN YANG DIKEMUKAKAN.


Abu Mishkat


Ubah wacana sikit pagi ni kepada wacana politik semasa..


 Dari 8 poin penting kes MO1, bagi aku personally, poin yang paling aku nak tahu adalah, poin 5 dan 6.



5. Tertuduh tidak pernah membangkitkan sebarang pertanyaan mengenai dana yang memasuki akaun peribadinya sepanjang empat tahun.


6. Tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis terhadap Jho Low, pihak berkuasa tidak pernah menerima sebarang aduan daripada tertuduh atau pegawainya pada 2015.


Yang poin lain tu maybe boleh bersilat bagai. Tapi sepanjang beberapa tahun, tak pernah ada apa-apa indikasi nak membayangkan tertuduh ditipu oleh Jho Low, sampailah ketika dia jatuh dan kerajaannya tumbang.


Tindakannya kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat menyiasat kes itu pun satu fakta yang tidak membantu.


In fact, baru tahun ini tertuduh membuat permohonan maaf, dan deflect segala masalah kepada Jho Low.


Kena tanya balik, selagi Jho Low tak dibawa balik Malaysia untuk ditahan dan dibicarakan, siapa yang paling sesuai dijadikan kambing hitam? Siapa yang akan mendapat keuntungan dari sudut persepsi awam?



MEMANG CUKUP.. HABIS JANAWIBAWA...

 

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kata: Dia mempunyai cukup pengalaman menguruskan negara dengan baik dan tidak perlu merujuk Dr Mahathir untuk berbuat demikian.


Mungkin sebab itu MP Pagoh tersebut  berasa pelik kenapa Pas lantik DrM jd ketua Penasihat SG4!!! - dah berapa ringgit pelaburan masuk? Yang terjadi cuma dia yang kerap masuk IJN !!!



DI MANA KATA SELAMAT?


 

Penjara paling sesak diMalaysia adalah Penjara Pengkalan Chepa kapasiti melebihi 129.67 peratus serta Machang (29.68 peratus). Tang mana Kelantan kedua paling selamat.??




TENTU ADA KEISTIMEWAANNYA.


 Dibawa mengikuti delegasi perdana menteri ke luar negeri baik lawatan biasa atau menghadiri persidangan sesuatu yang istimewa dan peting. Perdana menteri yang sangat berhemah dalam membelanjakan wang negara tidak bawa seseorag ahli rombongan sesuka hati. Kalau ia tidak mustahak dan ada cerita tertentu ia tidak akan dibawa.




Apa lagi kalau seseorang itu ahli parlimen biasa, pemergiannya bersama menteri sangat istimewa. Adalah sesuatu yang hendak diceritakan atau pun diberi tahu kepada umum tentang itu. 


Salah seorang yang dibawa mengikuti rombongan perdana menteri ialah ahli parlimen Shah Alam sdr Azli Yusof ke Amerika Syarikat baru baru ini. Apakah maksud Anwar bawa Azli itu?


Kalau tidak ada mengada PM tidak akan bawa Azli, tentu ada keistimewaan tersendiri bagi PM. 


Sekadar melihat gambar² santai semasa lawatan itu seperti ada sesuatu buat Azli. Apakah dia akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau apa. Yang tentunya Amanah perlu rasa bangga dan bertuah kerana wakil rakyat mereka dibawa bersama perdana menteri.


Dalam ramai ahli Amanah terkayan kayan mencari seorang sosok untuk dijadikan penggganti kepada Allahyarham Sallahuddin Ayub yang mesra kawan dan lawan serta komited dengan parti, elok kalau dilihat apa apa sisi dan sudut yang ada kepada Azli ini.  Cuba cari apakah rahsia maka ia dibawa oleh Anwar ke luar negara dan bukan yang lain. Triims.



JANGAN SEKALI KALI TERIMA MAAF DIA NI.. BOLEH MAAF TAPI SAMAN DIA SAMPAI RAPAT.. KAKI FITNAH NI JANGAN BAGI ADA DALAM POLITIK MALAYSIA.



Henry De Bantin


Kau lawan saja... Kenapa mohon maaf... Sikap dajjal macam kau lah yang merosakkan agama islam. Orang seperti kau lah yang merosakkan Pas. 


 Perangai dan tindakan yang dah dijangka, apa nak diherankan. Saman jangan tak saman..🤓




Mohon Maaf Najib: Antara Tersurat dan Tersirat


1. Dalam saya bertiwikrama menyelami dan cuba memahami permohonan maaf terbuka bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, saya terjumpa sebuah rencana yang mengatakan undang-undang tidak menggalakkan permohonan maaf oleh tertuduh. 


2. Ini adalah kerana dalam konteks undang-undang jenayah, permintaan maaf oleh seorang tertuduh adalah pengakuan bersalah. (In the criminal context, an apology from a defendant is an admission of guilt). 


3. Rencana dari "Civil Rights and Restorative Justice Project (CRRJ) di Fakulti Undang-undang, Northeastern University, Amerika Syarikat itu, antara lain berkata, pengakuan menyesal tidak akan membantu menyelamatkan seseorang tertuduh daripada kesalahan jenayah sebaliknya permohonan maaf itu akan digunakan oleh pihak pendakwa bagi mendapatkan sabitan. 


4. Jadi adakah permohonan maaf Mohd Najib pada 24 Oktober itu bermakna beliau mengaku yang segala tuduhan ke atasnya bersabit 1MDB adalah benar? 


4. Jawapannya tidak. Beliau bukan meninta maaf kerana telah melakukan perbuatan jenayah. Beliau sekadar memohon maaf berhubung kejadian "salah laku" dalam 1MDB. 


5. Soal jenayah tidak relavan lagi kerana pada 28 Julai 2020, beliau sudah pun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di atas salah satu kes berkaitan 1MDB. 


6. Jadi hanya ada dua sebab beliau membuat permohonan maaf salah laku itu. Pertama, beliau telah insaf di atas perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat jelata dan kedua, ia adalah prasyarat dan awalan kepada suatu perkembangan besar yang membabitkan hukuman yang sedang beliau jalani dan kes-kes lain bersabit 1MDB yang sedang beliau hadapi. 


7. Dengan pelbagai perkembangan luar biasa yang telah dan sedang berlaku dalam cakerawala politik Malaysia akhir-akhir ini, boleh jadi beliau sudah menghidu bayu segar sedang bertiup ke arahnya. 


8. Misalnya, antara yang terawal dan terpantas mengalu-alukan kenyataan mohon maaf beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sendiri. 


9. Kalau ada orang yang masih percaya bahawa Mohd Najib adalah orang terbaik untuk memulihkan Umno, orang itu adalah Anwar. Walaupun Anwar adalah "sifu" Ahmad Zahid Hamidi, beliau tahu had kemampuan timbalan beliau itu. Untuk berkuasa sekarang dan selepas Pilihan Raya Umum akan datang, Anwar memerlukan Umno. 


10. Gerakan untuk mengampun dan membebaskan Mohd Najib sudah jelas. Malah sudah pun separuh berhasil apabila hukuman penjara beliau diseparuhkan awal tahun ini. 


11. Dalam sebarang usaha seterusnya, Anwar, sebagai Perdana Menteri, memainkan peranan penting sebagai pemula proses pengampunan diraja.


12. Kemungkinan hukuman ke atas Mohd Najib diringankan atau beliau dilepaskan terus tidak boleh ditolak begitu saja. Lihat sajalah kepantasan kerajaan Malaysia  Madani membentangkan Rang Undang-undang Tahanan Rumah. 


13. Walaupun kerajaan mendakwa ia tidak kena mengena dengan Mohd Najib namun isu tahanan rumah ini timbul ketika Mohd Najib dianugerahkan pengampunan separuh awal tahun ini. 


14. Akhir sekali, kita jangan sekali-kali lupa yang Mohd Najib anak bini adalah orang maha kaya. Bukan sekadar duit sendiri, mereka juga ada ramai tauke, taikun dan taiko besar - Cina, Melayu dan India - yang menjadi kaya raya atas Ihsan mereka. RM700 juta malah RM1 bilion pun tidak jadi masalah. Bak kata Mohd Najib sendiri, "cash is king". 


Wallahuaklam. Terima kasih.


AKJ



[viral] PERKEMBANGAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SESUATU YANG SANGAT MENGEJUT...


Najib Razak hari ini diperintah untuk membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan terbabit. Kes itu didengar Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan hakim di Mahkamah Rayuan. Semasa prosiding sebelum ini, Najib memilih untuk menjadi saksi dengan memberi akuan bersumpah bagi menangkis empat pertuduhan salah guna kuasa. Tujuh hari lalu Najib mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai atas penglibatannya dalam skandal 1MDB. Bagaimanapun Najib mengekalkan pendirian bahawa dia tidak bersalah.






HABISLAH PEMIMPIN PAS RAZMAN ZAKARIA! SELEPAS PDRM KINI MCMC PULA SIASAT!


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol Razman Zakaria semalam, atas hantaran yang didakwa bersifat palsu dan jelik yang dimuat naik di akaun Facebook Haji Razman Zakaria. MCMC memaklumkan pasukan penguat kuasanya hari ini, juga telah mengambil keterangan pentadbir akaun Facebook berkenaan dan menyita kelengkapan komunikasi milik pentadbir akaun tersebut, iaitu sebuah unit telefon bimbit dan satu unit kad sim yang digunakan bagi membantu siasatan. Menurut MCMC, hantaran itu melibatkan beberapa isu sensitif berbaur perkauman termasuk isu kibaran bendera negara asing semasa perarakan sambutan ‘Malaysia Guang Ze Zun Wang Cultural Festival 2024’ baru-baru ini. “Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang pembuatan dan penghantaran komen atau komunikasi yang antara lain, bersifat mengancam, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain,” menurut kenyataan itu hari ini. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.






KAUM PENDIDIK HARUS PEKA.


 Bahasa itu sifatnya berkembang. Guru bahasa juga hendaklah sentiasa terkehadapan (proaktif). Bukan sahaja Bahasa Melayu, bahasa-bahasa lain begitu sifatnya. Seperti Bahasa Arab, sebelum era 90-an belum ada perkataan عَوْلَمَة yang berasal dari perkataan عالم tujuan merujuk kepada 'globalisasi'. Perkataan ini diterbitkan untuk merujuk kepada globalisasi seiring perkembangan aktiviti-aktiviti manusia pada masa itu yang bersifat global.




WAKIL PASIR PUTEH TERKISING KISING




PM terus hairan dengan sikap pembangkang mempertahakan golongan maha kaya dan tidak membela golongan bawahan yang jumlahnya seramai 85 peratus. 


Beliau menarik perhatian pertanyaan wakil Pasir Puteh yang membela golongan maha kaya dengan menyifatkan cukai dikenakan kepada 15% goloangan maha kaya membebankan mereka.


Kata PM kenapa peduli nasib maha kaya tetapi biarkan golongan bawah? Ini menghairankan.


Dan tengang dakwaan pembangkang kerajaan tidak punya tatakelola dalam mengagihkan peruntukan sebagai fakta yang salah.


“Dari mana fakta itu diambil dari Tiktok ke apa?” Tanya perdana menteri menempelakkan wakil Pasir Puteh menjadikan wakil otu terkising kising.


PM juga menempelak pembangkang yang selalu bercakap dengan petik ayat Quran tetapi dalam masa sama bercakap tak berfakta, bohong. Trims



TANGKAP. PERASUAH. YANG SOKONG KITA TUMBANGKAN.



 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 billion.



Beberapa siri bongkaran telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



DAH NGOK NAK BUAT MACAMANA?

 Iin Idris. 

Susah jika pemimpin pembangkang tiada point untuk hentam kerajaan melainkan terpaksa mainkan sentimen kaum saja..




Kan dah menyusahkan diri apabila terlalu try hard sangat untuk bakar emosi rakyat..



Tahukah ampa bahwa Komtar pernah terbakaq suatu ketika dahulu?







Tidak ramai golongan-golongan muda yang mengetahui kisah ini sebagaimana mereka mengetahui kisah kejadian rempuhan bangunan berkembar di Amerika dulu.


Bangunan Komtar yang ketika kejadian berlaku masih lagi dalam pembinaan mengejutkan masyarakat negara kita kerana julung-julung kalinya berlakunya bangunan tinggi terbakar pada tahun 1983. Masa tu Penang Bridge belum ada, Bomba dari Seberang Perai dibawa dgn feri bagi membantu Bomba Pulau Pinang. Kebakaran berlaku dalam pukul 8.00 malam dan api berjaya dipadam pada keesokkan paginya. 


Bagi warga Pulau Pinang, atau pun yang mudah dikenali dengan anak tanjung, Komtar merupakan satu kebanggaan yang tersemat di dalam hati semua orang Pulau Pinang walaupun kini sinarnya agak suram dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memeriahkannya kembali.


Komtar tetap Komtar.

Kalau nak minum teh tarik gelas tinggi atau besar di kedai mamak, sebut sahaja teh tarik Komtar. Pasti buih-buih tehnya meleleh-leleh keluar dari gelasnya.


Memang kelasnya yang tersendiri.

Apa tidaknya, sebelum adanya Menara Kuala Lumpur, bangunan berkembar Petronas dan menara Dayabumi, bangunan Komtar inilah yang tertinggi sekali di Asia yang apabila siap sepenuhnya pada tahun 1986. Jumlah tingkat keseluruhannya ialah 65 tingkat.



ELOK... WAKIL RAKYAT GUNA TIP SURAT LAYANG.... APA PUNYA BENGGONG. .

 Syabas Sepeaker


Ketegasan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang telah memerintahkan wakil Machang digantung dan tidak boleh berada dalam dewan selama 6 bulan disokong seratus peratus dan ketegasan itu melambangkan ketegasan seorang speakar berwibawa. 



Johari membuat ketegasan itu apabila menjawab pertikaian dan rayuan pihak pembangkang agar membenarkan wakil Machang itu berada dalam dewan walaupun tidak boleh mengambil bahagian.


Keputusan dan ketegasan Johari  itu mudah mudahan dijadikan iktibar dan kewaspadaan  oleh anggota dewan khasnya daripada pembangkang yang masih mahu guna pakai undang² drakonian. Trims.



BERTEMU DENGAN PERSATUAN KRITIAN

 

Hari ini, saya berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Cor Episcopa Philip Thomas dimana ini platform penting untuk bertukar pandangan dan membincangkan pelbagai usaha dalam memperkukuh perpaduan serta memahami keperluan masyarakat pelbagai agama di negara ini.






Pertemuan ini merupakan platform yang signifikan untuk saya mendengar hal-hal terkait kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Saya percaya bahawa kerjasama erat antara pelbagai agama adalah kunci kepada keharmonian dan kemajuan negara kita hatta melangkah maju ke arah Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera untuk semua. 


Moga usaha kita bersama akan terus mengukuhkan ikatan perpaduan dan keharmonian di dalam negara tercinta ini.


#MalaysiaMADANI



MASIH NAK BOSSKU LAGI?

 

Anthony Loke kata tu betul jenayah tetap jenayah.  Dia tak kata Najib yang buat jenayah.  Dia tujukan kepada penjenayah.  Yang bukan penjenayah tak perlu bimbang kerana berpeluang untuk membuktikan diri tidak bersalah.  Yang penting Anwar dah buktikan apa yang dia sebut sejak tahun 2011 itu mmg betul iaitu mmg berlaku skandal 1MDB.  Najib akuinya dan mohon maaf.

NI MANTELITI PENYAKAW.


Zainuddin Omar


 Apa jenis mentaliti mereka yang menjaga pelaburan rakyat Malaysia di PNB dan mereka kata labur 47 juta jual balik RM3.1 kerugiannya adalah sangat kecil. Vagerolah.




KENA DAH KEPALA PERASUAH DALAM KEMENTEEIAN PERTANIAN.

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.



Mengikut sumber SPRM, beberapa siri serbuan telah dilakukan suruhanjaya itu dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan terbabit, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.


#BernamaNews




HIBURAN....

 


Dia pulangkan kereta bekas isteri.. Allah ganti lebih lagi.-Netizen, Terkejut juga Bila tahu harga kereta ini..  ‎


➡️ https://www.rilekmedia.com/Harga-kereta-mewah-fattah




Jangan bercinta dengan walaun PAS



6 red flags .

Jom kita bincangkan ..


++++++++++++


1. Walaun PAS takkan ada masa untuk you


Suka ataupun tidak, itulah hakikatnya.

Kalau suami anda walaun, dia punya jadual dan disiplin selalu ke laut cina selatan.

Kalau bakal suami anda walaun, dia akan selalu cancel dinner/date dengan you.


Alasan yang selalu you akan dengar dia bz, join usrah, kena bagi ceramah, kat kedai kopi,

bla bla bla dan semua yang berkaitan dengan jemaah dia.


Surau atau masjid yang selalu deal dengan walaun PAS memang paham sangat;

type mereka ni memang last minute.


So you takkan dapat pendengar yang baik, sebalik-nya you yang kena dengar dan taat dengan dia.


Memang terlalu sukar untuk bahagia hidup dengan walaun PAS, dia akan makan diri you dari dalam.


Please avoid them at all cost.

Walau orang sekeliling anda kata "He's the one, your MR RIGHT".


2. Walaun PAS takkan beri anda keutamaan,

dunia cinta panggil "priority".


Gentle kabo , percintaan dan bersuamikan walaun PAS akan letak diri anda "the last choice"


Kalau ranking EPL tu kau memang bottom 3.


Dibelakang dia, di dalam fikiran dia , dia hanya nak melayu islam menang,

jangan kacau ulamak atau tok sheikh dalam parti dia,

dia akan ikut mak atau family dia yang juga darah pekat hijau tak boleh ejas punya.

Dan kalau dapat hobi baru contohnya kayuh basikal, main futsal, bla bla bla,

semua kerja rumah you yang kena settle, dia jarang ada di rumah, dengan anak memang banyak rules dia.


So again you akan memendam rasa, takde tempat nak luah, bila dia gersang dan nak pakai you,

dia akan cari dan impress you.

Kalau you bad mood, dia akan gunakan agama dan nama ustaz asatizah type walaun PAS juga,

bahawa isteri kena gini gitu.


Fake as hell.


3. Beristerikan walaunti* PAS akan bikin anda jadi punching bag


Walaunti* PAS selalunya ada penyakit narsisistik.


Dia akan salahkan suami, atau pakwe dia dan dia percaya seorang lelaki mesti berkorban segala-galanya untuk dia dan keluarga dia.


Senang cite, selfish la.

kalau kau ada awek atau bini type gini ,

kau takkan dapat capai cita-cita kau.


Dan segala usaha kau untuk berubah pasti kena sindir dan ejek,

sebab tipikal walaun memang sukakan troll,

emoji gelak itu hiburan dan makanan dia.


Bahasa melayu pasar, dengan gunakan stail narsisistik play victim dia,

dunia cinta panggil "queen control".

Disaster.


Tapi tahajud dia tak tinggal beb.

Kat mana silapnya?


4. Walaun PAS terbukti seorang yang EMOSI


Full Stop.


Bab beria,

bab agama,

bab fighter,

you memang lain maqam dengan dia.


Walaun sukakan mantik,

jadi chief dia akan jaja cerita yang best untuk naikkan lagi tahap kewalaunan terhadap parti dia.


Kebanyakan wanita dan lelaki awam yang pernah bersama walaun selalunya akan menjauhi mereka.

Sikap dan emosi yang melampau, kalau beza sikit pendapat, dia akan bagi kau rasa kau yang berdosa..


Bila mai gantung bendera atau sticker, mesti kena letak gambar kepimpinan ulamak.


Isteri atau awek , dia akan layan macam pak arab sana.


Kau nak ubah emosi dia??


Cubalah...

Komfem kena tengking !!


5. Walaun/walaunti* PAS akan lebih superior


Yes ulang part atas banyak kali, dia akan pisang-pisangkan you, 

sebab rasa diri dia king/queen.


Dibadannya ada duri,

family/member type walaun juga ada sekeliling you untuk jaga dia.

Kalau you cuba nak betulkan dia.

I ucap good luck..


Hakikatnya;

bersama walaun, you kena hadap kesakitan duri di badannya.


Bila kau terseksa, dia akan bagi ayat cliche;


"Dunia je tu, skang ni akhir zaman..."


Please adik kakak tuan tuan puan puan,


"Get the hell out".


6. Family walaun selalunya akan full control you.


Yes ada pro and cons.


So kena lihat balik diri dalam diri you,

sekayang you ada di titik mana di mata family dia?


Kalau you dapat blessing family walaun, memang you akan rasa special dan rasa selamat.

Tapi nak dapat blessing dorang ni kena ikut rentak dan ideologi dorang.


Kalau tak dapat blessing sure akan jadi 2 imam.

Kau akan kena buli..


Jangan kata wisata tak warning ~

*

*

*

Konklusinya,

walaun PAS adalah seorang yang delulu.


Penyokong PAS pula berbeza.


Cara paling senang nak bezakan adalah dengan baca balik 6 red flag kat atas.


Kalau pasangan anda ada sekurang-kurangnya 4 dari red flags tersebut;

SAH dia walaun.


Better angkat kaki cepat.


Kalau ada sekadar 1,2 atau 3 red flags saja,

dia sekadar penyokong PAS.


So selamat , cerah dan terjamin masa depan.


Worth case scenario, kalau dia dah sah jadi pasangan kita?


Cuba selamatkan masjid yang dibina,

dan ikutlah naluri hati yang mendesak.


Jangan takut pada perpisahan.

Seorang yang delulu, bila kita reject dia,

dia akan berubah.


WR



TINJAUAN SU PMX KE SEKOLAH

 


Pagi tadi Setiausaha Politik saudara Kamil Munim telah wakili saya untuk bertemu adik Ummu Qaireen Muhamad Hanis yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-10 pada Jumaat lalu. 








Kebetulan saya sempat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ bersama rakan-rakan adik Ummu Qaireen ketika saya makan tengah hari di Medan Selera Presint 16, Putrajaya tempoh hari.


Dalam kunjungan ke Sekolah Kebangsaan Presint 16 hari ini, saudara Kamil turut menggunakan kesempatan itu untuk meninjau persekitaran sekolah dan beramah mesra bersama guru dan anak-anak pelajar.


Saya turut dimaklumkan mengenai aduan daripada guru-guru kepada saudara Kamil, khususnya terkait beberapa infrastruktur sekolah yang perlu dibaik pulih dengan kadar segera.


Insya-Allah, aduan ini akan diteliti selaras hasrat Kerajaan MADANI yang mahu memastikan pendidikan anak-anak sentiasa dimartabat bagi melahirkan generasi yang hebat dan punyai sikap yang bertanggungjawab untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.


Belanjawan 2025 telah memberi fokus penting kepada pendidikan dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM64.1 bilion, dengan RM2 bilion dikhususkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara.


Saya mendoakan anakanda Ummu Qaireen dan seluruh anak-anak pelajar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, serta menyumbang kepada keluarga dan ummah, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



JEPUN YAKIN KERAJAAN MALAYSIA.

 



Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi menyuarakan keyakinannya terhadap kemajuan Malaysia ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi sambil menekankan beberapa bidang utama, dan pengalaman Jepun boleh membantu Malaysia menangani cabaran yang mendatang.


Takahashi menegaskan kepentingan pelaburan awal dalam penjagaan kesihatan, keselamatan sosial, dan daya tahan terhadap bencana.


Beliau merujuk kepada strategi Jepun dalam pengurusan populasi yang semakin tua serta persiapan menghadapi bencana sebagai model yang boleh berpotensi.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



SEKOQ PERCAYA SURAT LAYANG... SEKOQ LAGI PEECAYA WASSAP... APA PUNYA LEKEH... ADA DI SOALJAWAB DI BAWAH


MSO


 Gara gara berbahas ikut sedap mulut dan tidak berapa reti peraturan mesyuarat dewan dan juga mendedahkan sesuatu yag naif faktanya serta boleh menjatuhkan maruah anggota yang lain, wakil Pasir Puteh terdedahkan kepada usul Hak dan Kebebasan untuk dikenakan tindakan ke atasnya kerana melakukan pengeliruan kepada dewan.


Tindakan itu dicadangkan Sepeaker Tan Sri Johari Abdul ekoran keceluparan mulut wakil Pas dari Pasir Puteh itu yang membangkitkan isu berkaitan dengan whatsapp membabitkan wakil Bukit Gantang.


Elok sangat kalau usul itu disegerakan untuk sepak ke tepi segala sampah sarap daripada memenuhi parlimen. Trims.


BANYAK BAU...

 


Busuknya la hati perempuan ni. Ini kalau keluarkan hati dia mahu sekampung lemas tak dapat bernafas sebab busuk sangat.



𝗟𝗮𝘁𝗵𝗲𝗲𝗳𝗮 𝗞𝗼𝘆𝗮 mahu DS Anwar nyatakan secara jelas kepada umum yang beliau menentang sebarang usaha untuk 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯.


Untuk apa? Apa faedahnya?


Pertama, pembebasan awal Najib bukannya kuasa PM pun. Pengampunan Diraja tu 𝗵𝗮𝗸 𝗺𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Keputusan mahkamah pula Kausa hakim.


Sama ada DS Anwar menentang atau menyokong pun, takkan mengubah apa-apa.


Perempuan ni sebenarnya cuma mahu memecahkan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶. Ini usaha dia untuk bukan DS Anwar dikecam oleh penyokong UMNO.


Agenda Mahathir la kot? Mahathir seorang ni pun nak lawan DS Anwar dah tak ada cara. Anak-anak dia pula 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝗸𝗲 𝗽𝗶𝗻𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮.


Pesan aku, mak cik ni tak payahlah sibuk-sibuk masuk campur urusan ni. Mahathir dan keluarganya tak akan selamat dari undang-undang. Tak payahlah bersusah payah nak jalankan agenda orang tua tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



‘Permintaan maaf’ kosong Najib satu penghinaan, reaksi Anwar merisaukan

 

Permintaan maaf Najib bukan hanya kosong - ia adalah satu penghinaan kepada semua orang di Malaysia yang terus membayar untuk jenayahnya

 


Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Permohonan maaf Najib bukan hanya kosong – ia adalah satu penghinaan kepada semua orang di Malaysia yang terus membayar untuk jenayahnya.

Sambutan keterlaluan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap kritikan “penerimaannya” terhadap permohonan maaf kosong Najib Razak 1MDB amat membimbangkan.

Anwar bukan sahaja mengetepikan kebimbangan umum; dia menunjukkan penghinaan terhadap mereka yang bimbang dengan perkembangan terkini. Dalam pelik menggelarkan dirinya sebagai “bapa negara” – satu pujian yang biasanya diberikan oleh orang lain – dia juga mendedahkan corak feudal, patriarki, sama seperti bekas Perdana Menteri Mahiaddin “Abah” Yasin.

Pelabelan Anwar terhadap pengkritik sebagai “bebal” (kabur) mendedahkan keangkuhan toksik yang sama yang dialami orang di bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad.

Paparan penghinaan mentah untuk pendapat umum ini bukan sahaja mengganggu – ia menimbulkan kemarahan. Jauh daripada menunjukkan kerendahan hati yang diharapkan daripada seorang pemimpin tulen, kata-kata Anwar menunjukkan bahawa kritikan yang sah mengancam egonya. Adakah dia mendedahkan warna sebenar dirinya apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat umum?

Sementara itu, ‘permintaan maaf’ Najib yang hina ini secara terbuka mempersendakan negara. Kleptokrat yang disabitkan bersalah mempunyai keberanian untuk meminimumkan peranan pentingnya dalam skandal 1MDB dengan menepis kesalahan sebelum keputusan mahkamah.

Sementara itu, rakyat terus menanggung beban kewangan yang besar akibat tindakannya.

Permintaan maaf Najib bukan hanya kosong – ia adalah satu penghinaan kepada semua orang di Malaysia yang terus membayar untuk jenayahnya.

Di manakah penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan? Jika Najib benar-benar ingin memohon maaf, beliau boleh memasukkan permohonan maafnya dalam penghujahannya kepada mahkamah dan berdiam diri selepas itu.

Anwar tergesa-gesa menerima permohonan maaf kosong Najib, ditambah pula dengan reaksi bermusuhannya terhadap keraguan orang ramai, menimbulkan kebimbangan serius tentang ke mana hala tuju pentadbiran ini.

Mahkamah mesti dibenarkan untuk menyelesaikan kerja mereka tanpa sebarang campur tangan politik atau isyarat.

Kita, rakyat, mesti mengekalkan hak kita untuk menyuarakan kebimbangan mengenai perubahan yang membimbangkan ini.

Rakyat Malaysia layak menjadi pemimpin yang menghormati wacana awam dan menunjukkan akauntabiliti yang tulen. Kami tidak layak memohon maaf secara sinis dan menolak kritikan yang sah dengan angkuh.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
29 Oktober 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme