Abu Mishkat
Ubah wacana sikit pagi ni kepada wacana politik semasa..
Dari 8 poin penting kes MO1, bagi aku personally, poin yang paling aku nak tahu adalah, poin 5 dan 6.
5. Tertuduh tidak pernah membangkitkan sebarang pertanyaan mengenai dana yang memasuki akaun peribadinya sepanjang empat tahun.
6. Tertuduh tidak membuat sebarang laporan polis terhadap Jho Low, pihak berkuasa tidak pernah menerima sebarang aduan daripada tertuduh atau pegawainya pada 2015.
Yang poin lain tu maybe boleh bersilat bagai. Tapi sepanjang beberapa tahun, tak pernah ada apa-apa indikasi nak membayangkan tertuduh ditipu oleh Jho Low, sampailah ketika dia jatuh dan kerajaannya tumbang.
Tindakannya kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat menyiasat kes itu pun satu fakta yang tidak membantu.
In fact, baru tahun ini tertuduh membuat permohonan maaf, dan deflect segala masalah kepada Jho Low.
Kena tanya balik, selagi Jho Low tak dibawa balik Malaysia untuk ditahan dan dibicarakan, siapa yang paling sesuai dijadikan kambing hitam? Siapa yang akan mendapat keuntungan dari sudut persepsi awam?