Dibawa mengikuti delegasi perdana menteri ke luar negeri baik lawatan biasa atau menghadiri persidangan sesuatu yang istimewa dan peting. Perdana menteri yang sangat berhemah dalam membelanjakan wang negara tidak bawa seseorag ahli rombongan sesuka hati. Kalau ia tidak mustahak dan ada cerita tertentu ia tidak akan dibawa.
Apa lagi kalau seseorang itu ahli parlimen biasa, pemergiannya bersama menteri sangat istimewa. Adalah sesuatu yang hendak diceritakan atau pun diberi tahu kepada umum tentang itu.
Salah seorang yang dibawa mengikuti rombongan perdana menteri ialah ahli parlimen Shah Alam sdr Azli Yusof ke Amerika Syarikat baru baru ini. Apakah maksud Anwar bawa Azli itu?
Kalau tidak ada mengada PM tidak akan bawa Azli, tentu ada keistimewaan tersendiri bagi PM.
Sekadar melihat gambar² santai semasa lawatan itu seperti ada sesuatu buat Azli. Apakah dia akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau apa. Yang tentunya Amanah perlu rasa bangga dan bertuah kerana wakil rakyat mereka dibawa bersama perdana menteri.
Dalam ramai ahli Amanah terkayan kayan mencari seorang sosok untuk dijadikan penggganti kepada Allahyarham Sallahuddin Ayub yang mesra kawan dan lawan serta komited dengan parti, elok kalau dilihat apa apa sisi dan sudut yang ada kepada Azli ini. Cuba cari apakah rahsia maka ia dibawa oleh Anwar ke luar negara dan bukan yang lain. Triims.