MANA PEMIMPIN PAS & BERSATU YANG PALING BIJAKSINI? DAN DIMANA BUDGET BAY...


Belanjawan Bayangan
PN tak boleh bentangkan belanjawan kerana tak de angka, sebab bukan jadi kerajaan. Rakyat tanya kenapa pembangkang tak bentang belanjawan bayangan. PH dulu masa jadi pembangkang, tiap-tiap tahun bentangkan belanjawan bayangan. Saya dalam pasukan awal yang menyediakan belanjawan bayangan PH, sebelum disambung oleh beberapa ahli parlimen lain. Macam mana pembangkang boleh menyediakan belanjawan bayangan sedangkan tak de angka? Ni tips kepada Fadhli Shaari, Radzi Jidin - semua ni akan jadi menteri kalau PN cukop jumloh ni - dan Syahirnomics (satu-satunya ahli parlimen yang nama media sosialnya adalah ekonomi!)
  • Angka-angka ini diperolehi dari pelaporan rasmi yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun
  • Ada 4 laporan yang dibentangkan oleh kerajaan yang menjadi asas kepada angka-angka kepada belanjawan bayangan
1) Pertama - Tinjauan ekonomi tahunan, yang memberi gambaran menyeluruh keadaan ekonomi negara 2) Kedua - Tinjauan fiskal dan hasil kerajaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh kedudukan kewangan negara 3) Ketiga - Anggaran perbelanjaan persekutuan, yang memberi gambaran menyeluruh perbelanjaan dan tanggungan negara 4) Keempat - Senarai perjawatan, yang memperincikan jumlah perjawatan seluruh agensi kerajaan yang menjadi tanggungan kerajaan persekutuan Keempat-empat dokumen ini yang dibentangkan setiap tahun akan menjadi asas untuk membuat anggaran dan unjuran dalam menghasilkan belanjawan bayangan. Kita boleh menggunakan dokumen bagi belanjawan 2024 yang dibentangkan tahun lepas untuk membuat unjuran bagi tahun 2025. Contoh: jika pertumbuhan ekonomi bagi 2024 diramal 4 - 5% tahun lepas dan itu memberi hasil X bilion dalam cukai pendapatan, Y bilion dalam cukai tidak langsung dan sebagainya, jika pertumbuhan ekonomi bagi 2025 diramal antara 4.5% ke 5.5%, kita boleh unjurkan pertambahan hasil kerajaan dengan sewajarnya. Jika kita tahu unjuran hasil bagi 2025 berdasarkan ramalan pertumbuhan ekonomi dan kita mahu membuat hutang baru 10% lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, itu membolehkan kita menetapkan jumlah belanjawan. Selepas itu kita agihkan mengikut kepentingan - dalam bidang ekonomi, sosial, keselamatan dan kepada kementerian-kementerian, kerana kita tahu unjuran tanggungan gaji. Macam ni lah kami berjaya hasilkan belanjawan bayangan setiap tahun. Saya harap tahun depan ahli-ahli parlimen yang kuat berteriak di Parlimen ini berjaya menghasilkan satu belanjawan bayangan. Kita nak tahu macam mana mereka nak meningkatkan ekonomi dan hasil negara. Jangan bagi alasan tak de angka. Ni sama macam cikgu dah bagi nota semua, tapi masih tak tahu jawab soalan exam sebab nak tunggu cikgu bagi skema jawapan terlebih dahulu! Sumber Berita/Video