Nasarudin Mat Isa : Agenda perpaduan PAS - Umno adalah restu Majlis Syura Ulama

 AL HUSSEYN


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hZUA1sN2WoM






Berikut adalah pendedahan dari mantan Timbalan Presiden PAS mengenai kewujudan UG adalah benar, bukan perkara yang hanya diada-adakan.Keputusan MSU tersebut adalah diluar pengetahuan Mursyidul 'Am ketika itu almarhum TGNA. Sebab itulah almarhum marah sangat....Kita dengar dulu apa kata Nasarudin nih!

Bermula daripada pilihanraya 2008, saya usahakan atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, yang memutuskan selepas satu kajian dibuat tentang lanskap politik , selepas daripada 2008 satu bulan satu kajian dibuat, keperluan kepada PAS ketika itu, untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan mana-mana parti politik , usaha dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita.

 Itu adalah keputusan pada tahun 2008! Nama saya disebut sebagai peneraju utama dalam konsep perbincangan. Bila dah ada keputusan, saya pun pergilah.

 Bincang dengan orang tu, bincang dengan orang ni, masuk pejabat orang tu, masuk pejabat orang ni…Tapi sampai disuku jalan, (sultan? pun suruh berentikan - kurang pasti pada pendenganran.Harap ada yg boleh tolong jelaskan)

Tuan sekalian, bagi saya dalam konteks agenda perpaduan yang melibatkan dua tonggak utama parti politik orang Melayu di Malaysia ini, Melayu Islam di Malaysia ini, iaitu PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh diberhentikan!

 Siapa yang nak buat, itu kita terserah! Cuma yang saya tak boleh terima, yang tak saya boleh saya nak garap, bila ada pulak kenyataan menyatakan ‘Kalau masih lagi ada usaha, untuk menyatukan PAS-Umno, muka orang itu akan diludah!’

 La-haula wala-quwata illa-billah…..Ajaran Islam mana nih? Ajaran agama mana nih?