[gempak] ISTANA NEGARA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP CHEGU-BAD! KANTOI MEN...



Pihak Istana Negara telah membuat laporan polis terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin berhubung dakwaan bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam. Laporan tersebut dibuat oleh Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husni Yusop, 39, di Balai Polis Travers. Tindakan itu susulan kenyataan Chegu Bard dalam sebuah video berdurasi 52 saat menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.” ========================================================================== Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Menurutnya lapor Bernama, kes tersebut akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. Terdahulu, seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin. =================================================================================== Khabar angin kononnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditumbangkan, hanyalah satu percubaan pembangkang untuk memberikan harapan kepada penyokong mereka. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pembangkang terpaksa menerima realiti bahawa mereka akan terus menjadi pembangkang sekurang-kurangnya untuk tempoh empat tahun lagi sekiranya propaganda untuk mengubah kerajaan tidak dilakukan. “Apabila ada harapan sedemikian, mungkin akan terus bekerja kuat untuk cuba menumbangkan kerajaan, memburukkan keadaan dan sebagainya.



No comments: